Anwar nak bersumpah laknat? Betul ke?
Dulu dah kata sumpah laknat taada dalam Islam. Sekarang dah ada pulak?
Dulu masa semua rakyat keliru antara benar dan salah, kenapa tak sumpah supaya fitnah dalam masyarakat tak merebak lebih jauh?
Dulu Saiful dah ajak sama-sama sumpah tak mau, sekarang baru mau.
Timing sumpah pun cantik. Dengar2 8 Jan. 9 Jan verdict.
Sumpah bersaksikan Al Quran pun ada timing ke? Bagaimana kalau mahkamah tetapkan tarikh 1 Mac untuk verdict? Adakah sumpah kena buat 29 Feb?
Sumpah timing ke sumpah laknat ni?
Sumpah politik ke sumpah menegak kebenaran ni?
Atau adakah ini sumpah alternatif? Sumpah ganti kepada mata lebam. Dulu puluhan ribu rakyat yang tak tahu hujung pangkal naik sentimen dan simpati telah berarak di jalanan gara-gara mata lebam. Sekarang mata tak lebam. Cuma muka saja sedikit lebam.
Untuk itu alternatif untuk mencari ganti alat peledak sentimen dan simpati harus diwujudkan agar puluhan ribu rakyat kembali keluar di jalan-jalanraya untuk mempertahankan Anwar.
Jika dijatuh hukum dia akan masuk penjara. Kalau kesan termakan sumpah berlaku sewaktu di penjara, sekali lagi kerajaan akan dipersalahkan.
Barangkali strategi politik Anwar kali ini bukan saja mampu mengelirukan rakyat jelata. Mungkin para-para malaikat pun akan turut terkeliru lantas akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk turut membantu menambah ramaikan rakyat keluar di jalan-jalanraya.
Jika itu yang berlaku, mungkin buat pertama kalinya sejak alam ini tercipta, perancangan manusia berjaya mengatasi perancangan Allah...
Huhh...!!! Dahsyat.
Salam,ingin sy tegurkan..tiada perancangan manusia mengatasi perancangan Allah..kita tunggu sahaja tiba harinya..Allah tau yg terbaik utk kita..
ReplyDeletekita tunggu jer laaaa sumpah dan bentuk sumpah anu-arr tu...ayat sumpah tu ayat tergantung dan triple meaning...walaubagaimanapon pembalasan Allah SWT adalah cash...dan tentera Allah yg dihantar takkkan dapat diperangi oleh musuh-musuh Allah.....
ReplyDelete