Setiap tahun ada lebih kurang 500,000 warga yang dilahirkan di negara ini jika diambil dari jumlah murid yang memulakan persekolahan baru setiap tahun.
Pada tahun 1998/99 mereka yang baru layak mengundi hari ini berada dalam lingkungan umur 10/11 tahun. Sekarang ini sebahagian dari anak-anak ini sedang belajar di universiti.
Apa yang mereka tahu pada umur 11 tahun? Apakah kelayakan golongan ini hari ini untuk menyatakan mereka lebih arif dan tahu mengenai kebenaran kisah di sebalik pemecatan Anwar pada 1998?
Apakah kelayakan mereka ini untuk memberitahu kita siapa benar dan siapa salah sedangkan sebahagian besar mahasiswa ini ketika itu sedang menghadapi zaman paling getir dalam hidup masing-maaing, iaitu persiapan menghadapi zaman berkhatan?
Apakah kelayakan mereka untuk mengajar dan memberitahu kita bagaimana untuk berjuang dan menyatakan erti kebenaran sedangkan pada masa itu mereka hanya baru melalui fasa pertama kehidupan selepas baligh?
Golongan mahasiswa ini saja segelintir baki rakyat yang masih boleh diperkudakan oleh Anwar. Yang lain-lain semua sudah keras dan tidak boleh dibentuk lagi. Masing-maaing sudah matang dan boleh fikir dan mencari rasional sendiri dalam setiap isu dan situasi yang berlaku.
Itulah rasionalnya mengapa Anwar dan golongan pelampaunya siang dan malam bekerja keras memobilisasi kekuatan mahasiswa untuk dijadikan bahan bakar untuk menghidupkan semula api reformasi 1998.
Anwar masih bernasib baik kerana masih ada minoriti mahasiswa yang masih tidak tahu menggunakan akal fikiran yang waras. Disebabkan tidak tahu mengguna akal dengan cara yang betul maka mudahlah Anwar mengembala mereka hinggakan disuruh cari rumput napier ditengah jalanraya pun mereka ikut dan sanggup berhadapan dengan pancutan air FRU.
Laki Shahrizat bela lembu fidlot di habitatnya yang betul tapi Anwar bela lembu di universiti tempat manusia berakal menimba ilmu.
Salam saya ikuti tulisan tuan sejak dulu lagi, masih ingat tuan dijemput sebagai panel rancangan Blog di TV1 dahulu.
ReplyDeleteKini saya beranikan diri berblog. Harap tuan sudi pautkan halaman blog saya di laman tuan.
http://yuseriyusoff.blogspot.com/