Saturday, March 10, 2012

NOH OMAR UMUM 5 BILLION BR1S UNTUK RAKYAT SELANGOR!!

Johor Bahru, 10 Mac- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sokongan dan keyakinan rakyat yang semakin meningkat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah kerana kerajaan sentiasa mengotakan janjinya berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji.

“Saya rasa sehari dua ini penambahan keyakinan rakyat terhadap BN adalah disebabkan apa yang kita (BN) kata, kita kotakan. Sebaliknya pembangkang bila mereka janji, tahap keyakinan janji mereka semakin hari semakin dipersoalkan.

“Justeru itu, kalau hendak terus mendapat keyakinan rakyat, sebagai pemimpin di semua peringkat kita mesti ‘walk the talk’… janji mesti dikotakan,” katanya.
-Itu berita yang dilapurkan oleh peraktoday.com hari ini.

Walau bagaimana pun kita harus akui hakikat bahawa ada satu persamaan yang sangat ketara di antara BN dan Pakatan, iaitu dari sudut "janji".  Ada sesetengah janji yang dibuat oleh pakatan, malah jauh lebih "teruja" dari janji BN. 

Kalaulah rakyat hanya menilai kelayakan parti untuk memerintah hanya dari sudut "kehebatan janji", pasti tiada siapa yang akan mengundi BN. Masing-masing akan pakat undi pakatan.

Apa tidaknya. Jika dilihat pada buku jingga sahaja, BN sudah kalah terok. Siapa yang tak mahu undi pakatan jika "peruntukan dari penjimatan rasuah" pun turut diambil kira dalam budget pembangunan pakatan! 

Tiada mana-mana kerajaan di dunia yang membentangkan budget akan mengambilkira hasil dari penjimatan rasuah untuk diserap ke dalam budget pembangunan. Inilah jadinya bila ada pihak sudah terlalu bijaksana seperti mahu mengatasi maha bijaksananya tuhan!

Dari mana pakatan dapat angka 20 billion subsidi yang bakal diperuntukan jika mereka memerintah? Hasil dari penjimatan rasuah yang kononnya masuk ke kocek pemimpin BN bro!

Penyelewengan pasir di Selangor sampai takut nak tubuh Suruhanjaya di Raja itu bukan rasuah?

Pemberian kontrak secara runding terus di seluruh PBT di Selangor bertentangan sama sekali dengan janji tender terbuka itu tiada unsur rasuah?

Apa nasib Yayasan Selangor? Baru 1 penggal memerintah, semua aset mahu dijual. Tiada unsur keuntungan segera?

Kalau nak ikut kebodohan kerajaan pakatan membentang bugdet, Noh Omar pun boleh main serkap jarang dan umumkan kepada seluruh pengundi di Selangor, "jika BN diberi semula mandat, BN akan lancarkan BR1S, sama macam Najib umumkan BR1M, sebanyak RM5billion!"

Noh Omar boleh umumkan peruntukan  RM5 billion untuk seluruh rakyat Selangor ini adalah hasil dari penjimatan rasuah dan pembaziran akibat dari kebodohan kerajaan PKR mengurus kewangan negeri.

Noh Omar boleh serkap jarang dan tak perlu bukti apa-apa, sebab 20 billion rasuah pemimpin BN tu pun depa main serkap jarang jugak!

2 comments:

  1. Najib sanggup buat apa saja untuk BN menang, termasuklah projek BR1M, kalau ikhlas, berilah sepanjang masa, setahun sekali ke......

    Ini tak, beri dekat PRU je, nampak sangat nak beli undi,kerajaan macam ni pun masih ada org yg nak sokong.

    Tukarlah pulak kpd Pakatan Rakyat, sekurang2nya boleh juga menjadi pengajaran kepada BN, biar Najib sekali lagi minta maaf kerana mentadbir Malaysia secara salah.

    Selepas BN berehat beberapa ketika, ketika itu pemimpin yg berhajat menjadikan Umno sebagai tempat mencari peluang, telah mengundurkan diri, tinggal yg betul2 berjuang utk rakyat, barulah boleh di pertimbangkan semula utk beri sokongan kepada Umno.

    Itulah baru dinamakan rakyat cerdik.......

    Kalau terus sokong Umno/BN, walau pun terbukti pelbagai penyelewengan wang rakyat di lakukan oleh mereka, itu dinamakan biol.

    Saya tidak taksub kepada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat cuma alat untuk menggulingkan BN sahaja, jikalau setelah di beri peluang mereka memerintah dan melakukan juga penyelewengan, kita tukarlah balik kepda BN, bukan susah.

    Ini dok sokong memanjang BN sampai ke tua .....

    Sdr Kepal Nasi kepal Beras nampak macam org cerdik, takkan org cerdik boleh ditipu juga....

    Atau munkin banyak kepentingan yg diperolehi jika BN terus memerintah, walau negara bakal bangkrap apa aku peduli janji fulus masyuk....

    Kalau begitulah pemikirannya ....nasiblah...

    ReplyDelete
  2. Daim pun x percaya Noh Omar ni.
    Bg lah org yg 'Nampak Bersih' utk jd Leader BN di Sgor.

    ReplyDelete