"Najib sememangnya kurang bijak oleh kerana beliau sepatutnya menghubungi kedua-duanya,” kata Anwar merujuk kepada Abbas dan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
Anwar mendakwa langkah terbaru Najib bermotifkan politik.
"Mereka melakukan kekhilafan… Dengan mencuba untuk memenangi umat Islam (di Malaysia), mereka terlupa untuk mengingati kepentingan menunjukkan keseimbangan dan keadilan polisi luar negara kita terhadap Palestin.
Betul juga cakap Anwar ni. Patut hubungi kedua-duanya macam Anwar selalu buat. Dengan Israel kowtim jaminan keselamatan. Dengan Palestine pun kowtim. Yahudi Amerika kowtim, pemimpin arab pun kowtim. Pengundi kristian kowtim dengan cara gadai nama Allah. Pengundi Islam pula suruh PAS yang kowtim. Dua-dua pihak yang bermusuh mampu dijadikan kawan karib. Demi tuhan Anwar sedia bersesumpah.
Anwar makin sakit jiwa, bila "tup-tup" dan tanpa disangka-sangka PM Najib mendahului senarai PM pertama di dunia yang masuk sampai ke bahagian pendalaman Palestine. Tak sempat nak kaunter tau-tau PM dah sampai Gaza.
Kesian Anwar. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah buka kembali hijab yang semakin tebal meliputi hati Anwar. Hanya doa orang-orang mukmin saja yang mungkin boleh menyelamatkan kembali Anwar untuk keluar dari kegelapan yang diciptanya sendiri. Kesian sungguh melihat Anwar teraba-raba di dalam gelap gelita. Tidak tau yang mana satu ular, yang mana satu tongkat untuk dibuat pedoman.
No comments:
Post a Comment