Wednesday, February 22, 2012

ANWAR NUSYUZ PAS DAYUS...!!!?

"Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun". - Nik Aziz.

Tapi yang tak sedapnya, dalam kenyataan tersebut ada pula terselit ayat begini;

"Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat."

Jika saya dilantik secara langsung oleh Allah taala untuk mengaudit apa "maksud dan keutamaan" sebenar perjuangan PAS melalui kenyataan Nik Aziz ini, sudah pasti saya akan memberi fokus kepada bab "keikhlasan atau nawaitu" sebenar PAS dalam isu ini.

1. Apakah benar  Nik Aziz dan PAS benar-benar mendahulukan hukum Allah tanpa kompromi dan ia benar-benar ikhlas kerana Allah?
2. Apakah Nik Aziz dan PAS lebih mengutamakan komitmen terhadap perjuangan Islam dan nasib rakyat Palestin atau pun lebih cenderung untuk memenangi undi pilihanraya 13? 

Perkataan "tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat" jelas menampakkan ada niat tersirat untuk cuba mengelirukan pembaca dan penyokong ikhlas perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Apakah PAS mahu berkongsi dulang dengan sebahagiannya digunakan oleh PAS untuk makan daging lembu dan sebahagian lagi digunakan oleh jemaah lain untuk makan daging babi?

Kalau PAS tidak mahu bersekongkol dengan sesuatu yang dianggap oleh agama itu haram, kenapa apabila pendirian Anwar dalam hal keselamatan yang dianggap sebagai haram dan tidak boleh sama sekali dikompromi, tapi PAS masih mahu berkongsi "dulang kuasa" dengan Pakatan Rakyat?

Atau lebih ringkas lagi, kenapa kita harus bersikap dayus memperisterikan isteri yang jelas nusyuz dan menduakan suami? 

Apakah cukup hanya dengan berkata kepada anak-anak bahawa "ayah tidak akan berkompromi sama sekali dengan sikap dan pendirian ibu kau terhadap ayah. Oleh itu tidak berbangkit ayah menggadai prinsip dan hukum agama ketika ayah bersama ibu kau."

Siapa yang tipu siapa di sini?

Adakah ayah tipu anak atau isteri memperbodohkan suami atau pun ayah tipu tuhan? 

1 comment: