Monday, October 29, 2012

DAJJAL AL MASIH LAHIR DI MALAYSIA?

Pendekatan "berjanji untuk membayar nazar" jika dikabulkan sesuatu hajat dan niat kerap kali dilakukan oleh manusia yang berada di dalam keadaan paling terdesak.

Banyak juga berlaku "kes tipu tuhan" setelah sesuatu niat dan hajat dikabulkan.

Tidak kurang juga manusia yang "menurunkan nilai nazar" dari jumlah seperti mana yang dijanjikan sewaktu keadaan sangat mendesak.

Ketika perahu dipukul gelombang besar yang hampir mengkaramkan perahu, mereka sanggup bernazar akan menyembelih 50 ekor lembu jika selamat dari bencana ombak besar. Tapi bila sudah beransur hampir sampai ke tepian dan ombak sudah reda, mereka kurangkan nilai dari 50 ekor kepada 30 ekor jika seandainya berlaku kesulitan dalam mendapatkan lembu yang bermutu tinggi. 

Ada juga kalangan mereka yang bertindak mengatasi maha bijaksananya tuhan dengan cara mencari jalan membocorkan sendiri perahunya secara senyap-senyap hingga menyebabkan perahu yang dinaiki benar-benar tenggelam ketika sudah sampai ke kawasan air cetek paras pinggang.

Disebabkan perahu tersebut tenggelam juga akhirnya, maka segala niat dan nazar yang telah dilafazkan di sepanjang tempoh terdesak tersebut, terbatal dengan sendirinya.

Tindakan Anwar dan gangnam pakatannya yang semakin kerap berjanji dan semakin hampir PRU13, semakin tinggi nilai tawaran yang dijanjikan kepada rakyat jika menang PRU13, memberi petanda betapa terdesaknya mereka pada kedudukan hari ini.

Dalam "sedar tak sedar" tawaran yang dijanjikan oleh Anwar kepada rakyat Malaysia sudah jauh melebihi tawaran yang dibuat oleh kerajaan Brunei Darussalam terhadap rakyatnya, malahan tawaran janji pakatan sudah jauh melebihi tawaran yang dibuat oleh pemerintah Kuwait dan negara-negara kaya minyak yang lain. 

Kerajaan Singapura yang lebih kaya dari Malaysia juga tidak mampu untuk menawarkan kepada rakyatnya yang sedikit sepertimana tawaran janji yang dibuat oleh Anwar & gangnam pakatannya.

Di bawah pemerintahan pakatan yang dipimpin oleh Anwar selaku Perdana Menteri, seluruh rakyat akan mendapat pendidikan percuma. Tawaran ini jauh mengatasi faedah yang diperolehi oleh rakyat Brunei dan Singapura.

Di bawah pemerintahan Anwar & gangnam pakatan, rakyat negara ini akan menikmati tawaran kereta pada harga runtuh.

Di bawah kepimpinan PM Anwar Gangnam style, seluruh pengguna jalanraya juga akan menikmati toll free (tapi toll free bernombor la...1000300004000).

Pendek kata, Imam Mahadi yang digambarkan oleh Nabi Muhammad saw yang akan zahir di akhir zaman dengan membawa kemakmuran kepada dunia juga mungkin terpaksa meminda semula segala perancangan baginda untuk memakmurkan dunia kerana ditakuti kemakmuran yang dijanjikan seperti disebut di dalam kitab-kitab sewaktu lahirnyaa baginda tidak mampu menyaingi kemakmuran yang telah dijanjikan oleh Anwar Gangnam Style kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika tidak dipinda, maka besar kemungkinan Imam Mahadi tidak berupaya menarik sokongan dan menawan hati rakyat Malaysia untuk turut bersama baginda.

Setahu aku Imam Mahadi ni hanya akan berlawan dan bersaing dengan musuh agama dan musuh Allah yang bernama Dajjal Al Masih. Jangan-jangan budak gangnam style ni dajjal tak? Pasal apa...kalau kita dengar segala tawaran dan janji yang dibuat dek budak Anwar Gangnam Style ni sebijik macam kaedah tawaran dajjal yang diberi kelebihan oleh tuhan untuk menghasut manusia dengan kelebihan-kelebihan yang luar biasa yang dimilikinya.

No comments:

Post a Comment