Sunday, January 8, 2012

FAC 901 atau KEMPEN MARI SELAMATKAN PAS? MANA LEBIH WAJIB?

Mana satu yang lebih bermasalah sebenarnya ni? UMNO/BN ke Pakatan Rakyat?

Kapal mana yang nak karam sebenarnya ni? Kapal UMNO/BN ke kapal Pakatan Rakyat?

Mana satu yang hiruk pikuk ni? UMNO/BN ke Pakatan Rakyat?

Mana satu yang nak dibela oleh Pakatan Rakyat ni? Nak bela nasib rakyat dari kezaliman UMNO ke atau nak bela individu yang bernama Anwar dengan cara memperkudakan penghakiman rakyat? Siapa zalim? Siapa dizalimi sebenarnya? Siapa menipu? Siapa ditipu sebenarnya?

Apa sebenarnya yang nak diperjuangkan oleh PAS ni? PAS sedang memperjuangkan Islam ke atau PAS sedang memperjuangkan survival parti dengan memperkudakan Islam?

Kalau PAS memperjuangkan Islam, apakah perjuangan menegakkan Islam yang dibawa oleh Dr Hasan Ali yang keras menentang kemurtadan itu tidak islamik? Kalau perjuangan Dr Hasan Ali tidak Islamik, perjuangan macam mana yang dikatakan PAS islamik?

Macam mana yang dikatakan kemungkaran menurut Islam PAS? Macam mana pulak pencegahan berleluasanya kemungkaran dari berlaku menurut cara Islam PAS? 

Ke mana halatuju PAS mahu dibawa sebenarnya yang dimahukan menurut pimpinan PAS?

PAS nak apa sebenarnya? Rakyat semakin pening dan keliru.

PAS kata menjunjung perlembagaan negara tapi besok pagi PAS akan sama-sama beri tekanan kepada sistem kehakiman negara dalam kempen percubaan campurtangan ke atas sistem kehakiman 901 yang dijuarai oleh PKR.

PAS kata memperjuangkan Islam tapi kenapa Hasan Ali yang cuba perjuangkan Islam menurut perlembagaan PAS pula yang akhirnya dipecat?

Ajaran Islam sebenar mengajar supaya mencegah kemungkaran dengan tangan atau sekurang-kurangnya jika tidak mampu dapat menyimpan perasaan benci dan tidak bersekongkol dengan kemungkaran, itu sudah memadai dan dikatakan selemah-lemah iman. Tetapi kenapa suatu penghakiman untuk memutuskan wujud atau tidaknya kemungkaran di antara Anwar dan Saiful yang bakal diputuskan besok cuba ditentang pula oleh PAS? Kenapa PAS awal-awal sudah bersekongkol dengan tertuduh yang sedang menunggu penghakiman?

Di sini, jelas wujud pertentangan cukup jelas antara kehendak dan ajaran Islam sebenar dengan ajaran atau kehendak Islam menurut PAS.

Islam sangat keras terhadap golongan murtad. Golongan inilah yang pertama sekali diperangi oleh Saidina Abu Bakar sebaik saja baginda dilantik menjadi khalifah Islam pertama. Tetapi kenapa PAS bertindak bertentangan dengan cara Abu Bakar As Siddikin? Malahan bila ada kalangan pimpinan PAS cuba mengikut amalan Abu Bakar pula yang menjadi mangsa pemecatan PAS!

Mana satu kempen yang sepatutnya lebih layak untuk diperjuangkan?

Kempen Bebaskan Peliwat 901 atau kempen selamatkan PAS 901 dari terjerumus dan dijerumuskan ke celah kangkang Anwar dan DAP?

No comments:

Post a Comment