Thursday, February 23, 2012

BAI'AH HADI VS SADIQ SIGARAGA....

FDatuk Seri Abdul Hadi Awang - "setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya".

Mufti Perlis, Dr. Juanda - mereka yang mengingkari bai'ah boleh dianggap ditimpa kecelakaan dalam kehidupannya kerana amalan sumpah yang dibuat berteraskan agama Islam.

Pada saya pula, itu tanda PAS sudah tekan "panic button".

Seseorang yang terlalu tertekan boleh berbuat apa saja yang diluar jangkaan untuk menyelamatkan diri.

Mewajibkan sesuatu yang harus atau sunat itu adalah salah. Perkara yang sedia wajib pun masih terlalu banyak yang ditinggalkan, kenapa pula PAS pandai-pandai memperketatkan lagi hukum yang sudah Allah tetapkan? 

Apakah Allah itu tidak cukup tegas atau terlepas pandang akan sebahagian dari hukum yang diturunkanNya sehingga PAS terpaksa memperketatkan lagi hukum Allah?

Bila sudah panik, inilah jadinya. 

Yang jelas haram seperti tindakan Anwar menjamin keselamatan Israel, PAS berlembut pulak.

Yang sudah bagus seperti hasrat menubuhkan negara Islam dilonggarkan pulak kepada setakat menubuhkan negara berkebajikan.

Yang dituntut seperti jangan memutuskan silaturrahim dengan saudara semuslim, ditentang habis-habisan pulak hingga terpaksa mencari nas-nas lain untuk menghalalkan tindakannya menolak UMNO yang Islam dan menerima DAP yang jelas menolak hukum Islam.

Bai'ah atau sumpah taat setia bukan barang permainan. Ia memberi kesan zahir dn batin, dunia dan akhirat.

Bai'ah adalah suatu tindakan membunuh diri atau umpama meletakkan bom di badan sendiri untuk diletupkan. Bai'ah hanya memberi kita dua pilihan, iaitu samada mahu taat atau engkar.

Kesannya bukan saja kepada sepelaku bai'ah, malah kepada seluruh keturunan dan generasinya. Kesan kepada diri yang berbai'ah sudah pastilah tertanggung dibahunya di dunia dan di akhirat.

Ambil saja contoh sejarah bai'ah atau sumpah taat setia untuk menjunjung adat oleh seluruh keturunan selagi adanya matahari yang dilakukan oleh Dt Perpatih dan Dt ketemenggungan. Persumpahan yang dimeterai dengan cara menikam batu sebagai "tanda persumpahan" telah menyebabkan wujudnya ikatan zahir dan batin, dunia dan akhirat terhadap segala adat dan peraturan yang mesti ditaati oleh seluruh keturunan mereka. 

"Antara bait-bait persumpahan yang kita dengar hari ini seperti biar mati anak, jangan mati adat. Jika diengkari oleh keturunan ku, maka ia ibarat pokok, akarnya tidak mencengkam ke bumi, pucuknya tidak tumbuh dan batangnya dilerek kumbang".

Bukankah persumpahan seperti ini umpama tindakan meletakkan bom di badan seluruh keturunan mereka dan bom ini bila-bila boleh meletup dan membunuh sesiapa juga yang engkar akan persumpahan yang telah dimeterai oleh nenek moyang terdahulu?

Tindakan memperketatkan lagi sebarang hukum hakam yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya SAW adalah sama seperti tindakan merobah sesuatu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Tindakan merobah hukum Allah ini adalah lebih hina dan terkutuk lagi apabila ia dilakukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan di dunia, iaitu demi kuasa dan pangkat. Lebih memalukan, ia dilakukan semata-mata di atas sebab tektikal untuk memastikan YB-YB PAS tidak lompat parti atau keluar meninggalkan Pakatan.

Tindakan mewajibkan bai'ah oleh Hj Hadi dan PAS ini tidak ada kena mengena sama sekali dengan maksud agama atau secara langsungnya dengan Allah swt.

Ia tidak lebih dari suatu tindakan untuk mengenakan paksaan terhadap orang lain supaya taat dan patuh kepada PAS dan kepimpinannya dan ia tidak bersabit langsung dengan perintah supaya taat dan patuh kepada Allah dan segala peraturanNya.

Bai'ah PAS tidak ada bezanya dengan bai'ah yang dikenakan oleh Tuan Sadiq Segaraga terhadap Abdul Wahab, abdul Wahib dan Abdul Wahub.

2 comments:

  1. ...ADUN PAS yg langgar bai'ah akan kena jual...hehehehehehehhehe

    ReplyDelete
  2. Bai'ah ni kok dibuek yo..akibat ea akan makan dighi , joghek dighi sonighi dan Hj Hadi akan tosopit sok... tengoklah..

    Jokiden

    ReplyDelete