Sunday, October 21, 2012

SAH!! ANWAR ALAT DAP. DAP PENERIMA BENAFAAT TERBESAR!!

1. Pemimpin pakatan pembangkang hari ini bukan berfikir secara luar kotak. Sebaliknya pemikiran mereka sudah tersasar jauh dari ruang lingkup “konsep bernegara ala-Malaysia” seperti yang telah dirangka secara begitu adil dan saksama di dalam persekitaran yang begitu unik sama ada dari segi ethnicity dan kepelbagaian kepercayaan yang sedia wujud di negara ini.
2. Kerangka yang telah diperlembagakan di dalam perlembagaan negara inilah yang paling sesuai dan secocok untuk mewujudkan keadilan dan kesaksamaan buat seluruh rakyat Malaysia. Model keadilan sosial seperti ini tidak terdapat di mana-mana negara kecuali di Malaysia.
3. Tiada pemikiran luar kotak yang terbaik buat seluruh kehidupan dan rakyat negara berbilang kaum di dunia ini, melainkan pemikiran luar kotak yang telah diterima dan dijadikan model sewaktu pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, Malaya mahu pun sewaktu pembentukan negara Malaysia.
4. Tunku Abd Rahman bersetuju. Tun Razak setuju.Tun Sambanthan setuju. Tan Sri Tan Cheng Lok setuju, Tan Chee Koon setuju, Lim Chong Eu setuju, Tan Siew Sin setuju. Jika salah seorang atau lebih dari mereka tidak bersetuju tentang model dan rupa bentuk kemerdekaan dan negara yang ingin dicipta, maka negara ini tidak akan merdeka dengan cara atau di dalam tempoh ini. Perlembagaan negara tidak akan tercipta sebegitu rupa. Keadilan sosial dan ekonomi tidak akan dapat dijayakan. Kebebasan amalan beragama tidak akan se harmoni seperti yang telah terjalin di negara ini.
5. Maka, bolehkah sesiapa di kalangan pemimpin pembangkang yang boleh menemukan formula baru dan model yang lebih baik dan lebih luar kotak dari model yang telah dicipta oleh mereka untuk rakyat dan masa depan negara ini?
6. Apakah model kesamarataan yang cuba dipaksakan ke atas rakyat negara ini lebih baik? Konsep kesamarataan ciptaan pembangkang ini bukan ciptaan mereka tapi terhasil dari anutan fahaman liberal dan pluralisma yang dicedok dari barat. Ia bukan ciptaan tempatan atau indigenous model yang dihasilkan oleh rakyat dan untuk rakyat negara ini.
7. Apakah elemen kesamarataan ini sememangnya menjadi sebahagian dari asas keadilan sosial untuk sesebuah masyarakat dan negara? Kesamarataan yang dibawa oleh pejuang liberal dan pluralisma barat ini juga adalah fahaman “tiruan” dan bukannya berasal usul dari mereka.
8. Apa yang kita maklum, perjuangan oleh pelopor barat selama ini adalah perjuangan yang berasaskan kapitalisme. Konsep kesamarataan ini bukan berasal dari barat, sebaliknya ia fahaman adalah fahaman blok komunisme sosialis, “sama rata sama rasa”. Bagaimana pula pejuang keadilan sosial kapitalis barat ini boleh mencedok fahaman sosialis komunis sehingga mereka pula yang mengguna pakai fahaman ini, dan hari ini mereka pula yang sedang bekerja keras mengeksport fahaman liberal “kesamarataan” ini ke negara dunia ke 3. Malah fahaman ini sedang cuba digunakan bagi tujuan penukaran rejim mana-mana negara-negara yang tidak sehaluan dengan mereka.
9. Fahaman sosialis kesamarataan inilah yang selamanya menjadi asas perjuangan DAP yang mengambil model idealisma atau fahaman dari blok sosialis komunis Tanah Besar China. Di atas maksud menjual idealisma inilah maka tertubuhnya PAP dan selepasnya DAP di negara ini.
10. Itu sebabnya fahaman sosialis kesamarataan bentuk baru yang didatangkan melalui platform NGO dari barat ini begitu secocok dengan perjuangan ataupun idealisma DAP. Hakikatnya, idealisma ini bersumber dari sumber asal yang sama, iaitu dari blok sosialis komunis. Tetapi apabila ia diolah menjadi seolah-olah satu fahaman baru ciptaan asal dari barat, maka DAP sepantas kilat mempergunakan platform baru ini, tetapi hakikatnya, ia adalah fahaman asal perjuangan DAP di negara ini yang dibawa melalui konsep Malaysian Malaysia.
11. DAP adalah “penerima” atau “beneficiaries” paling besar yang menikmati segala benafaat dan sokongan politik yang diterima hasil dari daya usaha dan susah payah Anwar Ibrahim mengimpot fahaman kesamarataan dan pularisma yang dibawa melalui platform PKR dalam usahanya bagi mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia.
12. Akhirnya kesemua mereka, iaitu pasukan pakatan pembangkang ini adalah termasuk di kalangan ‘kaki tiru’ atau “plagiat”. Mereka sebenarnya memperjuangkan perjuangan dan idealisma “orang lain atau orang luar” untuk disuapkan kepada rakyat Malaysia. Mereka tiada fahaman atau idealisma indigenous fahaman sendiri. Hanya Perikatan atau BN saja yang telah terbukti berjaya membawa model dan idea luar kotak ciptaan sendiri yang memenuhi segala aspirasi, naluri dan cita rasa rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini. Pemimpin pembangkang hanya pemimpin bertaraf pengimport, iaitu pengimport dasar dan fahaman luar yang tidak secocok dengan jiwa, naluri dan pemikiran rakyat Malaysia seluruhnya.
13. Mereka mengimpot fahaman ini dengan menggunakan pelbagai inisiatif dan insentif termasuk insentif kewangan dari negara pengimport atau negara sumber fahaman liberal dan plural. NGO yang memperjuangkan atau mengeksport demokrasi dan fahaman liberalisma dan pluralisma yang dibiayai oleh Soros ini sudah mencengkam pemikiran sebahagian rakyat Malaysia. Semua ini adalah hasil dan sumbangan seta bantuan kerja dari rakyat tempatan yang menjadi pemimpin pembangkang hari ini.
14. Sebahagian dari rakyat sudah tidak kisah dan tidak sensitif lagi dengan isu Yahudi, Zionis atau Soros. Mereka mengimpot dan mempromosi perjuangan “musuh kekal Islam” ini dengan mencucuk “stigma baru” di dalam pemikiran rakyat dengan mengatakan semua ini “kerja fitnah UMNO” demi untuk menyelamatkan kuasa UMNO yang kononnya sudah hampir pupus.
15. Jika rakyat Malaysia menerima dan termakan dengan fahaman tiruan ciptaan pembangkang ini sama seperti mana rakyat Malaysia menerima dan memakan buah epal dan dragon fruit hingga urian, manggis atau buah mata kucing terpinggir dan tidak lagi dipedulikan oleh rakyat, maka memang besar kemungkinan pembangkang boleh menawan Malaysia.
16. Tetapi selagi rakyat Malaysia masih gila dengan durian, manggis atau rambutan, jangan haraplah dragon fruit atau epal mahu memonopoli pasaran di negara ini.

