Saya pun nak tumpang komen juga berkaitan pembebasan Anwar dari pertuduhan liwat.
Berikut antara komen saya;
Sebahagian besar (mungkin 80%) bebanan persepsi buruk yang ditanggung selama ini oleh BN dan pemimpin utamanya telah musnah secara otomatik sebaik sahaja Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar.
Persepsi buruk ini timbul dan ditimbulkan dengan begitu mudah disebabkan kes dan tabiat peribadi yang datang dari Anwar.
Jika kes dan tabiat ini tidak wujud maka amat sukar untuk Anwar dan sekutunya melabel BN dan para pemimpinnya dengan pelbagai label buruk dan hodoh.
Implikasi keputusan hakim semalam yang telah membatalkan persepsi buruk selama ini antaranya ialah;
1. Tuduhan konspirasi peringkat tertinggi samada Najib atau Mahathir untuk membunuh kerjaya politik Anwar secara rasminya BATAL.
2. Tuduhan yang mengatakan hakim dan seluruh sistem kerajaan digunakan untuk memenjarakan Anwar kerana BN takut untuk berhadapan dengan Anwar secara gentleman dalam piliharaya juga BATAL.
3. Tuduhan Anwar di kandang tertuduh bahawa proses keadilan tidak berlaku di dalam perbicaraan kerana hakim telah dicucuk hidung juga BATAL.
4. Tuduhan Najib dan Rosmah membuat rencana terancang sehingga pembancuh kopi pun dapat dihantar bekerja dengan ketua staff Anwar untuk memerangkap Anwar juga BATAL.
4. Tuduhan terhadap UMNO dan para pemimpinnya selama ini hanya mahu mengaibkan Anwar dan seluruh keturunannya melalui ulangan konspirasi yang sama juga BATAL.
5. Lain-lain tuduhan hiliran secara rambang dan persepsi buruk yang dilemparkan terhadap BN hasil dari keyakinan yang dibina oleh Anwar bahawa UMNO dan pemimpinnya membuat kerja-kerja 1-4 di atas juga TURUT TERBATAL.
Lain2 Tuduhan Hiliran ini amat menguntungkan ANWAR dan pihak pembangkang kerana mereka hanya perlu menuduh dan melemparkan sebanyak mana persepsi buruk kepada UMNO dan pemimpinnya tanpa perlu kemukakan apa-apa bukti. Apa saja jenis tuduhan dan dakyah yang dilempar dalam ceramah pembangkang akan terus diterima sebagai sesuatu yang benar.
Antara tuduhan-tuduhan hiliran yang turut berjaya mendatangkan baggage kepada para pemimpin UMNO hasil dari 1-4 di atas ialah;
1. Tuduhan Rosmah ada ditempat kejadian menyaksikan Altantunya dibunuh kejam.
2. Tuduhan Gambar superimpose Najib-Altantunya juga diterima sebagai benar.
3. Tuduhan Semua pemimpin UMNO tidak dapat lari dari rasuah dan setiap ringgit yang keluar dari poket kerajaan pasti masuk ke poket para pemimpin UMNO.
4. Tuduhan UMNO itu rasuah Rasuah itu UMNO juga berjaya dilakukan secara berkesan.
5. Tuduhan pembelian senjata dan kapal selam semata-mata untuk memperkayakan pemimpin UMNO dan bukan untuk tujuan keselamatan negara juga berjaya dilakukan dengan berkesan.
6. Tuduhan kapalselam tak boleh tenggelam pun diterima rakyat.
7. Tuduhan bla, bala, bla yang lain juga diterima terus oleh rakyat tanpa banyak bicara.
Itu sebab pandangan sebahagian dari rakyat terhadap UMNO dan para pemimpinnya menjadi terlalu buruk sehingga persepsi buruk mereka sampai ketahap UMNO dan pemimpinnya lebih gila kuasa dari Namrud, lebih gila harta dari qarun dan lebih zalim dari Firaun.
Anwar sangat keras berpegang kepada pepatah minang, "lulus jarum lulus kelindan (benang).
Bila sandiwara tuduhan konspirasi peringkat tertinggi UMNO yang tidak henti-henti konon mahu membunuh kerjaya politiknya berjaya membolosi pemikiran rakyat, maka lain-lain tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO dan pemimpin walaupun tanpa ada asas sedikit pun dengan mudah terus diterima saja oleh rakyat sebagai sesuatu yang benar.
Akhirnya seperti ungkapan yang selalu dimainkan oleh Anwar, "kamu merancang tapu Allah juga merancang", semalam di kamar hakim Jalan Duta, secara rasminya perancangan Allah telah berlaku.
Sekian lama Anwar membuat perancangan terancang membina pelbagai persepsi buruk terhadap UMNO dan para pemimpinnya, semalam secara rasminya segala perancangannya telah TERBATAL DENGAN SECARA NATURAL.
Semalam segala jarum, duri, santau, HIV, arsenik, pekung dan kudis yang disuntik oleh Anwar selama ini ke dalam tubuh UMNO dan para pemimpinnya sehingga UMNO dan pemimpinnya nampak begitu hodoh dan hina di pandangan mata rakyat telah terpancut keluar dan terus TERKELEPUK ke muka ANWAR.
Mimpi P.Ramlee kepalanya diberak burung akhirnya telah TERKELEPUK ke muka Tuan Direktor a.k.a penulis skrip ANWAR IBRAHIM.
Betul tu. Dengan bebasnya Anwar maka UMNO telah membuktikan yang Perhakiman di Malaysia adalah telus dan tidak dikongkong oleh UMNO/BN........senanglah lain kali nak dakwa dia atas kes lain-lain, takkan dia nak tuduh perhakiman tak adil kan, kan....Percaturan yang amat hebat dari UMNO/BN!
ReplyDelete