Semalam Mahathir menjelaskan bahawa BN dianggap tewas pada PRU13) sekiranya mereka masih gagal memperoleh kemenangan 2/3 sepertimana disaksikan pada tahun 2008.
Beliau menegaskan walaupun BN masih menang, namun kemenangan tersebut disifatkan "kosong" kerana sebuah kerajaan yang berwibawa memerlukan kemenangan majoriti besar dalam Dewan Rakyat.
Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.
“Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru... Sedutan dari blog Gelombang rakyat
Kepal Nasi; Hanya nak komen bab "orang tua nyanyok".
Sekali lagi Tun M berkata benar. Dalam banyak-banyak pemimpin tua, Tun M lah satu-satunya yang masih berkeupayaan menilai sesuatu dengan pandangan "di luar jangkaan".
Ramai pemimpin yang lebih muda dari beliau sudah mencapai tahap "nyanyok" pada usia awal.
Sesiapa yang menggelar "Tun M sudah nyanyok", adalah mangsa "nyanyok" yang sebenar. Dunia luar masih mengiktiraf kehebatan pandangan Tun M, mereka boleh kata pulak Tun M "nyanyok".
Mereka tidak sedar mereka yang menuduh Tun M nyanyok, tapi merekalah sebenarnya yang telah "dinyanyokkan" oleh Allah pada usia awal.
Antara bukti nyanyok yang mereka lakukan ialah;
1. Waktu pagi menghalalkan penggunaan Kalimah Allah, lewat petang mengharamkannya kembali. Ini dilakukan oleh orang tua nyanyok PAS.
2. Anwar pulak mengalami penyakit "nyanyok kekal". Itu sebab dia tiada masalah langsung untuk menganut fahaman pluralisma agama. Dia yang mahu kalimah Allah ini dikongsi bersama atas tujuan untuk "memborong undi rakyat" dalam PRU. Dia cuba samun undi rakyat dengan cara "tipu penggunaan nama tuhan Allah".
DAP dan PKR berani "beri amaran" kepada PAS supaya jangan "bikin rosak ana punya programmmmm', samun undi rakyat" adalah kerana dibelakangnya ada "ketua umum penyamun undi rakyat".
3. Lain-lain symptom nyanyok kekal yang dialami oleh Anwar di atas kurniaan Allah ini, antaranya ialah;
3a. Muka@wajah yang semakin hilang seri dan berserabut. Kalau
benar Tun M nyanyok, pasti Tun M layak dianugerahkan "muka
orang nyanyok yang paling sehat dan berseri seluruh alam".
3b. Boleh buat muka selamba @ muka 44, melalui kehebatannya
berpidato menafikan segala perbuatan sumbangnya yang
telah pun dibuat "pra-tayangan" di dunia maya sebelum
ditayangkan sepenuhnya oleh Allah swt di padang awam mahsyar.
3c. Symptom "muka selamba 44" sewaktu bercakap seperti ini boleh
dilihat di Tanjung Rambutan. Jika anda pergi melawat pelatih
Tanjung Rambutan, anda boleh saksi dan dengar kehebatan
berpidato yang setaraf dengan Anwar. Di sana anda akan dengar
"pidato ikut sedap mulut".
Jika anda berada di sana anda seperti berada di depan Bas bergerak Anwar. Bukan saja anda akan dengar pidato minyak free, tol free atau pendidikan percuma. Anda akan dengar pidato "Bagaimana untuk hidup dan makan secara percuma".
Pelatih ini juga pandai sebut berbillion dan bertrillion duit Petronas disonglap oleh warden asrama.
Pelatih ini juga akan cakap "sayur petola dan terong telunjuk" yang mereka tanam di pusat ini mampu menjana pendapatan negara dan wang inilah yang akan menampung pendidikan secara percuma dan menghapuskan hutang PTPTN yang sudah menjangkau lebih 40 billion.
Jika anda pun turut terpesona dengan janji golongan nyanyok kekal ini, anda pun samalah nyanyok..hehe.
Bukan nyanyok ke tinggal jam Omega di sana sini?
ReplyDelete