Ku Nan, SU Agung UMNO mengakui serangan persepsi masih menghantui UMNO dalam usaha parti tersebut mengembalikan imej sebagai sebuah parti yang dihormati dan dipercayai.
Kenapa terlalu sukar untuk menghapus atau menukar persepai negatif yang dihadapi kepada persepsi positif?
UMNO tidak boleh memberi alasan bahawa ini semua disebabkan oleh pihak pembangkang yang tidak henti-henti membuat serangan persepsi sehingga UMNO dipandang serong oleh rakyat. Itu memang kerja hakiki pembangkang.
Persoalannya, kenapa UMNO gagal membenteras persepsi buruk ini sehingga ia telah mendatangkan masalah besar kepada UMNO?
Sekian banyak mekanisma dan usaha yang dilakukan oleh UMNO untuk mengembalikan persepsi dan sokongan rakyat terhadap parti, tetapi dengan pengakuan Tengku Adnan ini seolah-olah membayangkan kepada umum bahawa pendekatan yang diambil untuk mengembalikan persepsi baik selama ini telah gagal!
Jika tidak, masakan seorang Setiausaha Agung boleh mengeluarkan kenyataan seperti ini?
Lalu, jika benar mekanisma yang telah diambil ini gagal, apa mekanisma alternatif yang harus dibuat oleh UMNO dalam keadaan yang sudah semakin suntuk ini?
Apakah UMNO hanya perlu berserah pada "untung sabut" dan menghadapi saja PRU13 dalam suasana sokongan yang diakui masih tidak selesa?
Saya kerap kali mengutarakan pandangan mengenai rahsia kejayaan Tun Mahathir dalam mengatasi serangan persepsi negatif yang sangat rumit sewaktu pemerintahannnya suatu ketika dulu.
Suasana yang dihadapi oleh Tun M ketika itu amat rumit dan beliau telah beberapa kali menghadapinya dan kerapkali beliau berjaya mengatasi serangan tersebut dengan kejayaaan yang cemerlang sehingga lawan beliau "mati akal" dibuatnya.
Tun M menghadapi sekurang-kurangnya 2 peristiwa yang sangat mencabar sewaktu tempoh kepimpinannya.
Pertama, ketika UMNO diharamkan oleh mahkamah, dan ke 2, ketika pemecatan Timbalan Perdana Menterinya yang "free thinker", Anwar Ibrahim.
Hasil kejayaan beliau boleh diukur dari kejayaan cemerlang yang dicapai pada PRU1990 dan PRU1999, di mana ke dua-dua PRU ini, BN berjaya mengekalkan kemenangan 2/3, walaupun serangan persepsi terhadap kepimpinannya begitu buruk sekali ketika itu.
Sebegitu banyak kata nista, gelaran buruk dan serangan tanpa henti yang ditujukan kepada Tun M, tetapi sokongan majoriti rakyat masih memihak kepada beliau. Majoriti rakyat masih tetap percaya dan terus menyokong BN di bawah kepimpinannya.
Isu yang digunakan oleh para penentangnya boleh dikatakan semuanya valid dan ada asas-asas yang kukuh. Isu pindaan perlembagaan yang dikatakan mengurangkan kuasa raja-raja Melayu adalah isu besar. Ia mempunyai asas yangbkukuh untuk ditentang. Isu pengharaman UMNO juga sangat besar. Tun M selaku Menteri KDN ketika itu dipersalahkan kerana tidak menggunakan kuasanya selaku menteri untuk menghidupkan kembali UMNO. Melayu UMNO terbelah dua.
Rakyat terutama orang melayu kebingungan dan buat pertama kalinya Presiden MCA, Lee Liong Sik menjadi pengerusi BN buat seketika. Secara teknikalnya negara telah dipimpin oleh Lee Liong Sik dalam tempoh beberapa minit.
Semua krisis ini mampu di atasi akhirnya.
Sebaliknya, segala isu yang dihadapi oleh UMNO dan PM kini, khususnya, bukanlah isu pokok yang besar. Sebahagian besarnya tiada "validity" dan hanya sekadar "tuduhan dan cakap dengar" serta berunsur fitnah, seperti perbicaraan Scorphene, pembunuhan Altantuya, pendedahan-pendedahan palsu oleh Rafizi dan pelbagai lagi yang akhirnya terbukti Najib bukanlah orangnya yang boleh disabitkan dengan kes-kes tersebut.
Terbukti semua tuduhan itu berakhir dengan bukti bahawa musuh Najib telah menipu, merekacipta dan memutarbelitkan fakta.
