Saturday, March 17, 2012

FORUM WIKILEAKS: TANPA RPK ANWAR PUN HAMPIR REBAH DIBELASAH!!

Anwar mengelak untuk berdebat dengan Raja Petra Kamarudin. Dia sendiri minta penganjur supaya RPK dikeluarkan dari senarai panel forum.

Baru 2 hari lepas Anwar gelap mata dan nyaris rebah di Dewan Rakyat kena "peletok" dek Khairy Jamaludin. Sebelum ini Anwar banyak kali lari ikut belakang pentas bila dicabar oleh Ummi Hafilda.

Cabaran-cabaran dari Ezam, Zul Nordin, Nalla Karuppan dan ramai bekas kawan rapat yang lain tidak pernah disahut oleh Anwar.

Dalam peristiwa nak pitam sewaktu di belasah dek KJ di Dewan Rakyat kelmarin, ia berlaku bukan di atas kehendak Anwar. Itu Dewan Rakyat, sesiapa pun boleh mencelah jika dibenarkan oleh speaker dewan. Kuasa yang ada pada Anwar ketika itu hanyalah kuasa sebagai Ketua Pembangkang yang sedang berucap selaku pembahas dan dia ada hak untuk beri atau tidak ruang untuk celahan.

Di Dewan Rakyat itu baru jelas kepada kita siapa Anwar ni. Dialah manusia yang paling tidak sanggup menerima kritikan. Dialah manusia yang tidak boleh langsung menerima pandangan yang berbeza. Dialah manusia yang paling kuku besi. Dialah manusia yang tidak boleh sama sekali menerima prinsip kebebasan bersuara.

Anwar adalah jenis manusia yang berpendapat bahawa semua prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara wajib diamalkan oleh semua orang, semua parti politik atau kerajaan, terkecuali dan tidak bagi   DIA.

Dalam keadaan tiada apa-apa kuasa pun dia tidak boleh menerima kritikan dan menutup pintu pandangan dan kritikan yang berbeza, apa lagilah jika dia berada di kerusi kekuasaan yang diduduki DS Najib sekarang ini.

Ruang demokrasi dan kebebasan bersuara pasti akan mati jika manusia seperti ini diberi kuasa. Dengan hanya berbekalkan mulut dan lidah tanpa apa-apa kuasa pun dia boleh menghalang orang lain dari berdebat dengannya, apa lagilah jika kuasa berada di tangan.

Hakikat sebenarnya ialah Anwar tidak layak sama sekali untuk bercakap soal moral, demokrasi dan kebebasan bersuara.

Dia tidak layak sama sekali, menjadi ketua pembangkang, apatah lagi untuk menjadi Perdana Menteri di negara yang mengamalkan demokrasi. 

Dia hanya layak menjadi PM di negara bekas Soviet Union, tapi sayang Soviet Union pun sudah tidak wujud lagi.

No comments:

Post a Comment