Tuesday, October 2, 2012

MP BN YANG MENGALAMI MENOPAUSE SYMTOMS DAN SINDROM BISU WAJIB PENCEN!!

BN wajib mengemukakan kalangan Ahli Parlimen yang berkemampuan dan berkebolehan untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Pembangkang pada PRU 13 akan datang.

Penggal parlimen 2008/2013 adalah contoh terbaik yang membuktikan BN sebenarnya kekurangan backbenchers yang "above board". Sebahagian dari mereka tidak berkemampuan untuk berhujah dengan AP pembangkang, walaupun hujah di kalangan AP pembangkang banyak yang retorik dan menyeleweng dari fakta.

Backbenchers pre-2008 tidak memerlukan kriteria "kebolehan berhujah" kerana AP pembangkang ketika itu terlalu sedikit bilangannya. Post-2008 yang menyaksikan peningkatan mendadak AP pembangkang telah menyebabkan AP-AP BN benar-benar teruji. Amat ketara sekali AP BN terkial-kial dan takut untuk berlawan hujah dengan AP pembangkang di parlimen. 

Balik balik, Bung Mokhtar. Balik balik Aziz Sri Gading. Balik-balik Ibrahim Ali, dan lain-lain bekas MP pakatan yang duduk di kerusi bebas. AP BN yang berkemampuan boleh dibilang dengan kepala. Ada baiknya KJ tidak jadi menteri. Jika tidak ada Khairy Jamaludin yang duduk di backbenchers pasti keadaan akan menjadi lebih buruk.

Dari 76 kalangan backbenchers, hampir 30 AP BN sudah mengalami menopause symtoms yang kronik dan tidak boleh lagi mengeluarkan telor. Angka ini mewakili 1/3 dari keseluruhan backbencers BN yang ada!

Sebahagian besar di kalangan mereka berstatus "mantan". Mantan menteri ataupun mantan baggage sewaktu menjadi menteri. Mereka tidak berani atau pun tidak mahu mempertahankan BN disebabkan takut dibongkar kisah atau prestasi mereka sewaktu menjadi menteri. Sebahagian yang lain pula hanya bertindak seperti pemerhati ahli Parlimen negara-negara Komanwel. Ada juga yang memang sengaja membiarkan BN terduduk dan tewas di dalam berhujah di parlimen. Ada juga yang memang langsung tidak berguna dan gunanya hanya untuk memanaskan kerusi dewan dan makan gaji bulan serta lain-lain imbuhan keraian.

Dari keadaan yang wujud ini, BN tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Dewan Rakyat yang mulia untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan dan segala dasar serta perlaksanaannya pada hakikatnya sedang berada di landasan yang betul.

Sebaliknya pihak pembangkang yang berjaya menggunakan segala kelebihan berhujah dan menanipulasi kelemahan ketara hujah para AP BN di parlimen.

Sudah menjadi satu kerja tambahan SPB Yang DiPertuan Agong pula untuk mengingatkan para AP supaya menjaga etika setiap kali parlimen bersidang.

Mungkin DS Najib memang sudah maklum akan kelemahan ini dan sedang menunggu tempoh penggal berakhir bagi memperbetulkannya semula, walaupun ia bukan sesutu yang mudah untuk dilakukan. Maklum sajalah, tiada siapa sehingga kini yang menwarkan diri secara sukarela untuk tidak dicalon semula melainkan Tengku Azlan Jerantut.

Jika DS Najib berupaya untuk menyahsenaraikan AP-AP yang mengalami menopause symtoms dan yang menghadapi sindrom bisu, maka kuranglah sedikit beban PM Najib yang terpaksa menanggung hampir 4 tahun segala isu dan tekanan terhadap kerajaan secara bersendirian dengan hanya dibantu oleh beberapa kerat AP dan menteri yang efektif.

2 comments:

  1. Saya berpendapat AP BN gagal berperanan di Parlimen bukan kerana mereka tidak pandai berhujah tetapi kerana dasar kerajaan BN sendiri yg mebuatkan mereka serba salah, nak di bela, mmg salah kerajaan, nak di bangkang lagilah salahnya sbb mereka dari BN, oleh itu baik mereka berdiam diri...

    Contoh nyata berkaitan perhimpunan aman bersih 02 dan 03, benda itu diizinkan di dlm perlembagan negara tetapi dihalang oleh kerajaan BN kerana takut kpd suara rakyat.

    Contoh kedua, berkaitan permohonan permit KDN oleh M'sia Kini, sehingga hakim mengeluarkan arahan permit perlu diluluskan kpd M'sia Kini kerana itu adalah kehendak perlembagaan negara di dlm hak rakyat mendapat maklumat yg telus dan adil dan bukan diperbodohkan dng membaca utusan meloya semata2.

    Inilah contoh kenapa rakyat M'sia tidak boleh lagi bergantung kpd kerajan BN utk mentadbir negara selepas PRU ke13 kerana BN gagal berperanan sebagai kerajaan yg berwibawa utk menuju keabad yg lebih maju dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  2. banyakan lagi komen sebegini supaya mereka sedar dan buat perubahan...well said bro...pm perlu pantau masaalah ini dan make transfomasi dlm hal ni.

    ReplyDelete