Tuesday, September 18, 2012

PAKATAN BAKAL KE PUTRAJAYA..TAHNIAH DAP,,TAKZIAH PAS!!!

Mari belajar matematik bagaimana kaedah pengiraan yang membolehkan UMNO/Melayu hilang kuasa di tanah air.

Contoh 1;
Jumlah pengundi di peti undi A 100 orang.
Melayu - 70 orang
Cina.    - 20 orang
India.   - 10 orang

Peratusan undi berdasarkan kaum;

Senario 1.
UMNO/BN :
60% pengundi melayu - 42
70% pengundi India.   - 6
20% pengundi cina.    - 4
Jumlah undi BN         - 52
BN menang dengan majoriti 4 undi.

Senario 2
55% pengundi melayu - 38
70% pengundi India.   - 7
20% pengundi cina.    - 4
Jumlah undi BN         - 49
BN kalah dengan majoriti 2 undi.


Contoh 2;
Jumlah pengundi di peti undi A 100 orang.
Melayu - 60 orang
Cina.    - 30 orang
India.   - 10 orang

Peratusan undi berdasarkan kaum;

Senario 1.
UMNO/BN :
60% pengundi melayu - 36
70% pengundi India.   - 7
20% pengundi cina.    - 6
Jumlah undi BN         - 49
BN kalah dengan majoriti 1 undi.

Senario 2
65% pengundi melayu - 39
70% pengundi India.   - 7
20% pengundi cina.    - 6
Jumlah undi BN         - 52
BN menang dengan majoriti 4 undi.

Senario 3
75% pengundi melayu - 45
50% pengundi India.   - 5
10% pengundi cina.    - 6
Jumlah undi BN         - 56
BN menang dengan majoriti 12 undi.

Di kawasan mix-voters yang tinggi seperti di contoh 2, senario 1&2 menunjukkan kuasa penentu kemenangan berada di tangan kaum cina. Kuasa penentu kaum cina ini hanya boleh dipecahkan jika BN berjaya mendapat sekurang-kurangnya 65% undi dari kaum melayu dan 70% pengundi india kekal bersama BN.

Pengundi cina amat bijak dalam percaturan arah sokongan sewaktu pilihanraya. Jika berlaku pola seperti di contoh 2/senario 1, kaum cina sedar kuasa penentu kemenangan adalah di tangan mereka. Mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menggunakan kuasa tawar-menawar. Dalam senario sebegini mereka selalunya akan bertindak mengundi pembangkang secara en-block.

Sebaliknya, mereka tiada pilihan melainkan terpaksa menyokong BN, jika mereka melihat kaum melayu berbondong-bondong menyokong BN/UMNO melebihi paras 75%, kerana mereka sedar kuasa penentu kemenangan tidak lagi berada di tangan mereka.

Senario di atas membuktikan bahawa kuasa melayu akan hilang dengan sendirinya, jika undi melayu berpecah dan terbelah 2 atau 50:50, iaitu kepada BN dan Pakatan.

Jika senario perpecahan undi melayu berlaku seperti ini, maka kawasan di mana komposisi undi bercampur agak tinggi di antara melayu-cina-india, hampir mustahil boleh dimenangi oleh UMNO/BN. BN/UMNO akan kehilangan selurang-kurangnya 50 kawasan pengundi bercampur yang berada pada komposisi di antara (M60-C30-I10)% dan (M50-C30-I20)%.

Di kawasan yang mana melayu mempunyai majoriti 70% dan ke atas juga akan turut terancam jika UMNO/BN hanya mampu mendapat 50%++ sokongan dari kaum melayu. Dalam senario begini, undi bukan melayu tetap akan menjadi faktor penentu kemenangan parti-parti yang bertanding, walaupun mereka hanya mewakili 10% undi di kawasan terbabit!!

