Monday, January 21, 2013

PEMIMPIN DAN ORANG MELAYU TOLONGLAH BACA INI WALAUPUN PANJANG!!!!!

Dalam pakatan pembangkang, penyokong mereka boleh dibahagi kepada 5 jenis kumpulan;

1. Penyokong taksub PAS
2. Penyokong takjub PKR@Anwar
3. Penyokong rasis DAP
4. Penyokong opportunis/ chauvinis DAP
5. Penyokong "tak bertuan".(diulas kemudian)

Penyokong kategori 1,2 dan 3 memang tak boleh buat apa dah. Berikhtiar untuk mendekati golongan ini samalah seperti kita berusaha untuk mensunnikan orang syiah. Jika mati hidup balik, mungkin baru mereka tukar pendirian kerana dah lalui kehidupan sebenar dalam kubur.

Penyokong kategori 4 ini adalah sekumpulan pengundi yang sentiasa "mengintai-ngintai" peluang dari segenap sudut. Kumpulan ini adalah kumpulan dipimpin oleh god of gambler. Mereka hanya menjadikan DAP, MCA atau Gerakan sebagai platform atau jambatan. Keutamaan mereka bukan politik, tapi "opportunity". 

Siapa, bila dan mengapa ia memberikan sokongan samada kepada DAP, MCA atau Gerakan, bergantung penuh kepada "opportunity" yang muncul pada satu-satu masa, untuk memastikan perjuangan "chauvinis kiasu" mereka boleh mencapai matlamat.

2 Matlamat terbesar kumpulan ini ialah "survival ekonomi dan pendidikan anak bangsa" mereka. Keputusan atau pendirian sokongan kumpulan ini berpaksikan kepada 2 matlamat ini.

Jika pada "satu-satu ketika itu", matlamat ini lebih mudah dicapai melalui sokongan kepada MCA dan Gerakan, maka DAP akan hanya boleh menang di kawasan seperti Kepong dan yang sewaktu dengannya. Sila rujuk kepada keputusan PRU 1999.

Jika pada "satu-satu ketika itu", matlamat ini boleh dicapai dengan "memulaukan" MCA dan Gerakan secara besar-besaran dan memindahkan sokongan mereka kepada DAP, maka MCA dan Gerakan hanya akan mampu bertahan di kawasan-kawasan majoriti melayu yang ditandingi. Sila rujuk kepada keputusan PRU 2008.

PRU 1999 dan 2008 boleh dibuat kajian jelas, bagaimana strategi golongan chauvinis kiasu ini "menggunakan dan memanafaatkan" setiap "kuasa undi" yang mereka miliki. 

Ada juga kelaziman ini yang gagal berfungsi dan tidak menurut kelaziman ini. Kelaziman ini akan "mansuh" dan tidak berfungsi hanya di atas SATU(1) FAKTOR, IAITU FAKTOR PENGUNDI MELAYU!

Jika pengundi melayu berpecah hampir seimbang, iaitu pada ratio 50:50, 55:45 atau 60:40, maka sokongan kumpulan ini akan mengikut trend pengundian seperti PRU 1999 atau pun PRU 2008.

TETAPI, jika secara keseluruhannya UNDI melayu bersatu ke tahap 70% atau lebih melalui UMNO, maka trend pengundian kumpulan "chauvinis kiasu" ini akan termansuh dan tidak berfungsi lagi sepenuhnya. Jika berlaku kelaziman atau trend sokongan melayu seperti ini, golongan "chauvinis kiasu" ini akan "mati akal". 

Kelemahan puak "chauvinis kiasu" ini adalah pada "kesatuan undi" pengundi melayu. Jika pengundi melayu bersatu, puak chauvinis kiasu ini akan menjadi seperti "Sipitung tertembak peluru emas Belanda". Hilang dan mansuh kekebalan mereka. 

Jika DAP hanya menang di Kepong dan kawasan yang sewaktu dengannya, itu tandanya kumpulan "chauvinis kiasu" sudah terkena "peluru emas Belanda".

Jika MCA dan Gerakan hanya menang di kawasan yang disubsidikan oleh orang melayu, itu menandakan bahawa perpecahan undi melayu yang hampir seimbang di antara UMNO dan pembangkang, telah berjaya dimenafaatkan sepenuhnya oleh kumpulan "chauvinis kiasu" ini untuk mengambil segala peluang dan kesempatan di atas perpecahan undi melayu yang berlaku.