Persoalannya, kenapa cerita tipu dan bohong yang telah disahkan sendiri oleh pihak mahkamah Perancis sebagai palsu, masih belum mampu menjernihkan keadaan dan persepsi buruk di kalangan rakyat? Sedangkan kes pengharaman UMNO dan pindaan perlembagaan yang begitu besar kesannya kepada umat melayu dan Islam di negara ini ketika itu boleh ditangani oleh Tun M secara begitu berkesan!
Kenapa isu tuduhan rasuah dan kronisma atau nepotisma terhadap UMNO dan kepimpinannya yang dilemparkan oleh pembangkang kini begitu berkesan dan meresap di dalam pemikiran rakyat? Pembangkang yang ligat melakukan rasuah di negeri di bawah pentadbiran mereka, budaya kronisma dan nepotisma di dalam PKR, DAP dan kerajaan negeri yang didominasi DAP begitu terserlah, tapi rakyat tak ambil pusing pun.
Tuduhan rasuah, kroni dan nepotisma ini lebih dahsyat ditujukan ke batang hidung Tun M ketika pentadbirannya, tetapi tuduhan itu tidak mampu menggugat persepsi baik rakyat terhadap kepimpinan Tun M. Kerajaan Mahathir terus kekal dengan kemenangan 2/3.
Rahsia dan formula kejayaan Tun M mengatasi krisis keyakinan demi krisis keyakinan yang menggugat pentadbirannya gagal dicontohi oleh para penggantinya sehingga kini.
Rahsia bagaimana Tun M berjaya mengatasi serangan persepsi negatif terhadap diri dan pentadbirannya juga gagal dikaji dan diperhalusi oleh kepimpinan hari ini.
Rahsia kejayaan bagaimana Tun M menukar persepsi negatif rakyat menjadi persepsi positif tidak dikaji sebaik mungkin.
Rahsia Mahathir menukar imej buruk diri dan kerajaannya kepada suatu imej yang diyakini bukan saja oleh rakyat, bahkan oleh dunia luar masih terbiar begitu saja tanpa kajian oleh para strategis parti.
Strategis parti dan kepimpinan hari ini masih terus teraba-raba mencari formula "unprecendented" sedangkan formula dan laluan kejayaan yang pernah dilalui oleh Tun M tidak dipelajari dan dicontohi.
Mahathir telah melalui suatu "pathway" yang terbukti telah mendatangkan kejayaan untuk diri dan partinya. Kenapa kita begitu bodoh mahu mencari formuka lain yang belum ada bukti kejayaan? Apakah parti mahu bergantung kepada pendekatan "trial and error" yang belum tentu mendatangkan hasil dalam keadaan segenting ini?
Formula Mahathir hanya satu, iaitu "beliau benar-benar yakin dengan apa yang dilakukannya adalah sebagai sesuatu yang benar".
Dengan berbekalkan "keyakinan terhadap apa yang diinginkannya terjadi", beliau menyusun segala strategi dan mendepani segala rintangan dengan penuh yakin bahawa apa yang dilakukannya itu adalah yang terbaik untuk diri, parti, agama, bangsa dan tanahairnya. Dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk merealisasikan apa yang diinginkannya itu "terjadi".
Keyakinan mutlak yang ada pada dirinya, telah menjanjikannya dengan 50% fixed deposit sokongan sebagai kejayaan awal. Apabila dia bermula saja melakukan setiap apa yang diyakininya, beliau dan partinya sudah berada di pihak majoriti. Beliau hanya perlu melengkapkan usaha dan melaksanakan strateginya. Apabila usaha beliau lengkap, suasana sudah menyebelahinya dan apabila beliau umumkan saja PRU, beliau sudah tahu dengan jelas, bahawa BN akan mendapat sokongan majoriti 2/3. Jadi bagaimana beliau boleh kalah atau tersilap dalam perhitungannya? Tidak mungkin.
Semua langkah yang disusun oleh Ds Najib sudah berada dilandasan yang membolehkan kejayaan dikecapi. Apa yang ternyata kurang pada Najib hanyalah "keyakinan terhadap apa yang dilakukan itu sebagai sesuatu yang benar" dan "keyakinan terhadap apa yang diinginkan itu terjadi" masih belum benar-benar mantap.
Sembahyang yang tidak disertai dengan keyakinan yang penuh, tidak sama dengan sembahyang yang dilakukan dengan penuh yakin, walaupun perbuatannya sempurna.
Jika PM Najib memiliki keyakinan sepertimana yang dimiliki oleh Tun M, mungkin Najib akan lebih berjaya dari Mahathir.
No comments:
Post a Comment