Saturday, January 26, 2013

ANWAR: PAS HARUS BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA JIKA PR KALAH!!!

Perpecahan UNDI dan sabotaj di kalangan penyokong pembangkang pasti berlaku pada PRU13 nanti.

Perpecahan undi ini bakal berlaku di kalangan penyokong tegar DAP dan penyokong tegar PAS. Ekstrimis PAS tidak mahu PAS menjadi mangsa permainan antara DAP dan PKR. Manakala chauvinis DAP memang sudah jelas bersedia langkah mayat kalau PAS tunduk kepada keputusan Majlis Syura.

Kedua-dua segmen penyokong parti ini akan saling mensabotaj. Di kawasan yang mana PAS bertanding, puak Chauvinis ini tidak akan memberi undi, begitu juga kawasan yang ditandingi DAP, tidak akan mendapat undi dari ekstrimis PAS.

Kali ini penyokong parti PAS tidak akan membuta tuli lagi mengarahkan orang-orangnya mengundi asal bukan UMNO. Begitu juga penyokong chauvinis DAP.

Isu kalimah Allah pasti "akan memakan diri mereka yang berniat serong", iaitu "niat berkongsi nama Allah yang bermotifkan politik".

Punca dan penyumbang terbesar kegagalan PR pada PRU13 kali ini adalah faktor pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar ini yang sering menyumbang kepada faktor kemenangan besar BN, dalam setiap kali PRU diadakan kecuali pada PRU12 yang lalu. Tindakan pengundi atas pagar ini beralih arah mengundi PR dalam PRU lepas telah menyumbang kepada kegagalan BN meraih 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Jika tidak benar hujah ini, mana mungkin BN akan hilang 2/3.

Kali ini, pengundi atas pagar ini akan kembali memgundi BN kerana ramai kalangan mereka yang sudah "tobat lahom" tak mahu lagi mengundi pembangkang.  Ada yang "serik doh" dan "joghan". 

Tapi "faktor pembunuh utama" kepercayaan pengundi atas pagar terhadap pakatan pembangkang ini adalah disebabkan oleh faktor "kerja tidak disangka-sangka" pemimpin Islam pembangkang yang sanggup mengorbankan nama Allah sebagai "tukaran undi dan sokongan penganut bukan Islam".

"Keberanian nekad" Anwar dan PKR menggadaikan Kalimah Allah ini yang jelas bermotif politik, dan bukan lawatan kemanusiaan PM ke Gaza bermotif politik seperti yang didakwa Anwar.

Pengundi atas pagar "memang tidak sangka" puak Islam pembangkang ini boleh bertindak sejauh itu sehingga sanggup "menyamakan nama Allah"  dengan "nilai wang ringgit" yang boleh ditugar-ganti dan dijadikan sebagai "barang imbuhan rasuah" untuk beroleh pulangan dalam bentuk "kuasa dan undi" dari penganut kitab Bible.

Undi swing dari pengundi atas pagar inilah yang akan mengembalikan 2/3 BN dalam PRU13 nanti.

Ketaksuban penyokong pembangkang yang begitu angkuh mengatakan "BN bakal hanyut" dan "PR sudah bersiap sedia" untuk ke Putrajaya, merupakan "rahsia tersembunyi kekuatan BN". 

Pandangan terhadap hakikat dan realiti sebenar di "ground", pengundi atas pagar sedang bersiap sedia untuk berpindah semula kepada BN sudah tertutup dari penglihatan mereka. Tertutup di sebalik keangkuhan dan ketaksuban. "Tertutup disebabkan Tertipu" dengan propaganda yang dicipta sendiri. Dan tertutup oleh "janji luar sedar" yang diungkapkan oleh Anwar yang "saling tak tumpah" sama seperti leteran  "penghuni Tg Rambutan".

Mereka hanya akan sedar sebaik saja SPR mengumumkan bahawa Pakatan sudah betul-betul kalah dan bukan cobaan lagi. 

2 comments:

  1. Mampus lah PAS, DAP, PKR

    ReplyDelete
  2. salam

    kawe rasa isu ini mace. taik gigi aje, depa dah tahu media saje nak hebohkan padehal kerajaanlah yang memulakan segala isu ini dengan kelulusan surat yang pm sign yg bagi kebenaran bible dicetak dalam bahasa melayu.

    jadi bn carilah isu lain yg boleh memberi keyakinan kepada rakyat untuk mengekalkan kerajaan bn bukan isu untuk memperbodohkan rakyat yang dok keluar hari kat media pencacai kerajaan.

    wasalam

    ReplyDelete