Friday, March 16, 2012

PERJANJIAN HUDAIBIAH MAS-AIRASIA -KJAAN BOLEH PUNAH!

Ramai pemimpin UMNO di atas sana yang mengingatkan ahli bawahan supaya tumpukan fokus untuk memenangi pilihanraya. Dahulukan kepentingan parti, ikhlas dalam berjuang serta elakkan perpecahan dan "cah keting" sesama sendiri. Jangan sampai usaha pucuk pimpinan untuk mengukuh dan mengembalikan kepercayaan rakyat terjejas akibat dari sikap buruk ahli. 

Itulah nasihat dan ingatan yang selalu diberikan oleh pelbagai jenis pemimpin UMNO di atas sana. 

Tapi hari ini kita ahli bawahan ini nak juga bagi nasihat dan teguran kepada pimpinan di atas sana....

"Jangan buat kesilapan saat-saat akhir. Masalah yang wujud samada masalah peribadi atau tuduhan rasuah kalangan pemimpin jangan dibiar atau lambat bertindak. Lebih penting jangan lindungi bangkai gajah atau mana-mana pemimpin yang terberak tengah jalan."

Jangan sampai keyakinan rakyat yang telah beransur pulih, terencat kembali dek kesilapan-kesilapan dan kelalaian yang bodoh-bodoh.

Isu perjanjian "ala-Hudaibiyah" yang paling berat sebelah antara MAS-Airasia ini, jangan dibiar ianya berakhir dengan menguntungkan kepentingan perniagaan 1 TonyF saja sehingga kepentingan negara dan puluhan ribu pekerja MAS dikorbankan.

Kenapa polisi dan keputusan-keputusan korporat yang dibuat oleh khazanah selalu sangat dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan kerajaan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?

Kalau pakar dan para perancang korporat yang paling hampir dengan kuasa di JPM dan MOF sendiri pun gagal membantu atau sekurang-kurangnya memahami apa yang sedang cuba dilakukan oleh kerajaan dalam mengembalikan keyakinan rakyat, apalah yang nak diharapkan kepada ahli bawahan UMNO dan rakyat biasa untuk memahami segala tindakan dan peranan kerajaan?

Pilot penerbangan MAS ini sudah gilakah sehingga bertindak sendiri mendarat dan berlepas tanpa mengikut command dari pusat kawalan?

Apakah pilot ini gila, tidak memikirkan kesan buruk yang bakal dihadapi oleh anak-anak kapal dan keseluruhan sistem di lapangan terbang akibat dari keegoan mereka tidak mahu mengikuti kelaziman SOP penerbangan dan arahan-arahan dari pusat kawalan?

Bolehkan kita kata pilot-pilot yang sedang mengemudi Khazanah Nasional ini gila kerana kerap kali keputusan yang dibuat, telah mendatangkan bencana berbentuk penentangan dari rakyat mahu pun pekerja di GLC-GLC terbabit. 

Jika setiap keputusan yang dibuat oleh pilot-pilot Khazanah ini menjadi isu rakyar dan akhirnya PM juga yang kena campurtangan, ini apa cerita? Buat apa habis duit juta-juta bayar gaji mereka.

Sekarang sudah 2 perkara besar, jika tidak kemas ditangani oleh PM, boleh membunuh kerajaan.

1. SBPA - ini pilot tertinggi pentadbiran awam kerajaan punya kerja gila. Nasib baik PM pantas bertindak
2. Perjanjian Hudaibiah MAS-Airasia. Ini pulak kerja gila pilot Khazanah. Orang Madinah masuk Mekah kena tangkap tapi kalau orang Mekah masuk Madinah mesti pulangkan balik.

Kesimpulanya, 2 sayap terpenting yang menentukan baik buruknya sesebuah kerajaan, i.e pentadbiran awam dan Khazanah Nasional telah diberi kepercayaan kepada orang kurang siuman untuk memimpin.

Mana rakyat nak rasa selamat macam ni...

5 comments:

  1. 1. Release Khazanah big boss Dato Azman fm his position. We see whether TF will employ him or not.
    2. Declare all the swap shares between AA & MAS as null n void.
    3. Reorganise back the MAS structure. Call back those loyal staff who left due to these craps. Do not fear to straighten it because by not doing so, the biggest fear will be BN will be loosing all the votes fm the current n ex MAS staffs, spouses, family n also relatives who are concerned for their welfare...

    ReplyDelete
  2. Tepat sekali tulisan Tuan. Harapnya dapat DS Najib selamatkan keadaan sebelum nasi menjadi bubur...

    ReplyDelete
  3. Man,

    1.Somalam dlm Parliamen Tok Him Perkasa dah sughuh boghontikan KSN dan KPPA tu..hahaha.

    2.Ni kisah Mas Air Asia ni maca nak samo yo bunyi ea dgn kisah amah indon, ni, satu amah satu tugas..gaji tinggi pulak tu..paghah!!!

    3.Saghi duo ni kok ado oghang poie Jakarta ngaku dio yg perjuangan amah ni dapek gaji tinggi, kojo sonang..sok kalau dibatalkan pulak dio hasut indon2 tu buek domentrasi, pijak2 bendera Malaysia.

    ReplyDelete
  4. ini semua ada kepentingan dan bahagian pada mereka.bukan setakat ini saja banyak lagi projek2 dan cadangan yg lebih mementingkan pemimpin daripada rayat. pemimpin sekarang hanya mengejar kekayaan bukan nak berkhidmat untuk rakayat sangat. semua mereka dah kaya-raya walau sepenggal menjadi yb. bukan setakat pemimpin termasuk pegwai2 kerajaan yg mempunyai kuasa memilih

    ReplyDelete
  5. Rakyaat memerhati segala tingkah laku pemimpin disaat saat terakhir sebelum pilihanraya ke 13 ini. Jadi sebelum nasi menjadi bubur baikilah diri dan tingkatkanlah prestasi masing masing dalam membantu memulihkan image kerajaan.

    ReplyDelete