1 comment:

  1. PRESIDEN DAN PENGERUSI WANITA MCA BAKAL MEMBANTU KEMENANGAN PR

    - Pada perhimpunan Agung MCA baru-baru ini, CSL dan YCT telah membuat kenyataan yang boleh meningkatkan kemarahan umat Islam.

    - Tuduhan bahawa Hudud boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan kepada lebih sejuta orang serta Nik Aziz galakkan orang Islam rogol orang bukan Islam merupakan kenyataan MENGHINA UMAT dan AGAMA ISLAM.

    - Ada yang meyatakan bahawa HUDUD tersebut adalah HUDUD PAS, tetapi hingga kini tiada dikeluarkan oleh Agamawan dari kerajaan rupa bentuk hukum HUDUD sebenar menurut Islam supaya rakyat boleh lihat perbezaannya. Ada?

    - Penyokong/ orang/ ahli UMNO menuduh PR terutamanya PAS di bawah pengaruh DAP. Tetapi apa yang ketara kini, UMNO langsung tidak berani menegur CSL serta YCT yang jelas menghina Islam dan hukumnya.

    - Malah penghinaan terhadap Islam tersebut dibalas dengan bantuan sebanyak 13juta kepada sekolah cina. Apa maknanya ni?

    Di mana pemimpin-pemimpin UMNO. Kenapa tidak ada teguran/ membalas kenyataan tersebut? Takut? Bimbang CINA MCA tak sokong UMNO? Taukah anda, sokongan Melayu makin menurun dengan kenyataan CSL?

    ReplyDelete