Saturday, April 7, 2012

SUDAH DIPERSETUJUI SECARA SULIT, DAP AKAN AKUR DENGAN PAS!!!


Apa yang berbeza di antara PAS, DAP dan PKR? 

Apa pula yang membezakan di antara PAS-DAP-PKR dan PAS-Semangat 46-DAP-HAMIM-Berjasa?

Apa yang membezakan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif-Angkatan Perpaduan Ummah yang wujud dalam era politik 80/90an?
(Dulu APU terdiri dari PAS-Semangat 46-Hamim-berjasa, manakala komponen BA terdiri dari Semangat 46-DAP-IPF.

Ketika itu PAS masih fobia untuk bergabung secara langsung dengan DAP. Maka itu diwujudkan initiatif APU.

Jambatan penghubung ketika itu ialah Semangat 46, manakala, kini tempat itu telah diambil peranan oleh PKR. Kini PAS sudah tidak berselindung lagi dari segi hubungannya dengan DAP.

Persoalan besarnya ialah, kenapa PAS begitu berani dan tidak lagi berselindung di sebalik PKR sepertimana ia berselindung di belakang Semangat 46, melalui APU?

Apakah DAP dulu dan DAP sekarang sudah berubah dasar perjuangannya, sehingga PAS sudah berani tidur sekandang dengan DAP?

Atau, adakah dasar perjuangan PAS yang sudah berubah hingga menyebabkan DAP juga sudah wujud perasaan suka sama suka terhadap PAS?

DAN, yang paling penting, apakah hukum Islam dekad awal 90an dan hukum Islam abad 21 sudah tidak lagi sama? 

Jika benar hukum Islam sudah berlaku perubahan, bahagian manakah di dalam Al Quran itu yang telah dipinda, sehingga PAS begitu berani meminda pendirian terhadap hubungannya dengan DAP yang selama ini diibaratkannya seperti air dengan minyak?

DAN, jika benar-benar hukum Allah sudah berubah, siapakah pula yang telah membawa wahyu atau pembawa dalil perubahan itu kepada umat manusia?

Adakah fahaman baru yang muncul mutakhir ini seperti fahaman pluralisma agama dan konvensyen penggunaan  nama Allah untuk semua agama itu termasuk dalam apa yang dikatakan wahyu baru yang dibawa oleh pembawa dalil?

DAN, adakah jenama kekal, "yahudi adalah musuh kamu" seperti yang digambarkan oleh Allah sudah terbatal dengan sendiri, setelah munculnya pembawa dalil baru yang memberi jaminan terhadap keselamatan negara Israel, sepertimana terbatalnya Taurat, Zabur dan Injil setelah munculnya penutub segala nabi, iaitu Muhammad saw dengan membawa dalil Al Quran?

Jika semua dalil dan fahaman baru yang dibawa oleh pembawa dalil bernama Anonywar Ebraham ini yang dimaksudkan sebagai wahyu baru, adakah "sikap berdiam diri" PAS terhadap semua fahaman baru yang dibawa oleh pembawa dalil ini, memberi maksud bahawa PAS telah beriman dengan fahaman ini?

Apakah kesanggupan PAS mengubah pendirian dari "tidak beriman", yakni tidak percaya, tidak mengakui dan tidak yakin dengan sebarang persekongkolan dengan DAP kepada "beriman", yakni percaya, mengakui dan yakin dengan persekongkalan dengan DAP boleh mendatangkan kejayaan, bermaksud bahawa sudut akidah juga telah turut mengalami perubahan?

Bagi pentaksub PAS yang merasa syurga wajib bagi mereka, semua ini dibolehkan demi kerana kuasa, kerana akidah pentaksub mereka yakin hanya dengan kuasa, Islam boleh "togak", macam togak eh menatang tu di bumi Malaysia...

1 comment:

  1. Hahaha..PAS PIS PUS, matalamat menghalalkan hubungan. Apopun agi ni kobotulan plak aaa, tigo oghang Jolutong sederet dalam link Paneh..kih..kih..kih.

    ReplyDelete