Sunday, January 20, 2013

GEMPAR!! LGE DAP ANJUR MAJLIS BERKHATAN BERAMAI2!!!

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura. Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” demikian rayu Karpal Singh. 

Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali pula berkata, "pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu".

Nik Aziz secara tegas, mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Jurublog pula berpendapat, "ke tiga-tiga orang ini hanya sedang melakonkan watak masing-masing untuk memastikan penyokong dan pengikut masing-masing terus kekal bersama pakatan". 

Karpal mewakili pendirian keseluruhan pengundi bukan Islam. Azmin pula mewakili golongan pengundi Islam dan bukan Islam yang liberal dan boleh apa saja. Manakala Nik  Aziz mewakili pengundi yang sangat sensitif dengan hal-ehwal Islam. 

Demi undi, jurublog tidak terkejut jika PAS mengambil ketetapan keluar pakatan menjelang PRU 13 di atas "persefahaman sulit yang dicapai antara parti-parti gabungan pakatan", jika kaedah itu berupaya menambah undi secara pukal dari semua penganut agama.

Cuma mereka perlu pastikan jangan bertembung 3 penjuru dalam PRU nanti. Percaturan "bergaduh olok-olok" ini mungkin boleh memberi impak berganda kepada kekuatan mereka untuk berhadapan dengan BN secara "one to one" di setiap kawasan. 

Yang penting, DAP dapat sokongan bukan Islam. PAS dapat sokongan Islam melayu. PKR pula menahan lukah di pergentingan. Masing-masing di undi oleh kaum dan penganut agama masing-masing disebabkan keberanian "bergaduh olok-olok" dalam isu kalimah Allah.

Penyokong PAS akan buang undi kepada DAP di kawasan yang ditandingi DAP, manakala penyokong DAP akan undi PAS di kawasan yang ditandingi PAS. Di kawasan yang ditandingi PKR masing-masing akan sokong PKR. Semua ini boleh dilakukan kerana yang paling utama bagi mereka bukan isu kalimah Allah. Isu kalimah Allah hanya sebahagian dari "game plan" mereka untuk menyamun undi.

Boleh kerat kuku, penyokong PAS ini sebenarnya lebih benci kepada UMNO daripada benci kepada sikap Karpal dan DAP yang memanipulasi nama Allah. Keimanan mereka berdasarkan keyakinan kepada "kuasa politik" dan bukan keyakinan kepada "Yang Maha kuasa". Mereka sebenarnya lebih cintakan kuasa dari cinta kepada Yang Maha Kuasa.

Kalau tidak masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak masakan lari ikut pintu belakang dan mengelak dari soalan wartawan.

Kedayusan mereka untuk berpegang sepenuhnya kepada keyakinan kepada Allah yang Esa telah menyebabkan rakan DAP yang kononnya sudah diberi kefahaman tentang Islam sebenar, akhirnya lebih berjaya mendakwahkan dakyah Kristian kepada mereka secara halus.

Hajat PAS, nak jadi "tok mudim" kepada DAP yang konon semakin dekat dengan Islam. Akhirnya tok mudim PAS sendiri yang kena "sunat" kali ke-2 dek DAP.

2 comments:

  1. Kenapa PAS ni benci sangat kepada UMNO?? Lebih tepat lagi Nik Aziz yang katanya dulu sampai kiamatpun tak akan bekerjasama dengan UMNO.

    Agaknya mungkin ini jawpannya..

    PAS nak kelihatan lebih Islam, namun kalah dengan ke Islaman UMNO,

    PAS nak perjuangkan Islam, namun selamanya tewas dengan perjuangan Islam UMNO,

    PAS nak membangunkan negara ini bersama Islam, malangnya UMNO yang berjaya membangunkan negara ini sehingga negara Islam lain kagum,

    Pas nak membuat kebajikan, namun hakikatnya Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditubuhkan oleh UMNO sejak berpuluh tahun dahulu,

    PAS nak buat banyak masjid untuk umat Islam, malangnya cuma mampu buat suleh, UMNO pulak dari dulu hingga kini berjaya melakukan fardhu kifayah ini dan membina beribu-ribu masjid,

    Pas nak hantar orang pergi Mekah secara percuma malangnya UMNO pulak yang menghantar lebih 400 orang ke Mekah tahun lalu,

    PAS nak bagi pinjaman tanpa riba kepada ahlinya, malangnya UMNO pulak yang berjaya melakukannya,

    Kini Pas mahu kelihatan liberal terutama dengan orang Cina, malangnya UMNO sejak merdeka sudah mengamalkannya.

    PAS lama dah ingin melihat pemimpinnya menjadi Perdana Menteri, malangnya UMNO sahaja yang berjaya,

    PAS nak buat Lebuh Raya dan Jambatan Rakyat, malangnya UMNO jugak yang buat,

    PAS nak hantar beribu-ribu pelajar ke Mesir dan Jordan, malangnya UMNO jugayang menghantar anak-anak PAS beratus ribu ke sana..

    Banyak lagi sebab kenapa PAS ni benci sangat dengan UMNO ni KNKB. Lepas ni tentulah mereka akan sebut hudud, royalti minyak, tipu undi, kilang arak di PJ tu.. bla.. bla.. maklumlah tidak ada modal.

    ReplyDelete
  2. elok sanggatlah potong je gua eng punya sekali banyak sanggat kuman jahat kat anu dia tu...

    ReplyDelete