Nabi Muhammad saw bertanya kepada kaum Quraisy Mekah, "Adakah kamu percaya jika saya kata ada musuh di sebalik bukit sana sedang bersiap untuk menyerang kamu"
Semua menyatakan mereka "percaya" kerana Muhammad Al Ameen yang dikenalinya tidak pernah berbohong.
"Keyakinan tanpa perlu kepada bukti" sebegini hanya layak diterima dan diberi kepada Nabi Muhammad saw. Akhlak dan keperibadian baginda adalah "cagar ganti" kepada keyakinan bagi kaum Quraisy tanpa baginda perlu membuktikan musuh benar-benar berada di balik bukit.
BN mendapat keyakinan rakyat selama lebih 55 tahun bukan disebabkan keyakinan buta tuli mereka kepada BN. Keyakinan ini bersandarkan kepada asas yang sangat kukuh, iaitu testimony atau rekod kejayaan pemerintahan BN.
Rakyat selama ini memilih BN bukan disebabkan kejayaan UMNO memperbodohkan rakyat sepertimana yang sering dimomokkan pembangkang. Rakyat bukan sekarang baru nak cerdik dan tak boleh ditipu lagi.
Rakyat zaman mak bapak dan datuk nenek kita lebih bijaksana dan lebih susah ditipu dari rakyat pada hari ini.
Apakah kita hari ini mahu mendabik dada mengatakan bahawa kita lebih bijaksana dari ibubapa kita? Jangan angkuh dan sombong. Taada mano eh doh!!
Orang putih tak berjaya tipu dan bodohkan Mak bapak dan datuk nenek kita. Jepun pun tak berjaya tipu mereka.
Tapi, budak-budak sekarang cukup senang kena tipu dengan orang asing. Cuba lihat budak-budak PKR. Orang putih ulam duit sikit atas nama demokrasi dan atas nama kebebasan bersuara, terus ambil duit yang sah-sah didalangi yahudi Amerika.
Mak bapak, datuk nenek termasuk Hj. Sabu, dulu tak terpengaruh langsung dan tak beri langsung ruang kepada komunis untuk memperbodoh dan mempengaruhi mereka. Tapi, tiba-tiba (komunis dah pencen pun), anak Hj Sabu pulak mengiktiraf musuh bapak dia dulu sebagai hero.
Mak-bapak dan datuk-nenek kita dulu bertanggungjawab "menjagakan mata dan membangkit jiwa raja-raja melayu" supaya bangkit pertahankan negara dan jangan tandatangan pembentukan Malayan Union.
Tapi, budak-budak sekarang, khusus yang memimpin PKR, dan terkhususnya Anwar Brahmi "tanpa wisdom" dan "tanpa silu" menjemput orang asing campurtangan dalam urusan negara sendiri. Jemput Australia atas nama pembelaan demokrasi dan pilihanraya bersih. Jemput Habibie Ya Habibie mempertahankan pluralisma Islam yang menjadi anutan serong Anwar.
Mak-bapak dan datuk-nenek kita cukup bijaksana melindungi kesucian Islam dan kepentingan anak bangsanya. Mereka "letak siap-siap"dan pastikan semua klausa penting berkaitan kepentingan agama Islam dan bangsa melayu "dibubuh" dalam perlembagaan negara. Nak bagi supaya lebih selamat, mereka "amanahkan" pula kepada seluruh raja-raja melayu menjaga kepentingan agama dan bangsa tanpa ada sesiapa pun boleh menyentuh atau mengungkitnya.
Tapi "kerja" budak-budak sekarang, khususnya yang memimpin PKR mendesak pula segala privilege yang berkaitan agama dan keistimewaan bangsa yang "sudah elok disimpul mati" ini dicabut dari perlembagaan yang datuk nenek kita buat. Konon atas nama meritokrasi, kebebasan dan keadilan sejagat. Konon dah mampu sangat bersaing tanpa tongkat, tapi siang malam desak kerajaan beri pendidikan percuma, desak tol free dan hapus kos itu dan ini.
Jadi sebenarnya siapa yang bodoh? Kenapa sombong bodoh sangat mengatakan diri lebih bijaksana dari mak bapak dan datuk nenek sendiri hingga UMNO dikatakan dah tak boleh perbodohkan mereka lagi.
Tiada sebab rakyat hari ini "tidak mengakui atau mempercayai UMNO" untuk terus memimpin negara kerana semua testimony dan rekod baik sudah jelas terbukti.
DAN, tiada sebab untuk rakyat mahu mempercayai dan meyakini pakatan pembngkang secara buta tuli hanya berdasarkan kepada "janji" semata-mata, tanpa ada apa-apa testimony sebagai sandaran. Malah segala janji pakatan dalam PRU12 dulu sebahagian besarnya sudah dimungkiri.
Kerajaan pakatan hanya ada "testimony kegagalan" pemerintahan mereka di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan. Pengurusan air gagal, mengurus universiti peninggalan kerajaan BN gagal, tanah milik orang melayu Penang "dikendurikan". Baru perintah Perak sekejap sudah lulus tanah 999 tahun "secara rasis" yang tak pernah dibuat orang.
Rekod terburuk pemerintahan pakatan ialah sensitiviti dan hubungan antara penganut agama semakin tonggang-langgang dan sifat menghormati anutan agama lain yang diutamakan semasa pemerintahan BN sudah luput.
cakap bukan sebarang cakap jika allah mengkehendaki sesuatu akan berlaku empayar rom runtuh kalau kita lalai andalusia telah tenggelam
ReplyDelete