Tuesday, December 6, 2011

NEGARA BAKAL DAPAT PM YANG TRANSPAREN?

Bila kita bercakap soal 1Malaysia, mereka kata 1Malaysia tidak difahami. Itu sebab DAP memperalatkan 1Malaysia dengan bertindak mendefinisi 1Malaysia mengikut persepsi Malaysian Malaysia.

Hari ini, DAP seolah-olah mempunyai imuniti tersendiri dan tidak boleh ditegur langsung. Barang siapa yang mengkritik DAP, mereka akan lekas-lekas menuduh pengkritiknya sebagai rasis. Ini semua kerja-kerja rasis UMNO. Tapi apabila sejarah tembelang rasis Lim Kit Siang pada 13 Mei dibongkar oleh Zul Nordin di dalam Parlimen, DAP langsung tak mampu menjawab.

Tindakan DAP ini samalah seperti ibarat lanun menuduh kita mencuri.

Atau untuk lebih mudah difahami, perangai DAP ini samalah dengan pepatah moden hari ini, "Seperti Anwar Ibrahim menuduh pemimpin UMNO tidak bermoral". Atau "umpama Anwar tuduh Mahathir bapak kronisma". Atau "umpama Anwar tuduh UMNO Yahudi Apco".

Pemimpin paling tidak bermoral berlakon menjadi pejuang anti gejala sosial. Pemimpin yang menjadi raja kronisma sewaktu berkuasa bertindak menjadi pejuang anti-kronisma. Pemimpin yang bersahabat dengan yahudi menunjukkan sikap anti-yahudi. 

Jika kita lihat senarai syaikat-syarikat jerung yang didedahkan oleh Mahathir pada tahun 1997, majoriti syarikat tersebut adalah syarikat skim cepat kaya tajaan Anwar as-Saham.

Jika kita imbas kembali, pemimpin dunia pertama yang datang ke KL mempertahankan demonstrasi jalanan tajaan Anwar adalah Al Gore, Naib Presiden yahudi Amerika.

Inilah pendekatan terkini pemimpin lanun. Melindungi sikap lanun mereka dengan cara menuduh musuh mencuri.

Jika kita tanya soalan kuiz kepada seluruh rakyat Malaysia, "siapakah pemimpin yang anda telah lihat batang tubuhnya tanpa seurat benang?" 100/100 responden akan beri jawaban,"Anwar". Tapi yang "bendang" dijadikan isu ialah mengapa mesti aibkan Anwar.

Serupa macam wanita yang berbogel depan kita, tapi bila kita tengok, dia marah, "apa pandang-pandang, haram!!!

Serupalah dengan nasib suami yang melempang bini kerana curang. Bini yang pandai pusing macam Anwar tuduh suami di mahkamah atas tuduhan mengkasari isteri. 

Isu kesalahan berbogel yang dilakukan terlebih dulu telah ditenggelamkan dengan isu kesalahan mendedahkan perlakuan berbogel. 

Isu kesalahan berlaku urang kepada suami, telah dilindung dengan kesalahan mengkasari si isteri yang curang. 

Inilah budaya politik baru yang dibawa oleh pembangkang yang tumbuh subur sejak Anwar mengepalai pasukan pembangkang.

Anwar sudah berjaya tukar sistem dan peraturan demokrasi, etika dan moral dalam berpolitik di tanah air ini.

Jika kaedah ini berjaya memusingkan kepala otak rakyat Malaysia, maka akan tercatat dalam sejarah, negara kita Malaysia satu-satunya negara yang telah mengangkat pemimpin yang mana batang tubuhnya telah dilihat tanpa seurat benang oleh seluruh rakyat jelata.

Ketika itu, tertunailah hajat rakyat yang taksub buta kepada pemimpin untuk merealisasikan perjuangan yang benar-benar transparen, boleh dilihat luar dan dalam.

1 comment:

  1. Ohhh!!! Kalau tak sokong UMNO taksub pada pembangkang ye? Betul ke tu?

    ReplyDelete