Tuesday, February 21, 2012

SAMPAI BILA UMNO BARU NAK INSAF!!!

Kenapa kamu dipecat?
AI : Mahathir takut dengan saya.
Kenapa kamu meliwat?
AI : Ini semua fitnah UMNO.
Apakah benar pelaku dalam video itu kamu?
AI : Itu semua kerja UMNO. Tak henti-henti nak malukan saya.
Bagaimana kamu boleh berada dalam hotel bersama Eskay?
AI : Siapa Eskay? Saya tak kenal.
Betul ke apa yang kamu cakap dalam interview dengan WSJ?
AI : saya dah saman Utusan Malaysia.
Aku tanya betul atau tidak kamu cakap?
AI : Masalahnya, Utusan tidak keluarkan apa yang saya cakap sepenuhnya.
Aku tanya betul atau tidak?
AI : saya cakap lain tapi WSJ lapur lain. Tak sama.
Aku tanya, sila jawab ya atau tidak!
AI : Umno nak laga saya dengan Nik Aziz.
Jawab soalan ringkas saya! Ya atau tidak?
AI : Umno samseng. Kereta saya pun umno tendang. Pecah, kemek. Umno hina saya, keluarga saya. Islam menggalakkan perkahwinan lelaki dan wanita. Kalau nak juga buat sama jenis, buat sembunyi-sembunyi sudahlah. Itu hak peribadi. Yang umno dok suka aibkan orang pasai apa? Mereka ada maruah. Saya amat memahami naluri semua manusia. Umno tidak sensitif dengan perkara seperti ini. Sebab itu saya korbankan diri saya. Saya terbuka menerima siapa saja. Cina, india, melayu tiada beza. Barat dan timur sama. Semua agama dan kepercayaan membawa keadilan sejagat. Tiada dikriminasi. Umno jahil. Mereka tidak faham ini semua. Hak asasi individu adalah hak semua penganut agama. Ia tidak boleh dikompromi sama sekali. Apa yang penting kita mesti adil dan perjuangkan hak semua pihak.....

cukup...cukup....cukup... Kata tuhan.

Inilah gambaran perbicaraan mahkamah Ilahi di yaumil-mahsyar kelak, JIKA, Allah jalankan perbicaraan dengan memberi peluang kepada lidah dan mulut manusia sebagai saksi alibi.

Perbicaraan ini pasti tidak akan selesai, jika mulut dan lidah tidak dikunci. Itu sebab tuhan beri peluang kepada mata, telinga, tangan, kaki dan lain-lain untuk jadi saksi mutlak tanpa perlu akuan bersumpah saksi.

Kepada AI, kami rakyat Malaysia memahami masalah saudara!

Gunakanlah kesempatan di dunia ini sebaik mungkin dengan kebolehan lidah kamu untuk membelit, membohong dan merekayasa kerana kemudahan lidah dan mulut ini tidak relevan dan ia akan dianggap kolot dan ketinggalan zaman di padang mahsyar kelak.

5 comments:

  1. Dialog merekayasa terbaik ----- gelak terguling guling membacanya.Tahniah!!

    peminat setia tp jarang komen

    ReplyDelete
  2. Blog hebat ni telah gua pautkan dalam list Bloggers United MPP Online. Tq.

    ReplyDelete
  3. Salam bro,

    Mcm kawan dah pernah linkkan. X apa kawan linkkan di Myblog List 4. Dekat situ walaupun bawah sikit tapi belum sampai 10 pun blog yang dilinkkan disana. Maksudnya kalau jarang update pun akan sentiasa ada di sana buat masa sekarang.

    Blok list lain hanya akan publishkan 25 posting terkini dalam satu2 masa. Yang itu pun sama tapi kerana masih X sampai pun 25 blog yang dilinkkan.

    TQ

    ReplyDelete
  4. Bro,

    Moderate comment bagus sebab kita boleh tapis mana yang lucah sangat atau caci-maki.

    Tapi tolong buang "password" kekadang ianya menyusahkan.

    ReplyDelete
  5. blog kkamdias sudah di pautkan ke medan tempur

    ReplyDelete