Wednesday, May 30, 2012

INGAT UMNO INGAT NERAKA - NIK AZIZ.


Angkara siapakah yang menyebabkan isu peribadi para pemimpin pembangkang terlondeh sedikit demi sedikit dan satu demi satu?

Satu-satunya jawaban yang akan diperolehi jika ditanya kepada pembangkang ialah, "semua ini kerja UMNO dan tiada yang lain selain dari UMNO".

Pembangkang langsung tidak mengemukakan suspek lain selain dari UMNO. Jika pembangkang yang diberi tanggungjawab untuk membuka kertas siasatan dalam kes pertuduhan cubaan melondehkan kelakuan buruk pemimpin pembangkang, sudah pasti kalangan rakyat dari parti selain dari UMNO akan terlepas dan tidak disabit sebagai suspek.

Suspek hanya akan dicari dan dikhaskan di kalangan pemimpin UMNO sahaja.

Akhirnya, ketahuilah oleh kita bahawa, tiada siapa yang akan diseret ke mahkamah atau tiada siapa yang akan dijatuhkan hukuman bersalah kerana tiada "prima facie" untuk mensabitkan sesiapa di kalangan pemimpin UMNO.

Macam mana nak ada "prima facie", kerana segala sumber maklumat, bukti dan keterangan tuduhan melondeh pembangkang ini bukan datang dari pemimpin UMNO, sebaliknya ianya datang dan dimulakan oleh pemimpin dan bekas pemimpin pembangkang yang paling rapat dan hampir dengan pemimpin pembangkang terlondeh tersebut.

Zulkifli Nordin, mantan peguambela Anwar.
Dato Eskay, kawan horey-horey Anwar.
Dato Nalla bapa ayam yang dilantik oleh Anwar untuk membekal ayam kepadanya.
Saiful Bukhari, mantan pembancuh kopi Anwar.
Karpal Singh yang membuat pendedahan di Parlimen pada tahun 1997, sendiri bertindak sebagai peguambela tertuduh yang dituduhnya sendiri.
Ummi Hafilda bukan adik kandung Najib atau anak Mahathir. Untuk makluman, dia adalah adik kandung Azmin dan adik ipar Shamsidar yang memulakan semua gerakan melondeh Anwar&Azmin.
Raja Petra yang sekarang ini bertindak mendedahkan satu demi satu skandal seks, rasuah dan kroni Anwar&Azmin adalah "barua" tersohor yang bertanggungjawab merancang modus operandi bersama Anwar untuk memusnahkan personaliti Najib&Rosmah seawal beliau menjadi TPM lagi, dengan harapan Najib akan tersungkur sepertimana tersungkurnya Anwar pada tangga terakhir untuk duduk di kerusi PM.

Jadi, macam mana mahkamah mahu menjatuhkan kesalahan melondeh dan mengaibkan Anwar-Azmin ini kepada pemimpin UMNO?

Segala tuduhan akan jadi alibi. Segala saksi penting yang digunakan pembangkang untuk membuktikan penglibatan pemimpin UMNO akan gugur kelayakan menjadi saksi kerana semua pertuduhan ini adalah fabricated dan rekaan semata-mata.

Kelebihan Anwar yang perlu dihormati dan diakui hanya satu, iaitu segala label konspirasi, fabricate, palsu, zalim, cubaan mengaibkan dan pelbagai label lagi telah berjaya dipindahkan secara terancang kepada batu jemala UMNO dan pemimpinnya.

Semua ini kerja jahat UMNO dan tiada yang lebih jahat melainkan UMNO.

Ingat kotor ingat UMNO, ingat bersih ingat Anwar. Ingat zalim ingat UMNO, ingat dianiaya, ingat Anwar. Ingat rasuah ingat UMNO, ingat anti-rasuah, ingat Anwar. Ingat boros, ingat UMNO. Ingat hemah dan amanah, ingat Anwar. Ingat mewah, ingat Rosmah. Ingat zuhud, ingat Azizah.

Ingat "mahkote", ingat orang perak yang telah mempornokan kesucian perkataan "mahkota".

5 comments:

  1. Tuan rumah,

    jangan ler generalize kan orang Perak yang mempornokan perkataan mahkota. Tak baik tau. Orang Parit di Perak saja yang mempornokan kota dan mahkota.

    Orang Taiping

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Nik Aziz, celaka sangatkah kehidupan dalam negara Malaysia ini kesan pimpinan kerajaan Barisan Nasional?

      Delete
  2. he2..der, jgn la ambil hati..tuan rmh gurau je tu..last pharagraf tu yg best...yg jahat..kotor..dosa..neraka semua hak umno..yg sebaliknya smua utk pas..pkr..dap..hebatnya melayu ada insan bernama anu war ibrahim..hebatnya islam ada insan bernama pork nick najis...dua org ni lah perosak bangsa dan agama...nauzubillah seandainya aku ada kaitan persaudaraan dgn dorg ni..nk mengaku sedara seagama pun malu...

    ReplyDelete
  3. Tau takpe. Dah memang kalau kita sebut pasal rasuah, UMNO lah puncanya. Kalau sebut salahguna kuasa, UMNO lah puncanya.

    Siapa lagi yang memerintah kalau bukan UMNO? Masih taknak mengaku lagi ke? Mahathir sendiri pun ngaku...

    ReplyDelete
  4. Ketahuilah wahai NIK AJIS Bin NIK MAT
    Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
    Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
    Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
    Mereka juga akan menyoal kamu
    Mereka berkata:

    Siapakah Tuhan kamu?
    Siapakah Nabi kamu?
    Apakah agama kamu?
    Apakah kiblat kamu?
    Siapakah saudara kamu?
    Apakah pegangan iktikad kamu?
    Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

    TIBA BAB "SIAPA SAUDARA KAMU"

    WAHAI NIKE AZIZ, KETAHUILAH ENGKAU , KAMU SEKARANG BERADA DIALAM BARKZAH, APABILA DITANYA...SIAPAKAH SUDARA KAMU..APAKAH KAMU AKAN MENJAWAN..LGE, AMBIGA, KARPAL SINGH, DAN LIM KIT SIANG???? WAHAI NIKE AJIS...KAMU TELAH MENGASUT PENGIKUTMU UNTUK MENGUNDI PAS UNTUK DAPAT PAHALA... PERLU KAMU INGAT PR BUKAN HANYA PAS...DALAM PR ADA ADA YANG MENYOKONG LGBT, DALAM PR ADA PUAK MURTAD, DALAM PR ADA PRONO...APAKAH ORANG-ORANG PAS YANG MEMANGKAH ROKET ATAU BULAN TERBELAH DUA INI JUGA AKAN DAPAT MASUK SYURGA......

    ReplyDelete