Wednesday, June 20, 2012

IMPIAN NAJIB VS IMPIAN ANWAR!!!

Impian Najib untuk Malaysia

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan HISHAMUDDIN AYUB
pengarang@utusan.com.my

KENINGAU 17 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mempunyai empat impian utama untuk negara ini yang berasaskan kepada semangat 1Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, impian pertamanya adalah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, selamat dan harmoni bagi membolehkan segala program dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Impian kedua pula, kata beliau, adalah melakukan transformasi bandar dan luar bandar agar rakyat Malaysia mendapat pendapatan tinggi dan negara dapat dimartabatkan sebagai negara maju.

"Yang ketiga ialah bagaimana saya dan rakan-rakan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri dapat mewujudkan peluang- peluang yang lebih supaya di bawah langit 1Malaysia semua rakyat mendapat peluang sebaik-baiknya untuk mencapai potensi maksimum sebagai seorang individu," katanya.

Jelas Najib, impian terakhirnya ialah untuk mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kuat bagi memastikan masa depan generasi muda dan akan datang terjamin.

Katanya, beliau akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan setiap impian tersebut menjadi realiti.

"Dengan izin Tuhan, kita sudah pun nampak hasilnya dalam tempoh tiga tahun ini yang mana banyak pembaharuan telah kita lakukan tetapi tidak perlulah saya huraikan satu persatu kerana orang kampung pun sudah boleh menilai apa yang kita lakukan selama ini," katanya.

Pssstt.... Berbeza dengan impian Anwar dan pakatan yang berangan-angan besar untuk tawan Putrajaya walaupun terpaksa mengorbankan 4 impian Najib untuk rakyat Malaysia.

1. Aman selamat dan harmoni akan diganti dengan kebebasan hak inividu dan demonstrasi jalanan.
2. Rakyat dapat pendapatan tinggi di dalam sebuah negara yang maju akan digantikan dengan kehidupan rakyat tanpa kos kerana segalanya akan diberi percuma dan belanja kos hidup hari-hari seperti tol dan pendidikan akan dihapuskan.
3. Semua rakyat akan mendapat peluang sebaiknya bagi mencapai potensi maksimum setiap individu akan diganti dengan liberalisasi yang bersandarkan kepada konsep pokok anau dalam belukar.
4. Mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan generasi masa depan terjamin kedudukan akan diganti dengan Malaysia yang mesra yahudi, konsep perkongsian nama Allah dan mesra LBGT.

No comments:

Post a Comment