Sunday, March 18, 2012

PRU13: PERAK, NSEMBILAN KALAH DALAM TANGAN! MONANG BELOM TAU @ DAIM

Daim tak berapa yakin BN Perak boleh kekal memerintah!

Mungkin perkara itu disebabkan tertib naik turun kerajaan negeri tidak ikut kelaziman biasa. Bagi pengundi cina, pengambilalihan pemerintahan di luar kelaziman ini adalah satu kehilangan kuasa yang amat memeritkan. Terlalu banyak agenda yang sedang dirancang seperti pengambilan tanah milik kekal telah terbantut. 

Tapi pelik juga kenapa BN Perak masih gagal mendapat kembali sokongan meyakinkan dari rakyat setelah kerajaan diambilalih.

Cuba bilang berapa ramai pemimpin besar UMNO datang dari Perak. MB Perak Dato Zambry Kadir. Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO paling kanan datang dari Perak. Menteri paling celupar, Nazri Aziz dari Perak. Menteri Kewangan II juga dari Perak.

Tidak masuk kira lagi MT-MT lain seperti Tajudin Rahman dan Dato Hamzah Zainuddin.

Apa mereka buat di Perak? Taada pengaruh langsung ke? 

Kalau macam tu punya besar jawatan tapi masih tidak mampu meraih sokongan dan rasa kasih rakyat kepada UMNO, maknanya aura mereka ni memang taadalah. Macam aura dukun kampung. Jadi rujukan dan diyakini ramai orang diluar sana. Punya gah, tapi orang kampung sendiri tak percaya.

Apa pandangan Daim bagi negeri-negeri lain pulak? Jika dinilai dari kata-kata Daim, banyak negeri yang kritikal dan sukar, termasuklah Negeri Sembilan.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang wartawan media perdana di Negeri Sembilan sewaktu saya berbual-bual dengannya.

"Negeri Sembilan, setakat ni, kalah dalam tangan, monang belum tau. Kalau gerakerja pemimpin UMNO hanya setakat yang ada hari ini, memang inilah yang akan jadi di Negeri Sembilan."

Sambung wartawan ini lagi, "apa yang kebih kita pelik, geng-geng wartawan pulak nampak lagi bimbang dengan nasib dan masa depan UMNO dari pemimpin UMNO sendiri. MB masih dengan keangkuhan dia, 'over confident' memanjang. Tak tau la lapuran tipu yang diberi pada pemimpin pusat "tiada masalah, BN monang" tu, dia orang sedar atau tak. Memang betul pun,  BN patutnya tiada banyak masalah. Yang buat banyak masalah dalam BN ni MB sendiri!". 

Camtulah bunyi eh luahan wartawan ni kek sey...

1 comment:

  1. Capo wartawan yang cakap 'kalah dalam tangan, monang bolun tau tu'? hahaha.. meh kito tulih banyak sikit pasal noghori kito ni dalam posting2 akan datang.

    Banyak hal ni, pasal Jolobu, Jompul, Pilah, Ghombau, Somban, PD, Tampin dan Rasah..Ala sokali sokalo kono boghi yo pandangan kito...

    ReplyDelete