Sunday, March 4, 2012

MASTER TUN DAIM MERAMAL LAGI...

PM Najib kata PAS, Parti Asyik Serabut dan PKR, Parti Kalut & Ribut. DAP pula parti Depa Ambil Peluang (Di mana Ada Peluang)

Bila pendirian asyik serabut, keadaan pasti jadi kalut dan ribut. Dalam keadaan kalut dan ribut inilah sering muncul pihak opportunis yang mengambil peluang.

Memang rasmi golongan oportunis seperti DAP adalah golongan takut mati. Tapi bila ada peluang, dialah yang paling bijak ambil kesempatan.

Memang inilah "trend" yang berlaku sejak pihak pembangkang dapat lebih kerusi dan berjaya perintah beberapa negeri selepas PRU12.

Pakatan pembangkang sebenarnya berpotensi untuk dapat sokongan lebih besar pada PRU13 akan datang, tapi sayang, mereka gagal menggunakan penggal pemerintahan ini untuk menambah lagi keyakinan rakyat terhadap mereka. Mereka tidak tahu mengurus kejayaan besar mereka yang telah menafikan kuasa 2/3 BN pada PRU12 lalu.

Jika mereka tak serabut, kalut dan ribut, pasti BN dalam kedudukan bahaya sekarang ini.

Apatah lagi dalam keadaan BN belum menemui sentuhan sebenar bagaimana untuk mengembalikan kekuatan mereka.

Memang benar seperti yang diulas oleh Tun Daim, hari ini rakyat sudah bosan dengan keributan politik yang tidak berkesudahan dan mungkin ramai yang akan menjauhkan diri dari peti undi pada PRU13 akan datang.

Jika ramalan Tun Daim ini benar, maka ada asasnya beliau berkata berkemungkinan akan berlaku "parlimen tergantung" @ "hung parliament" selepas PRU 13 akan datang.

Jika keadaan ini benar-benar berlaku, maka ketika itulah kita akan lihat bagaimana permainan sebenar politik DAP. Sikap oportunisnya akan terserlah, apatah lagi jika ketika itu pemimpin-pemimpin melayu di dalam UMNO/PAS/PKR masih tetap mahu menegakkan "ego centric" masing-masing.

Jika pemimpin melayu masih keras kepala dan terus berpegang kepada konsep "kuasa bahagi tiga" dan bukan konsep "berkongsi kuasa", maka DAPlah yang akan menentukan siapa yang harus menjadi kerajaan dan siapa yang mereka tunjuk untuk jadi Perdana Menteri pasca PRU13,

Tetapi jika pemimpin melayu mampu mengenepikan segala "ego centric" dan kepentingan lain demi memastikan kuasa melayu terus dominan, DAP pasti akan mengelupur.

Mungkin ramai MP DAP akan diarah lompat masuk MCA atau Gerakan bagi membolehkan kaum mereka sekurang-kurangnya ada wakil di dalam kerajaan melayu yang terbentuk. 

Itu pun jika para pemimpin melayu insaf dan bersatu. Masalah atau halangan ke arah perpaduan dijangka akan datang dari Anwar sendiri. 

Kalau mahu pastikan rundingan kerajaan perpaduan itu berjalan lancar dan berjaya, ada caranya,... Amat mudah!! 

Apa bentuk rundingan pun, Anwar mesti jadi Perdana Menteri. Samada Plan A, Plan B atau Plan C yang dipersetujui, itu bukan isunya.   Pokoknya Bapak Anwar mesti jadi PM. Settle!!

Game plan inilah yang sangat-sangat dinantikan oleh Bung Anwar.... Tapi pemain buah dadu tersohor, Allahyarham Ibrahim Pendek pernah berkata "mari kita tengok siapa yang kenaaa...!!"

1 comment:

  1. Aghi tu ese ado cakap... bai'ah yg hj hadi cadangkan tu sok akan menjerat dighi dio balik...dgn bai'ah tak mungkin ado ADUN Parti Asyik Serabut akan join UMNO...mau tak mau..UMNO kono lompek ko PAS atau lompek ko PKR.. susah-susah lompek terus ke DAP hahaha..

    Jokiden

    ReplyDelete