Friday, January 18, 2013

ANWAR ARAH AZMIN SELESAIKAN ISU KALIMAH ALLAH...

Jika berdasarkan isu mutakhir, nampak jelas pakatan pembangkang tidak mungkin menang dan mengambilalih Putrajaya. 

Terlalu banyak isu-isu yang melingkari pembangkang yang memberikan tendangan penalti kepada BN.

2 keputusan bertentangan yang dibuat oleh PAS dalam menangani isu yang sama sangat mengaibkan, bukan saja PAS, malah turut mengaibkan umat dan kesucian agama Islam seluruhnya.

Tidak pernah kita sangka PAS yang dipimpin oleh para ulamak boleh tersilap langkah dalam soal asas yang hanya melibatkan "nama khas kepada tuhan Muhammad saw".

Bagaimana PAS mahu diberi kepercayaan untuk memimpin sebuah kerajaan di dalam negara yang bersifat majmuk kepercayaan dan etniknya, jika dalam isu nama Allah pun mereka sudah "menduakan" fatwa. Ada kemungkinan tindakan PAS ini juga boleh jatuh kepada "menduakan tuhan". Nauzubillah.

Adakah 2 keputusan yang dibuat oleh PAS ini ada niat atau maksud tersirat yang selain dari niat kerana Allah? 

Jika bukan kerana Allah, pastilah keputusan ini dibuat untuk kepentingan politik.

Fatwa Presiden Hadi bertujuan untuk memancing undi pengundi bukan Islam, manakala fatwa yang dikeluarkan oleh majlis syura pula adalah bertujuan untuk memastikan pengundi Islam tidak lari dari PAS.

Itu sebab Presiden Hadi tak buat sidang akhbar selepas mengumumkan fatwa nama Allah boleh dikongsi oleh agama lain. Nik Aziz dan Harun Din yang memimpin Majlis Syura PAS pun lari ikut pintu belakang dan hanya meninggalkan kenyataan akhbar yang melarang nama Allah dikongsi oleh agama lain.

Ke dua-dua pihak pimpinan tertinggi PAS tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas 2 fatwa berbeza yang mereka sendiri buat. 

Amat ketara sekali, soal "ikhlas, jujur atau niat berbuat sesuatu hanya semata-mata kerana agama Allah" bukanlah perhitungan utama mereka. Perhitungan mereka hanyalah, bagaimana mereka boleh mengaut undi tambahan dari bukan Islam dan pada masa yang sama mereka tidak mahu pengundi Islam hilang kepercayaan terhadap mereka.

Tindakan PAS mengeluarkan 2 fatwa yang berbeza dalam menangani permasalahan yang sama ini adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Sehingga kini, tiada pengumuman rasmi dari Presiden Hadi dan seluruh kepimpinan PAS supaya menyuruh umat Islam dan para pengikutnya berpegang kepada Fatwa larangan berkongsi nama Allah yang diputuskan oleh syura PAS. Tiada juga pengumuman rasmi dari Presiden Hadi untuk menarik kembali fatwa membenarkan perkongsian nama Allah yang dibuat sebelumnya.

Tidak tergambar bagaimana besarnya dosa para ulamak ini kepada Allah dan rasul yang telah mewariskan amanah menjaga agama ini kepada mereka apabila mereka terus membiarkan umat Islam di Malaysia berada di dalam kekeliruan di antara kebenaran dan kebatilan. 

Tidak tergambar juga betapa besarnya "dosa terbitan terkumpul" yang bakal ditanggung oleh ulamak PAS hasil dari dosa-dosa yang dilakukan oleh umat Islam yang berpecah dan bermusuh di antara sesama mereka akibat dari fatwa-fatwa menyesatkan yang dikeluarkan oleh ulamak PAS.

3 comments:

  1. Dosa mereka sudah ditunjukkan dengan pengedaran bible jawi kpd anak2 Islam sek. Rendah di penang.

    Apakah pas mampu menang pru13 melawan Allah.

    ReplyDelete
  2. Betul KNKB,

    Semuanya kelihatan bersubahat. Ikut logik akal semuanya berdosa besar tu.

    Ini semua musibah yang jokiden selalu sebut, namun puak-puak pakatan ni perasan mereka selamanya betul.

    Keputusan Majlis Syura menyelamatkan tengkok Hj Hadi, Nik Aziz dan Mat Sapu.

    Betul juga bahawa sokongan Hj hadi semata-mata nak menggambarkan betapa liberalnya Pas, dan Orang bukan Islam jangan takut. Sementara keputusan majlis syura pula untuk memujuk penyokong supaya terus bersama Pas.

    ReplyDelete
  3. Sdr,
    Ada kebenaran kepada apa yg saudara coretkan.Kedudukkan PR tidaklah begitu menyakinkan.Mereka sering melaungkan Road To Putrajaya dengan secara riak mengatakan akan memenangi kerusi Parlimen baru.Kita pun tak tahu apa strategi mereka untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 2008.Keadaan di Sgor,Kedah dan Ktan tidaklah begitu memberangsangkan,malah LGE sendiri berkata Png pun 50/50S.Saya berpendapat situasi PAS adalah amat meruncing.Mereka ini agak riak dan suka menunjuk-nunjuk yang mereka lebih alim daripada orang lain tetapi telah mempamirkan kelemahan sendiri Contoh saperti mendirikan solat di tengah jalan di depan pejabat DAP di Ipoh,di masa panas terik,lepas tu solat di dalam air semasa banjir di Ampang dan baru baru ini solat berlainan Kiblat di tempat yang sama.Sekadar memerhati,Salam .

    ReplyDelete