Tuesday, January 22, 2013

ANWAR MENGADAP PM DS NAJIB UNTUK MOHON MAAF!!??

Penyokong opportunis kiasu ini besar kemungkinan akan menyokong BN kali ini. Sudah masuk tahun ke-5 mereka membuat pelbagai tuntutan dan desakan. Sebahagian besar dari tuntutan yang dilakukan sudah pun dipenuhi. 2 matlamat utama mereka sudah pun tercapai.

Tuntutan supaya sekolah vernakular diperkasa sudah berjaya dipenuhi. Peruntukan turun mencurah-curah. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil turut mendapat pembelaan.

Liberalisasi ekonomi juga telah memberi advantage yang besar kepada komuniti perniagaan yang didominasi oleh kaum cina.

Puak opportunis kiasu ini walaupun tidak pernah memuji kerajaan, tapi mereka pasti berpuas hati dengan apa yang sudah diperolehi.

Apa yang mereka perolehi ini tidak mungkin akan diperolehi lagi jika kerajaan ini ditukar kepada kerajaan PR kerana "mereka juga amat sedar", jika pembangkang berjaya memenangi PRU13, tidak mungkin mereka akan menang besar sehingga memperoleh 2/3.

Jika kita andaikan PR menang, kerusi yang dimenangi tidak mungkin melebihi 120 kerusi. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kerajaan PR yang bakal dibentuk nanti adalah kerajaan yang terlalu lemah dan "fragile". Sudah pasti situasi politik akan menjadi lebih tidak stabil daripada hari ini jika keadaan tersebut berlaku.

Untuk menentukan siapa yang harus jadi PM pun mereka akan menghadapi masalah besar, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negara yang terpaksa berhadapan dengan lebih 100 ahli parlimen BN yang sudah masak dengan selok-belok pentadbiran. 

Pengamal demokrasi di negara ini tidak mampu membezakan antara kepentingan politik dan kepentingan negara. Politik mereka terbawa-bawa hingga ke tidur.

Sebab itulah sesebuah kerajaan yang ingin diwujudkan "di dalam situasi dan acuan negara ini" mestilah sebuah kerajaan yang mendapat mandat besar dan kuat. Tidak seperti di Britain, menang dengan kelebihan 1 kerusi pun politik mereka tetap stabil dan pentadbiran kerajaan tidak terganggu kerana pengamal politik di sana tahu batas dan pendulum berpolitik yang harus diamalkan.

Dapat dibayangkan betapa tidak stabilnya politik negara ini jika kerajaan yang dibentuk selepas PRU13 nanti adalah sebuah kerajaaj yang lebih lemah kedudukannya dari kerajaan yang ada pada hari ini.

Golongan opportunis kiasu tidak mampu bertahan di dalam situasi ketidakstabilan yang berpanjangan kerana mereka sedar, kerana 2 agenda utama mereka lambat laun pasti akan terjejas disebabkan ketidakstabilan politik yang berpanjangan. Situasi sebegini terlalu berisiko tinggi bagi mereka.

Terlalu mahal harga yang harus dibayar jika mereka sekali lagi bertindak melemahkan kerajaan BN yang ada, hanya semata-mata untuk mendapatkan situasi "kuasa tawar-menawar", sedangkan kuasa tawar-menawar yang mereka perolehi pada PRU12 yang lalu sudah pun menghasilkan apa yang mereka matlamatkan bersama melalui pelbagai desakan dan tuntutan yang dilakukan selepas PRU12.

Pada pengamatan jurublog, puak opportunis kiasu ini mempunyai pengaruh yang amat kuat di kalangan pengundi cina. Kekuatan pengaruh mereka melebihi kekuatan pengaruh DAP, MCA mahupun Gerakan. 

Pengundi kumpulan opportunis kiasu inilah yang dimaksudkan dengan "undi en-bloc". Jika kumpulan ini mengarahkan sokongan mereka kepada DAP, maka MCA dan Gerakan pasti tergolek. Jika kumpulan ini mengarahkan sokongan kepada MCA dan Gerakan, DAP pula akan "tergolek anjing".

Puak inilah pada pandangan jurublog yang akan kembali mengarahkan sokongan mereka kepada BN dalam PRU13 akan datang. Puak inilah yang amat "analytical" pemikirannya. Puak inilah yang sentiasa dan akan terus mengimbangkan kedudukan dan survival bangsa mereka. Bukan MCA, bukan Gerakan dan bukan DAP. Parti-parti chinese based ini hanyalah tonggangan mereka. 

Jika situasi berhadapan dengan bukit yang tinggi mereka akan pakai 4wheel drive. Jika memandu dalam situasi perbandaran mereka akan guna kenderaan 2wheel.

Bukit yang tinggi sudah pun mreka lepasi dan mereka sudah sampai di pinggir perbandaran. Mereka tidak mungkin akan guna 4wheel yang dipandu oleh Lim Kit Siang lagi. Laluan berisiko sudah dilepasi dan mereka tidak mahu menanggung risiko untuk sepenggal lagi. Mereka akan guna kenderaan 2wheel MCA kembali.

Dengan sebahagian dari pengundi asal UMNO telah kembali menyokong UMNO, dan ditambah pula undi "en-bloc" dari opportunis kiasu yang menggunapakai kembali kenderaan 2wheel panduan MCA, insyaallah BN akan kembali mendapat mandat 2/3.

Perlu diingat, Jika berlaku "swing votes" kepada BN sebanyak 7%, ia  sudah memadai untuk BN memperolehi mandat 2/3.

Listen.!..listen.!..listen..!.. Perjudian Anwar bertindak menyokong kalimah Allah "untuk disyirikkan maksud dan penggunaannya" adalah langkah berjudi paling desperado yang pernah dilakukannya. Kalau menang, akan menang besar. Kalau kalah akan terus muflis. Semua ini dilakukan adalah semata-mata untuk membendung dari berlakunya "swing votes" secara "en-bloc" kepada BN dari kumpulan ini. Sentimen agama dinyalakan.

Jika "Allah yang menjadi penguasa sekelian alam" pun turut dijadikan bahan politik, apa sangatlah kalau setakat untuk mempermainkan DS Najib dan DS Rosmah. Tapi tunggulah ketikanya. Pembalasan pasti akan terjadi, tidak lewat dan tidak cepat walaupun sesaat!,

No comments:

Post a Comment