Wednesday, December 14, 2011

ANWAR MUNGKIN BEBAS KALAU DAPAT TUNJUK SIJIL TANJUNG RAMBUTAN..

“Bagi saya tidak ada fakta dan keterangan kukuh untuk mereka menghukum saya.

“Saya wajar dan wajib dibebaskan,” kata Anwar selepas mahkamah ditangguhkan petang semalam.

“Saya memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh kerana itulah satu-satunya peluang saya untuk mengkritik sistem,” kata Anwar.

Tengok ayat Anwar ni. Mana ada tertuduh cakap macam ni. Tertuduh yang akhirnya didapati tidak bersalah oleh mahkamah pun tidak pernah cakap macam ni. Siang-siang dah pengaruh orang ramai supaya mahkamah bebaskan dia. Siang-siang dah tuduh mahkamah bias. Kata hujah pendakwa tak berasas. Mana ada tertuduh dalam dunia ni yang sokong hujah pendakwa sebagai berasas. Baaa.... Haa..Sikit lagi nak tercakap dia bangang.

Satu-satunya peluang untuk mengkritik sistem? 

Macamlah dia tidak pernah dan tidak dibenarkan sama sekali mengkritik sistem dalam ceramah. Di dalam negara, di Indonesia dan di mana saja dia terus bebas bukan saja mengkritik malahan bebas memfitnah dan mendustakan sistem dan pemimpin negara.

Anchhhh....astaga..sikit lagi den nak mencarut chuk omak eh.. Hiss. Dahlah. Macam-macam carut marut lai keluar dari mulut ni karang.

Kalau nak sama sewel silalah layan Anwar ni...

No comments:

Post a Comment