Tuesday, December 27, 2011

USTAT AZIZAN VS CALON WINNABLE YANG KALAH PRU12?

Ustaz Azizan ni panas baran rupanya. Baru dinasihatkan sikit supaya lihat semula pelan pembangunan kompleks perniagaan yang telah dirancang demi mengelakkan madrasah salihiah dari diroboh dan menjadi mangsa pembangunan, bahang api dalam dada Ustaz Azizan sudah melahar keluar.

Mukhriz hanya membuat teguran saja. Bukankah pandangan Mukhriz itu berasas?

Bila pula Kedah di bawah pentadbiran PAS ni begitu mabuk dengan rancangan pembangunan? Tanah di Kedah ni macam di Singapurakah hingga begitu sukar untuk mendapatkan tanah untuk dibuat pembangunan? Di Singapura ada logiknya juga sebab tanah memang dah tak ada hinggakan tanah kubur pun terpaksa dibuat macam parking lot bertingkat.

Macam mana pulak seorang lulusan Al Azhar yang begitu angkuh mengaku tahu hukum hakam agama tapi gagal mengawal nafsu ammarah di dada apabila Mukhriz membuat teguran?

Masa banjir besar dulu macam tu juga. Tak sangka pulak rupa-rupanya golongan atasan agama ni langsung tak boleh ditegur. 

Apakah lulusan agama yang tinggi itu sememangnya menjadi tiket untuk dapat pelepasan dari sebarang kritikan? Apakah golongan ulamak Islam hari ini mahu disamatarafkan status mereka dengan Pope yang tak boleh ditegur?

Ulamak yang sebenar sepatutnya dadanya sejuk kerana penuh dengan hikmah dan rasa cinta kepada Allah dan rasa kasih kepada umat seperti mana Nabi Muhammad saw. Barulah layak digelar warisatul anbiya.

Apa jenis warisatul anbiya yang diwarisi jika dalam dada seperti ada simpanan petrol. Pantang dipetik, api terus menyambar.

Ini ostat ka atau starter genset? Start ja api terus menyala.

Sekarang pemimpin UMNO Kedah patut sudah tahu di mana kelemahan MB Kedah ni. Adalah disarankan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah buatlah perancangan seperti pendekatan Anwar. Gunakan pendekatan pembunuhan karater seperti yang sering dilakukannya terhadap para-pemimpin UMNO. Tapi jangan tiru pendekatan fitnah, bohong dan dusta seperti yang diamalkan Anwar. Hanya buat dan cakap benda yang betul kerana terlalu banyak kelemahan ustat Azizan yang boleh memerangkap pentadbiran PAS Kedah. 

Cuma pemimpin UMNO Kedah ni masih tak tahu nak bertindak dan bercakap seperti pembangkang. Rata-rata masih lagi berperangai macam kerajaan. Maklumlah belum biasa jadi pembangkang. Belum berpengalaman hidup sebagai pembangkang. Tak tahu macam mana nak serang pihak kerajaan. Yang mereka pakar hanya berpolitik di peringkat dalaman. Berpolitiking sesama sendiri. Tanam orang itu, das orang ini, cah keting sana dan cah keting sini.

Lebih fokus mengatur strategi bagaimana untuk membunuh pemimpin parti sendiri daripada mengatur strategi bagaimana untuk melemahkan pengaruh PAS.

Sehingga kini UMNO Kedah masih gagal membuat blueprint yang comprehensive bagaimana untuk merampas kembali Kedah dari tangan PAS. Mungkin masing-masing sibuk membuat blueprint sendiri bagaimana untuk terus kekal sebagai Ketua Bahagian, bagaimana mahu pastikan mereka dicalonkan semula sebagai calon PRU 13, bagaimana mahu pastikan juga politik serampang dua mata, bagaimana dalam masa yang sama pesaing mereka di peringkat bahagian dapat dibenamkan dan mereka terus kekal sebagai warlord walaupun menguyah sudah pakai gigi palsu.

Bagaimana mahu menawan Kedah kalau perangai tak pernah berubah. Tidak nampak tanda cemas dan bimbang di wajah masing-masing bagaimana mahu mengembalikan sokongan rakyat.

Jika BN menang pun di Kedah PRU13 nanti, ia bukanlah disebabkan oleh kehebatan gerakerja dan keinsafan yang ditonjolkan oleh para pemimpin dan warlord Kedah. Ia hanyalah disebabkan oleh kelemahan terlampau pentadbiran PAS di sepanjang pemerintahannya. 

Atau ia hanyalah disebabkan rakyat Kedah sejuk hati kembali melihatkan pemimpin negara dan negeri yang kembali memberikan penghormatan kepada pemimpin agung mereka, ayahanda Tun Mahathir yang telah diperlakukan seperti kerusi buruk sebelum PRU 12 yang lalu.

Pucuk pimpinan negara perhalusilah baik-baik faktor winnable di Kedah sebelum PRU 13. Untuk peringatan semula kepada yang mudah lupa, sebahagian besar dari pimpinan tertinggi bahagian-bahagian yang sedang memimpin hari ini sudah kalah bertanding pada PRU12 yang lalu. 

Adakah mereka-mereka ini boleh dijadikan "calon boleh menang" semula?

1 comment:

  1. Mereka mungkin ada ilmu tapi ilmu murahan...ilmu tu tak meresap ke dalam hati..berlegar-legar kat hujung lidah saja sebab itu tak mampu bimbing akhlak mereka. Mereka sangka merekalah yang terbaik daripada orang lain tetapi sebenarnya nafsu mereka lebih teruk daripada orang jahil....0105228699

    ReplyDelete