Thursday, November 15, 2012

EKONOMI MALAYSIA MAPAN BAWAH PENTADBIRAN ANWAR - IMF!!

Malaysia mampu mewujudkan pertumbuhan yang mapan berikutan ekonominya yang seimbang daripada pelbagai aspek kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde.

Beliau berkata, pelbagai sektor turut memainkan peranan bagi memastikan ekonomi negara tumbuh secara berterusan.

"Malaysia mempunyai objektif jangka pendek dan misi jangka panjang yang jelas dengan mengenalpasti sektor ekonomi yang akan menjana pertumbuhan pada masa akan datang.

"Ekonomi Malaysia adalah lebih seimbang. Bukan sahaja daripada sudut eksportnya, malah pelaburan dan penggunaan yang tinggi mewujudkan permintaan berterusan di negara ini," katanya selepas menghadiri sidang media di sini hari ini.

Christine Lagarde menjawab soalan pemberi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur. Hadir pada sidang akhbar itu Zeti Akhtar Aziz

1 comment:

  1. Bukankah melaksanakan GST itu adalah arahan IMF? Jadi siapa yang akur dengan IMF?

    ReplyDelete