Thursday, January 12, 2012

PUNDEK : ANWAR SEDIA MAAFKAN....

Semua projek Anwar dan Pakatan yang sudah siap sekarang dah jadi projek gajah putih. Banyak projek yang hampir siap pula terbengkalai begitu saja. Kerja-kerja tanah yang telah lama disiapkan pula akan bertukar jadi semak-samun ditinggalkan oleh kontraktor kerana tidak mungkin lagi mendapat bayaran kerana segala perancangan RMK-PRU ke 13 untuk menuju ke Putrajaya yang telah sekian lama dirancang terpaksa diubah secara total.

Ini berikutan dengan pembebasan secara mengejut Anwar dari pertuduhan liwat.

Segala pelan pembangunan yang direkabentuk khusus untuk menuju Putrajaya selama ini adalah berdasarkan andaian bahawa Anwar pasti akan dipenjarakan. Anwar sendiri berucap di New York, "di Malaysia sekali anda dibicarakan pasti anda akan didapati bersalah dan dipenjarakan. Itulah sistem keadilan di Malaysia".

Apabila tuan punya diri sendiri terkejut beruk sebaik saja hakim membuat keputusan membebaskannya, maka bermula dari saat itu segala pelan yang telah dirancang bagaimana untuk menyahkan UMNO/BN dari Putrajaya terpaksa di abandon sepenuhnya kerana modus operandinya ialah dengan menjadikan hukuman penjara ke atas Anwar sebagai "stimulator" atau "impetus" terpenting kepada kelancaran projek pembangunan ke Putrajaya pada PRU13 akan datang.

Bagi Pakatan, pemenjaraan Anwar adalah aset terpenting PR/PKR yang mampu menyumbang kepada kemenangan PR pada PRU 13 akan datang. Sebenarnya tidak ada lagi aset yang lebih penting dari itu untuk mereka gunakan.

Kalau diteliti betul-betul, selama ini pendekatan PR sejak Anwar mengetuai barisan pembangkang hanya bergantung semata-mata kepada keberkesanan propaganda untuk meraih sokongan rakyat.

Tidak ada asas atau justifikasi khusus bagaimana bentuk ideologi, corak pentadbiran dan ke mana halatuju negara dan rakyat ini ingin dibawa pada masa depan. 

Tidak ada piagam perjuangan yang jelas atau titik persamaan di antara komponen pakatan kerana masing-masing mempunyai anutan yang amat berbeza di antara satu sama lain. Apa yang jelas mereka hanya bergantung kepada retorik memperjuangkan "keadilan" dan "kesamarataan" semata untuk dijadikan asas titik persamaan untuk membolehkan mereka tidur sebantal.

Apakah maksud keadilan dan kesamarataan sebenar menurut definisi mereka?

Apakah erti keadilan dan kesamarataan yang dimaksudkan mereka selaras dengan kehendak-kehendak asas kenegaraan dan bina bangsa seperti yang termaktub kukuh di dalam perlembagaan negara?

Apakah keadilan dan kesamarataan yang dimaksudkan oleh mereka selaras dengan realiti latar belakang kemajmukan etnik, budaya, kepercayaan dan polarisasi ekonomi di antara etnik yang wujud di negara ini?

Apakah mereka telah perhalusi baik buruk serta implikasi dari retorik keadilan dan kesamarataan yang dibawa terhadap kepercayaan setiap kaum dan kepentingan bersama setiap etnik mahupun keadilan sosial kepada keseluruhan rakyat yang secara realitinya tidak dapat dipisahkan dari semangat keetnikan (bukan semangat kebangsaan) masing-masing.

Adakah apa yang tertulis di dalam buku jingga itu sudah cukup untuk mereka yakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka lebih baik dari BN?

Apa yang nyata ialah terlalu banyak pertentangan ideologi buku jingga dengan apa yang telah termaktub di bawah perlembagaan negara. Jika mereka mahu buku jingga itu selari dengan semangat perlembagaan maka perlembagaan itu harus dipinda atau buku jingga itu mesti diselaraskan dengan kehendak perlembagaan terutama perkara-perkara yang membabitkan kepentingan fasa 3, 152, 153 dan 160.

Inilah sebenarnya perbezaan besar di antara BN dan pakatan. Perlembagaan dan ideologi BN selaras dengan perlembagaan negara kerana yang mencipta asas-asas penting fasa perlembagaan itu adalah para pemimpin parti Perikatan dulu. Itu sebab apa yang diperjuangkan oleh BN hari ini tidak bercanggah dengan apa yang disebut di dalam perlembagaan.

Walau bagaimana pun perang propaganda yang mereka jalankan telah berjaya mendatangkan keributan terhadap senario politik tanah air.

Walhal jika dikaji apa yang mereka sebut hanyalah setakat praktikal untuk santapan halwa telinga sahaja. Tiada sesuatu yang konkrit pun yang telah terbukti berkesan. Cubalah lihat negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. 

Rumput panjang dan sampah sarap kawasan majlis pun mereka tidak tahu urus.

Parti di negara dan rakyatnya yang maju tidak akan diterima oleh rakyat hanya disebabkan terpengaruh dan tertipu dengan pendekatan propaganda palsu dan putar belit fakta. Mereka melihat apa dasar yang ditawarkan oleh parti kepada rakyat jika dipilih menjadi pemerintah.

Tapi di Malaysia, siapa yang paling pandai putar, belit, bohong dan mengayat, merekalah yang akan dijuarakan. Tidak kisahlah apa jenis kelakuan yang dibuat pun.

Walau bagaimana pun kali ini, Anwar kena cari bahan baru untuk putar, belit dan bohong sebab bahan rencah lama dah keracunan.

Semalam Anwar dah mula reverse statement. Dengan rasionalnya dia bersedia memaafkan sesiapa yang telah menganiaya dia dan keluarganya.....

Pundek...

2 comments:

  1. Dia tipu kita dulu, bila nk minta maaf kepada rakyat. Dari uar-uar di suntik arsenik di Penjara tahun 1999, virus hiv etc etc, sehingga kini bila bodyguard dia menipu pula disuntik racun.

    16/9- nik aziz pun kena tipu.

    minta maaf dulu kepada rakyat yg ditipunya dulu.

    ReplyDelete
  2. minta maaf boleh diterima dgn syarat berhenti meliwat, berhenti nak jd PM & bubarkan Pakatan.. "ANWAR has done enough trouble for the country. ANWAR mesti BERTAUBAT!!" kata karpal singh

    ReplyDelete