Pakatan Rakyat sedang mencari pewaris kuasa dan harta pusaka walaupun kuasa tersebut masih berwaris dan harta pusaka itu masih ada hak dan pemilik yang sah.
Pemegang kuasa dalam Pakatan Rakyat yang nak mangkat. Kenapa pulak bincang siapa bakal jadi PM sementara setelah kemangkatan pemegang kuasa yang ada? Bila si kemaruk kuasa ni jadi PM?
Sepatutnya PR hanya bincang dan putuskan siapa bakal pewaris kepada pemegang kuasa yang tertakluk di bawah kuasa dan jajahan takluknya saja. Ini tidak. Sampaikan jawatan Mamak Bendahara yang sekarang ini jatuh hak dan mandatnya kepada BN pun mereka nak bahagi-bahagikan.
Semakin hari masa semakin suntuk. Semakin hari semakin hebat watak dan lakonan yang cuba digendang seantero negara dan dunia. Semakin hari semakin nekad permainan yang cuba dilakonkan. Semuanya untuk menimbulkan kekeliruan dan keributan pada saat dan ketika yang suntuk.
Memang Anwar sengaja memilih ketika yang suntuk untuk melakukan semua ini. Bukan dia tidak boleh buat sejak dari awal perbicaraannya untuk kempen bebaskan anwar, tapi dari segi strateginya tidak berkesan. Momentum tidak kena. Momentum hanya berlaku dengan berkesan bila ia dilakukan tepat pada masa dan tempat serta peristiwanya.
Dilancarkan kempen bebaskan Anwar dan pada masa yang sama war-warkan siapa bakal pengganti bukan saja Ketua Umum PR, malahan umumkan siapa bakal PM sementara jika Anwar dipenjara.
Skrip palsu macam ni pun boleh laku kalau ketikanya tepat. Macam orang jual air sirap di pesta bermusim. Tiada siapa yang pereksa air yang digunakan air yang sudah dimasakkah atau air lombong. Nampak merah dan campurannya menarik, jual pulak di tengah panas terik.
Maka berebut-rebutlah orang datang membeli.
Penjual pun bijak. Kalau jual di restoren atau tempat permanent dia terpaksa lebih hati-hati tentang soal kualiti. Tapi berniaga seasonal musim pesta, peniaga akan pulun untuk dapat untung lebih. Jual sirap guna air lombong pun orang bukan tau, yang penting mesti nampak presentable dan mampu menggiurkan si mata yang memandang.
Sejauh mana Anwar mampu menjual sirap air lombongnya buat kali ke dua, kita sama-sama tunggu. Dulu tahun 1998 memang laris. Sampai kering air lombong dibuat sirap kerana permintaan tinggi.
Walaupun ramai yang kembong dan sakit perut, itu tidak menjadi masalah kerana semua musibah yang melanda waktu itu senang diurus. Pindahkan saja semua kerja buruk itu kepada UMNO. Semua orang akan percaya.
Kali ini kita tengok sajalah. Kalau ditilik-tilik kekuatan momentum gerakan 1998 nampak 50 kali ganda lebih hebat dari kekuatan yang cuba dimobilisasi pada 901.
Tapi walaupun kekuatan 1998 lebih 50 kali ganda, kita lihat tahun 1999 BN masih mampu menang 2/3.
Dengan kekuatan momentum yang jauh lebih kecil sekarang ini, Anwar masih cuba membayangkan kekuatannya kepada rakyat Malaysia dengan rancangan membahagi-bahagikan kuasa, walaupun kuasa tersebut jelas masih menjadi milik sah orang lain.
Perangai membahagi-bahagi hak orang lain seperti ini adalah perangai penjajah British dulu. Segala kuasa raja-raja dan harta milik kita, mereka yang menentukan.
Belum mendapat kuasa sudah mahu berperangai penjajah. Kalau sudah berkuasa pasti Anwar lebih penjajah dai penjajah.
Siapa-siapa yang nak ikut Anwar silakan. Tapi dengan syarat jangan gunakan akal fikiran yang waras kerana jika kamu gunakan akal pasti kamu tidak sanggup jadi lembu atau "pelantuk" air najis peninggalan Anwar.
KK , sehebat-hebat politik lu , tak sehebat Aspan , abang lu , lu kutuk lah abang lu yang dah berakan umngok tu , lu , bila lai , jangan kencing berdiri sudah lah , jangan harap nama lu ada dalam senarai mail ke , asan ke atau senarai di kemukan mukriz . Poi jahanamlah dengan umngok , ikut jejak langkah abang lu , kan lu seusat sepusing . PP
ReplyDelete1. Saya menghormati setiap idealisma dan pendirian siapa saja selagi ia masih didlm ruanglingkup sistem demokrasi berparlimen.
ReplyDelete2. Saya juga menghormati sesiapa juga yang berani menyuarakan pendapat asalkan pendapat itu pendapat yang berasal dari prinsip dan idealisma yang dipegang sebagai anutan politik sehat dan bukan prinsip yg menjunjung jalan2 pembohongan, fitnah dan pendustaan.
3. Apa yang menyebabkan saya hilang hormat kpd seseorg ialah apabila dia hanya berani teberak tengah jalan dalam gelap dan lebih hodoh lagi bila dia tidak mahu mengambil tanggungjawab dan mengistiharkan diri bahawa dialah yg teberak. Itu sebab selama ini saya tidak responsif wpun pekbagai mesej dihantar oleh PP kod saya. Kerana saya tidak kenak siapa itu PP. Saya hanya berminat utk respon jika PP keluar dari kehebatan main belakang dan sedia menjelmakan diri siapa PP sebenar. Adalah sangat bodoh untuk saya respon dengan golongan yang hanya berani melakukan tindakan tembak curi. Bagi saya tembak curi hanya applicable di palestine.
Apa pun tkasih di atas keprihatinan PP kpd saya. Saya tahu PP sayang pada saya.salam.