Tuesday, May 29, 2012
ANWAR UMUM KABINET BAYANGAN LEPAS BERSIH 4!!
"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?
"Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu. Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks."
Demikian pandangan Tunku Aziz, mantan Timbalan Pengerusi DAP.
Syarat untuk jadi PM dan jadi kerajaan Malaysia, sebuah negara yang sangat kompleks, bukan sekadar seseorang itu mesti cukup sifat, tidak cacat dan boleh membaca, menulis dan mengira, bertutur dengan baik.
Syarat terpenting seharusnya mesti adil dan saksama kepada semua kaum (rakyat). Adil dan saksama bukan bermaksud sama rata dan sama rasa.
Untuk bersikap adil dan saksama, seseorang itu mestilah seorang yang rasional dan tidak mengikut perasaan atau emosi. Sifatnya mestilah menahan setiap ragam dan bukan seorang yang suka membuat ragam kerana negara ini sangat kompleks dari segi etnik, kepercayaan dan perbezaan sosio-ekonomi.
Kompleksiti negara ini ibarat telur di hujung tanduk. Boleh hancur sekelip mata jika tidak berhati-hati dalam membuat keputusan atau polisi pentadbiran.
Trek rekod UMNO/BN yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapa pun ialah keupayaan mengendalikan sebuah negara yang berada di hujung tanduk selama lebih 60 tahun "tanpa telur jatuh".
"Urat dan kerandut" yang menyangkutkan telur ini kekal di hujung tanduk tanpa jatuh-jatuh ialah kejayaan fungsi "perundingan dan permuafakatan" antara etnik, kepercayaan dan kepelbagaian latar belakang yang wujud dalam situasi yang sangat kompleks.
Kalau tahap pemimpin dan parti yang membentuk kerajaan hanya setakat mampu mengurus dan memobilisasi demonstrasi dan rusuhan jalanan saja, negara pasti lebih cepat hancur.
Kalau setakat mengurus kepelbagian dan sensitiviti etnik dengan mengamalkan politik pendekatan sesumpah, paling lama sebulan, rusuhan kaum pasti akan berlaku.
Kalau dah sampai dekat PRU pun masih tidak mampu berterus-terang dengan rakyat mengenai soal penting, iaitu memperkenalkan barisan kabinet bayangan, itu adalah petanda paling besar yang membuktikan bahawa barisan pembangkang tidak layak sama sekali menjadi kerajaan dalam situasi yang sangat kompleks ini.
Tapi kalau rakyat nak cuba dan nak rasa bagaimana hidup dalam kancah kemusnahan sebaik selepas subuh pakatan haram berjaya mengambil-alih Putrajaya, silakanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment