Wednesday, January 23, 2013

ANWAR: TOLONG JANGAN SAMAKAN ANA DENGAN IBLIS!!!

"Setakat ini, inilah pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan (Presiden PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

"Saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura PAS. Kita juga baca dan bincang kenyataan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Bila baca kenyataan Abdul hadi dengan tidak melarang penggunaan (kalimah Allah oleh bukan Islam) tapi menegur penyalahgunaannya.

"Tapi tak apa...apa yang kita buat ialah kita tetap ikut kenyataan Presiden PAS yang dibentang kepada majlis Pakatan Rakyat pada 8 Januari bukannya kenyataan sampah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas," katanya.
Keratan artikel sungai rapat online

Listen!..Listen!...Listen! Cuba baca kenyataan Anwar berulang-kali. Cuba baca betul-betul..

Kalau anda baca betul-betul, penuh teliti dan lakukan penyerahan sebenar kepada Allah serta memohon supaya Allah tunjukkan apa yang sebenar-benarnya yang cuba diperkatakan Anwar, akhirnya anda akan dapati bahawa, "Entah apa bendenya yang cuba dijelaskan".

Dia tak sentuh pun apa pegangan dia sebagai seorang Islam secara peribadi dalam isu kalimah Allah ini. Boleh atau tidak boleh pun dia tak sebut. Samada kufur atau syirik pun dia tak kata. 

Apa yang dia sebut ialah kekal dengan pendirian mesyuarat majlis pimpinan pakatan rakyat yang dibentang oleh Hadi. Malaikat pun mungkin tidak dapat "verify" kemahiran komunikasi Anwar dalam hal ini, dan mungkin malaikat kiri dan kanan juga turut terkeliru, terjebak dan berselisih pendapat untuk menentukan cakap Anwar ini samada patut diletakkan dalam catatan buku sebelah kiri atau kanan. 

Sekarang bola sudah dicampak sekali lagi oleh Anwar ke gelanggang PAS. Sekali lagi PAS "terdo'ek" bila bola yang dicampak Anwar tepat kena ke perut PAS.

Jika malaikat pun boleh terdedah kepada kemungkinan "berpecah-belah" dengan kekeliruan yang dibawa oleh Anwar, apa lagilah manusia. Umat Islam beramok sesama sendiri. Pimpinan PAS tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku perpecahan. Perseteruan antara agama di negara ini juga akan sampai ke kemuncaknya.

Semua ini adalah disebabkan "tangan-tangan" Anwar. Di mana ada iblis di situ wujud perbalahan. Di mana ada Anwar di situ wujud kekeliruan. 

Bila mana iblis berjaya mencucuk sesungutnya ke setiap hati manusia, pasti komuniti manusia itu akan berantakan. Bila Anwar berjaya mencucuk hati-hati manusia dalam suatu komuniti dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya, pasti komuniti itu akan berbalah dan berantakan sesama sendiri.

Jadi bolehkah anda bezakan yang mana satu Anwar dan yang mana satu Iblis?

1 comment:

  1. Anwar lebih tepat dikategorikan sebagai " syaitan jenis manusia".

    ReplyDelete