Perlu diingat, kumpulan chauvinis kiasu ini tidak semestinya akan menumpahkan sokongan mereka kepada DAP, jika berlaku perpecahan undi melayu yang ketara. Ia bergantung kepada di mana lebih mudah mendapat peluang dan ruang untuk mencapai 2 malamat utama kumpulan ini, iaitu pendidikan dan ekonomi.

Rujuk kembali kepada trend keputusan PRU1999 dan PRU2008.

Ke dua-dua keputusan PRU ini menunjukkan berlaku kemerosotan ketara undi melayu terhadap UMNO. Tetapi, trend pengundian puak "chauvinis kiasu" ini amat bertentangan. Pada PRU1999 mereka menumpahkan segala sokongam mereka kepada BN, tetapi pada PRU2008 mereka menumpahkan segala sokongan mereka kepada Barisan Alternatif.

Atas faktor apakah puak "opportunis kiasu" ini membuat perkiraan yang berbeza di dalam situasi perpecahan undi melayu? 

PRU1999 Tun M dan UMNO tiada banyak pilihan kerana melayu terbahagi dua disebabkan keributan yang dibuat oleh Anwar. Demi untuk mengekalkan kuasa melayu, sokongan pengundi bukan melayu harus digembeling sepenuhnya menyokong BN.

Di saat itulah puak opportunis kiasu menggunakan kesempatan dan peluang keemasan yang muncul. Ekonomi merudum yang memberi kesan besar kepada komuniti perniagaan yang dikuasai oleh mereka memerlukan sokongan kerajaan. Puak opportunis kiasu ini berpendapat mereka wajib untuk bersama kerajaan bagi memulihkan ekonomi mereka. Di saat itu jugalah mereka berjaya memperjuangkan kewujudan "Universiti Tunku Abdul Rahman", seiring dengan kewujudan UiTM. 

Pada PRU2008, mereka beralih menyokong DAP dan meninggalkan MCA dan Gerakan lemas sendirian juga adalah di atas faktor kelemahan sokongan pengundi melayu terhadap UMNO. Melayu "hilang kepercayaan terhadap kepimpinan" ketika itu. Ia juga turut dipersetujui oleh bukan melayu. 

Sebaliknya, pada tahun 1999, UMNO lemah disebabkan oleh kebencian terhadap Tun M yang disuburkan oleh Anwar melalui asbab pemecatannya. Bukan disebabkan kepimpinan UMNO yang lemah. Malah kaum bukan melayu amat yakin dengan kepimpinan Tun M, walaupun beliau ketika itu diasak oleh orang melayu yang marah dengan tindakan memecat Anwar.

Golongan opportunis kiasu menghormati kepimpinan yang kuat. Perkara ini ada pada diri Tun M. Itu sebab mereka bersama BN pada PRU 1999. 

Sebaliknya, golongan opportunis kiasu akan bertindak "membuli" "kepimpinan melayu" yang lemah melalui pelbagai desakan dan permintaan. Desakan dan permintaan amat berkesan melalui kaedah "bargaining power". Kuasa tawar-menawar inilah yang diwujudkan oleh puak opportunis kiasu untuk mengambil kesempatan dari "kepimpinan melayu" yang lemah. Situasi inilah sebenarnya yang dihadapi oleh Pak Lah.

Kuasa tawar menawar puak opportunis kiasu ini bukan lahir dengan sendiri, tapi ia wujud dari perpecahan undi melayu juga. Kuasa tawar-menawar ini tidak dominan tapi ia sungguh menyakitkan macam "bisul nak meletus atau macam orang mengidap sakit gigi".

Kuasa tawar menawar ini tidak boleh bertahan lama dan tidak boleh dijadikan senjata untuk melakukan desakan sepanjang masa. Puak opportunis kiasu "sedar akan perkara ini". Mereka sangat bijak.

Ini yang gagal dianalisa dan dijadikan pelajaran oleh "golongan pentaksub politik" di kalangan melayu! Prinsip politik melayu politik bakar kelabu, tapi "politik chauvinis kiasu" adalah politik opportunis. Di mana ada lombong emas yang boleh diusahakan di situ mereka akan berkampong. Politik melayu pula, di mana ada gula di situ melayu "berpusu-pusu". 

Melayu "malas berfikir", siapa yang menabur gula di sebalik longgokan yang bertimbun tidak pernah cuba untuk difahami. Akhirnya semut mati kerana gula.

No comments:

Post a Comment