PAS sangat berani mengambil risiko dalam perjuangan Islamnya.
Cubalah perhatikan siapa di sekeliling PAS. Kata orang, kalau nak kenal seseorang itu, lihatlah siapa yang digaulinya atau siapa kawan di sekelilingnya.
Di sekeliling PAS ada DAP yang sedia untuk dilangkah mayatnya jika PAS cuba laksanakan hukum Islam.
Keliling PAS juga ada Anwar anak beranak yang tak mungkin akan tunduk mendengar dan menurut cara PAS untuk mendaulatkan Islam.
Keliling PAS juga ada manusia seperti Irene Farnandez, Ambiga dan segala mak datuk pejuang hak asasi dan kebebasan yang melampaui batas norma-norma kehidupan sebagai manusia normal. Pejuang LGBT, pluralisma, pejuang samarata sama rasa, semua ada.
Kepimpinan PAS sendiri pun sudah diresapi oleh pemimpin-pemimpin yang lebih liberal otaknya dan lebih sekular dari UMNO.
Pendek kata segala jenis pemikiran mungkar, kumpulan anti Islam dan anti perlembagaan yang mempertahankan klausa hak istimewa melayu dan kesucian Islam di Malaysia hari ini, hampir semuanya sudah dijadikan rakankongsi perjuangan oleh PAS.
PAS sudah boleh bersekongkol, menerima dan bertolarensi dengan segala ideologi dan pemikiran yang sama sekali bertentangan dengan apa yang selama ini dijunjung oleh PAS.
PAS tidak henti-henti berkata mahu menjunjung Islam dan menyeru rakyat menjauhi UMNO yang khurafat, tetapi batang tubuh PAS sendiri sudah tidak tersamak lagi dengan segala pengaruh dan ideologi yang bertentangan dengan amalan Islam.
PAS secara tidak disedari sudah semakin liberal. PAS semakin dayus dan tidak mampu lagi berpegang kepada prinsip Islam dan kebenaran yang ingin dibawa. PAS tidak berani lagi untuk bertegas dengan hak dan kebenaran. PAS secara teknikalnya sudah berhenti dari mendakwahkan kebenaran.
Saidatina Aishah r.h berkata, "Ada sekali Rasululullah saw masuk ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah berwuduk baginda masuk ke masjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang baginda bersabda. Baginda duduk di atas mimbar dan setelah memuji Allah swt baginda berkhutbah: "Hai manusia! Allah telah memerintahkan kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh mu, tetapi Dia tidak akan membantu mu. Setelah berkhutbah baginda pun turun dari mimbar. (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Para ulamak dan umarak PAS seharusnya memikirkan betul-betul berapa kalikah mereka telah melanggari hukum Allah swt. Mereka harus ketahui mengapa cubaan mereka hendak membaiki umat gagal dan mengapa doa-doa mereka ditolak Allah swt? Adakah mereka menyemai benih kemajuan dalam amalan Islam atau pun mereka sedang menyemai benih kemerosotan?
Diberitakan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat, dan apabila mereka caci mencaci satu sama lain, maka mereka tidak akan lagi dipandang Allah."
Para mufassir PAS yang hebat dan alim, silalah mendalami lagi hadis-hadis yang dibentangkan di atas. Dan, selepas itu fahamilah maksud ayat-ayat suci berikut, jika Allah swt masih membuka hati-hati kamu untuk menerima kebenaran.
"Barngsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya (asy-syura 42:30)
"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang(duniawi) maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahanam; dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir (dari rahmat Allah)."
"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan Akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedang dia adalah mukmin, maka dia adalah orang yang usahanya dibalasi dengan baik"(alIsra 17:18-19)
No comments:
Post a Comment