Jika mahu dapat sokongan besar, Dr Hasan Ali boleh guna pendekatan Anwar sewaktu dipecat dari semua jawatan parti dan kerajaan tahun 1998.
Antaranya...
1. Ini satu konspirasi peringkat tertinggi Pakatan Rakyat untuk menamatkan karier politik saya! Saya akan lawan! Lawan tetap lawan!
2. Mereka takut dan amat gentar kerana saya konsisten dan tidak bertolak ansur dengan penyelewengan akidah yang cuba dikompromi oleh Anwar Firaun.
3. Mereka gentar dan gusar akan kehilangan sokongan apabila saya bertegas untuk tidak bertolak ansur demi mempertahankan keadulatan dan kesucian agama, bangsa dan raja-raja melayu.
4. Anwar paranoid! Dia cukup takut apabila saya tidak bersedia untuk mempertahankan kemungkaran yang sedang bermaharajalela yang dilakukannya.
4. Semua ini fitnah untuk mengaibkan saya dan perjuangan saya menentang kemungkaran para pemimpin Pakatan yang rrrrakus..... untuk berkuasa!
5. Wamakaru wamakarullah! Mereka merancang!!! Allah juga merancang. Perancangan Allah juga yang akan mengatasi usaha terancang puak zalim, korup dan rrrrakus untuk menghapuskan saya dari kepimpinan PAS!! Mereka tahu saya adalah penghalang terbesarrrr puak-puak ini untuk membaham dan membolot kekayaan dan kuasa seandainya pakatan berkuasa kelak.
6. Jangan bicara soal perjuangan jika...jika...jika... Dah tak ingat dah. Banyak sangat gelembong anwar. Tak termampu nak menghafal satu satu...
Kalau boleh hasan Ali buat roadshow cepat-cepat masa mood penyokong tengah panas ni
Gunalah juga doktor spin yang baik-baik... Untuk naikkan sentimen dan simpati.
Kalau berani lagi cuba wujudkan situasi Dr Hasan dianiaya, keluarga diaibkan, lakonan cubaan bunuh dan simbah cat depan pagar rumah juga mungkin boleh membantu menaikkan sokongan dan simpati...
Kalau nak lagi power...bagi lebam mata sikit dan buat poster mata lebam dan tampal seluruh negara...
Hasan juga patut fikir macam mana nak pakai kerusi roda, pembalut leher dan pinggang...
Insyaalah kalau menjadi semua perancangan ini rakyat akan berdiri teguh di belakang Hasan Ali...
No comments:
Post a Comment