Friday, January 25, 2013

ASAL BUKAN UMNO(ABU) MANSUH! DIGANTI DENGAN TAUBAT @ TERBABAS!!

Bakal pengundi PRU13 harus memilih samada untuk mengundi pendokong gerakan kongsi nama Allah ataupun mengundi gerakan mempertahankan nama Allah esklusif untuk penganut Islam.

Pendokong gerakan Asal Bukan UMNO(ABU) sudah pasti terbelah dua, iaitu ABU yang menyokong pendirian Majlis Syura PAS dan ABU yang kekal dengan pendirian bersama PR, bersetuju nama Allah disyirikkan atau "ditiga dalam satukan".

Jika benar keadaan ini berlaku. dan jika pendirian ABU yang menyokong pendirian Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk mempertahankan kalimah Allah hanya esklusif untuk penganut Islam, melangkaui kepentingan politik, maka sudah pasti undi PR akan terbelah dua pada PRU13 nanti.

Maka ABU yang menyokong pendirian Majlis Syura PAS harus membubar ABU dan digantikan dengan gerakan Tuntutan Asal Bukan Allah yang Triniti (TAUBAT).

Dan, ABU yang bersetuju "beriktikad" nama Allah boleh disyirikkan bolehlah bubar gerakan ABU dan gantikan dengan gerakan Barisan Bertindak Asal bukan Allah yang Satu (BABAS).

Gerakan ABU tidak bersabit dengan iktikad atau pegangan, manakala gerakan TAUBAT atau BABAS berkait secara langsung dengan akidah. Jadi pilihlah. The choice is yours. Sekarang ahli ABU boleh pilih samada untuk ikut gerakan TAUBAT atau ikut gerakan BABAS.

1 comment:

  1. Sedara.aku ingat ko baca dula surah at taubah ayat 30..bapa rasullullah nama abdullah...sebelum rasullullah lagi dah ada orang lain guna nama Allah...klu x tau dok diam diam sudah..oleh kerana pengunaan nama Allah yang digunakan agama Allah telah dihalalkan bukunya oleh UMPorNO...PAS yang dipersalahkan...kita pakai hukum takzir...pasal akan.memudaratkan.negara..jadi pengunaan nama Allah tidak.dibenarkan....delete je blog ko.nie..klu nampak.dek kafir...kompom kompom dikata bodoo

    ReplyDelete