Monday, January 9, 2012

APA HUKUMNYA LANTIK ORANG CACAT JADI IMAM?

DAP umum Anwar akan tetap jadi PM wakili Pakatan jika menang PRU13 kerana dia satu-satunya pilihan yang ada.

Ini membuktikan bahawa Pakatan tidak ada orang lagi untuk diangkat sebagai PM. DAP sedar tidak mungkin PM boleh lahir dari DAP. Ini juga membuktikan DAP tidak mungkin mengiktiraf pemimpin PAS untuk menjadi PM.

Jadi, patutkah diberi undi kepada Pakatan? Jika diberi juga undi, sudah pasti undi yang diberi adalah semata-mata di atas maksud marah, dendam dan tidak mahu menerima realiti.

Tindakan mengundi pembangkang pada PRU 13 akan datang samalah seperti mengangkat seorang yang lumpuh menjadi imam sembahyang.

Kenapa sehingga sanggup diangkat si lumpuh menjadi imam hanya kerana semata-mata perasaan meluat, benci dan sentiasa memandang buruk amalan orang lain yang tidak sealiran? 

DAP lebih realistik pemikirannya dari penyokong pembangkang. Mereka sedar, mereka tiada pemimpin untuk diangkat sebagai PM jika rakyat memberi mandat.

Maka kenapa parti pakatan lumpuh ini masih lagi beria-iya masih mahu diangkat menjadi imam? 

Apa hukumnya dari segi agama seseorang yang memaksa orang lain berimamkan mereka sedangkan mereka sendiri cacat dan tidak layak sama sekali dijadikan imam?

Jika Anwar didapati tidak bersalah sekali pun, layakkah seseorang yang penuh dengan segala macam masalah dan keraguan serta dipertikaikan kesuciannya diangkat sebagai imam?

Jika ini kemahuan para pengundi, maka kata tuhan tunggulah ketikanya keruntuhan agama dan musibah akan terjadi. Ketika itu, jika Allah turunkan bala, golongan soleh pun tidak terkecuali dan akan turut sama menerima musibah dan bencana.

Apatah lagi apabila golongan yang mengaku soleh dan tahu agama ini turut bersekongkol menjemput mempercepatkan turunnya bala Allah.

No comments:

Post a Comment