Jadi janganlah angkuh dan sombong sangat mendabik dada mengatakan melayu tidak mungkin akan hilang kuasa. Walaupun ramai YB melayu yang berada dipihak pembangkang, tetapi kuasa tawar-menawar tetap berada di tangan kaum cina kerana sokongan mereka pasti bersyarat. Lihatlah di Selangor, jawatan-jawatan penting dalam EXCO kerajaan negei tetap dimonopoli oleh kaum cina. Begitu juga dengan mantan kerajaan Nizar di Perak.

Nasihat saya kepada Dr.Maza, Nik Aziz dan yang sewaktu dengannya..."jangan bercakap dan menghukum sesuatu keadaan seperti mahu mendahului keputusan tuhan". "Jangan bercakap seperti tuhan" dan "jangan menyalahkan orang lain jika senario melayu/Islam hilang kuasa dan hilang daya benar-benar terjadi".

6 comments:

  1. salam

    Kerajaan Mana Yang Bangang Dok Buat Persempadanan Semula Masa Umno Kalah Banyak Kerusi Ke Tangan PAS dan PKR Pada Tahun 1999. Persempadanan Semula Dibuat Dengan Menjadikan Kawasan 90% Majoriti Melayu menjadi kepada 60 %, 55 %. Jadi Puak Mana Yang Dok Menjadikan Situasi seperti. Jadi Kalau Tuan Blog Ada Otak Fikir Jangan Dok Menyalahkan Pihak Lain Kerana Berlaku Perkara Ini. Kita Nak Kuasa Islam Naik Bukannya Kuasa Melayu Islam Yang Tunggu 50 Tahun Lagi Pun Orang Melayu Islam Dok Takuk Yang Sama Aje Dibangangkan Oleh UMNO-BN.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. HooHooHOoo takutnya aku kehilangan kuasa melayu....
    jangan jadi banganglah, kalau umno kalah, melayu Pas atau PKR yg menang....apa susah.

    Lagi pun ini memang perangcangan umno juga, dulu kerana sokongan melayu kurang kpd BN maka banyak kaw yg mejoriti melayu di masukkan pengundi cina dan india bagi mengimbangi pengundian melayu yg kurang menyokong BN.

    Nah kini keadaan terbalik, pengundi cina dan india kurang menyokong BN maka di kawa mcm inilah yg BN akan kalah nanti.

    Kaw mcm ini banyak dan merata di M'sia, memang BN boleh bungkus kali ini, TETAPI org melayu tetap mcm biasa, cuma yg tergugat ialah umno sial tu je...... he.he.he..

    ReplyDelete
  3. . "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..

    2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.




    3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.




    4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.




    5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.




    6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.




    7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.




    8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.




    9. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.




    10. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.


    ReplyDelete
  4. aku kat penang biasa aje.. masa Be End perintah penang aku macam ni juga, kerja gomen.. tak ada pulak aku kena buang kerja bila DAP pegang kuasa.. yg aku nampak cai-cai UMporNO payah nak cari makan.. tu aje..

    ReplyDelete
  5. Tak mengapa.. buatlah perkiraan, formula macam mana pun, orang Melayu tak kan berterusan membiarkan beberapa kerat ahli umno menentukan nasib dan masa depan berjuta-juta orang Melayu. Segala jentera pentadbiran sudah dijahanamkan oleh umno.

    Lagi pun, yang ramai kini menentukan hala tuju umno adalah golongan mamak. Di mana Melayunya? Sudah lebih 50 tahun umno menipu bangsanya, CUKUPLAH!!! Tak usahlah merayu2. TAKZIAH UMNO!

    ReplyDelete
  6. Ini bukan salah siapa TAPI salah MAHATHIR dengan Suruhanjaya Pilihanraya, setelah dibuat penyusunan semula sempadan pilihanraya apabila UMNO berperang dengan SEMANGAT 46, dan taktik MAHATHIR untuk menang tanpa sokongan dan bantuan UNDI MELAYU tapi bergantung dengan UNDI kaum lain ...

    Ahhh nah rasakan SENJATA MAKAN TUAN, jangan lah nak salahkan PAS atau PKR .... ini semua jasa-jas UMNO dan SPRM

    ABU .... ABU .... ABU .......

    ReplyDelete