Alhamdulillah. Baru nak menulis balik. Ana baru balik mengerjakan umrah dan ziarah. Pergi pun tak lama. 4 hari di Madinah, 3 hari di Mekah.
Niat nak doa macam-macam. Kalau boleh semua nak doa dan nak pastikan semua tempat mustajab, mesti berdoa. Makbul katanya.
Tapi bila sampai di Raudah, di makam Rasulullah, di Baitullah dan di tempat-tempat yang dikatakan mustajab, semua doa yang dirancang hilang entah ke mana. Rasa malu menguasai jiwa nak minta semua bab-bab yang berkaitan dengan keperluan hidup.
Nak minta murah rezeki, nak maju perniagaan, nak menang bida tender ratus juta, nak jadi wakil rakyat, nak jadi Timbalan Menteri, nak naik pangkat jadi menteri penuh, nak kekal jadi MB lagi se penggal, nak terus kekal jadi wakil rakyat, nak jadi itu nak jadi ini, nak itu nak ini, semua tak tersebut dek mulut.
Rasa malu pada tuhan, datang jauh-jauh tapi doa "head line" hari-hari minta tuhan selesaikan segala hal-ehwal keperluan dan matlamat pencapaian peribadi di dunia.
Ada juga sebut doa minta ampun dosa, minta bebas dari azab neraka, minta panjang umur agar boleh berbakti untuk bla bla bla..., tapi susah nak doa sampai keluar airmata.
Yang senang keluar airmata bila doa bab makmurkan rezeki, bagilah menang tender ni kali ini ya Allah, lama dah takdak projek, kalau tak dapat lagi projek ni, hamba boleh jatuh bankrap, tolonglah ya Allah... Airmata lagi mudah bercucuran bagi seseorang yang berstatus "incumbent". Tolonglah ya Allah bagilah hamba peluang lagi 1 penggal. Hamba tak tau nak jadi apa kalau pencen terlalu awal. Hamba berjanji akan perbaiki kesilapan lalu dan hamba akan pastikan untuk berkhidmat dengan jujur dan amanah ya Allah...
Seringkali kita tersalah keutamaan atau salahguna kemudahan yang tuhan bagi. Kita juga pandai mengambil kesempatan dari firman tuhan dan sabda rasul tentang kemustajaban doa di sesuatu tempat.
Mentang-mentanglah terbuka peluang dapat berdoa di tempat mustajab, maka kita tidak lepas peluang berdoa apa saja yang berkaitan dengan "penyelesaian kepada segala masalah dan keperluan hidup" sehingga kita lupa antara "maksud sebenar kita hidup" dan "keperluan hidup kita". Macamlah Allah taala tidak tau atau gagal mengesan niat tersembunyi di dalam hati setiap hamba-hambaNya hingga tanpa rasa malu, minta tuhan selesaikan segala hal keduniaan. Kalau boleh biarlah makbul secara tunai.
Kita boleh buat analogi atau arithmatik perbandingan.
Tempat mustajab berdoa ini adalah pengiktirafan yang Allah anugerahkan hasil dari pengorbanan dan ujian yang dilalui oleh mereka yang terpilih. Tempat mustajab ini dimulia dan ditinggikan darjatnya oleh Allah, hasil dari pengorbanan di atas maksud agama dan bukan di atas sebab kejayaan seseorang dalam pencapaian yang berkait dengan kemuliaan pangkat, kuasa atau kekayaan.
Pengorbanan, kesusahan dan ujian yang dilalui oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar adalah di atas maksud agama. Air zam-zam itu hanya keperluan hidup yang Allah kurniakan setelah semua mereka berjaya melepasi ujian keimanan, sejauh mana pegangan mereka terhadap kepercayaan, pengakuan dan keyakinan kepada Allah. Sejauh mana pula keyakinan, keikhlasan dan kejujuran mereka kepada diri dan terhadap apa yang mereka lakukan di dalam mentaati perintah Allah. Jika Nabi Ibrahim belum cukup mantap pegangan dan keimanannya, sudah pasti baginda tidak dapat menghilangkan perasaan was-was (syirik) yang timbul hasil dari bisikan iblis. Tapi baginda berjaya sehingga Allah iktiraf amalan melontar jamrah sebagai antara rukun wajib haji.
Maka cubalah kita bayangkan... Layak atau tidak kita ambil kesempatan dan beri keutamaan mendoakan segala niat dan hajat di tempat mulia ini, perkara yang berkait dalam memenuhi nafsu dan keperluan duniawi sedangkan Allah meninggikan kemuliaan tempat-tempat tersebut adalah di atas pengorbanan mereka yang memperjuangkan erti dan maksud kehidupan sebenar, iaitu untuk menyebarkan agama Allah swt dan sebagai khalifah Allah di mukabumi.
Mari kita sama-sama semak kembali segala kerja haji atau umrah yang kita lakukan. Apa dan kenapa kita melakukannya. Adakah kita termasuk di dalam kelompok yang mendahulukan maksud hidup atau kelompok yang mengutamakan keperluan hidup?
Allah swt akan memenuhi semua samada mendahului dan mengutamakan keperluan hidup.Bergantung pula sejauh mana kita korbankan rasa kerana semua atas kuasaNya sahaja.
ReplyDeletebetul ler tu. bagus.
ReplyDeleteDalam AlQuran, Allah mencela mereka yang mengunakan amalan akhirat untuk kepentingan keduniaan. Ini lah salah satu dari amalan yang Allah maksudkan. Ini dia orang Islam akhir zaman.
ReplyDelete