Monday, January 28, 2013

LAPURAN SEBENAR UMCEDEL BOCOR!!

1. Isu pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis syura PAS dan pemecatan Dato Hassan Ali.
2. Isu kalimah Allah yang dijadikan "dwi-fungsi" oleh rejim pakatan.
3. Isu negara kebajikan menggantikan konsep negara Islam.
4. Isu hudud yang diistiharkan sebagai bukan lagi keutamaan PAS.
5. Isu PAS lebih takut kepada DAP daripada takut Allah.
6. Isu gerakan kumpulan Anwarinas yang berjaya mencaca-merbakan prinsip dan halatuju perjuangan PAS.
7. Isu PAS tutup sebelah mata kepincangan dan penyelewengan serta maksiat yang berlaku di dalam rejim pakatan.
8. Isu kelemahan pentadbiran PAS di Kedah dan Kelantan.
9. Isu kejayaan Nga-Ngeh DAP membolot 10 ribu ekar tanah di Gua Musang sempena mengambil peluang dari isu perlantikan MB PAS di Perak.
10. Isu mendoakan kehancuran UMNO yang belum sepatutnya didoakan sebegitu rupa berbanding dengan mereka yang telah bertindak "menduakan" nama Allah.

Dengan "10 perkara besar" ini PAS akan menghadapi PRU13, agak-agak sokongan kepada PAS makin bertambah atau makin merosot? 

Kalau ada kalangan yang mengatakan UNDI PAS akan bertambah disebabkan isu ini, ia hanyalah dari kalangan mereka yang "tobat lahom" tak mahu menerima realiti.

BN bukan mahukan UNDI dari pengundi tegar PAS. BN hanya mahukan UNDI dari pengundi atas pagar yang telah "terundi" pembangkang pada PRU yang lepas. Jika undi ini balik ke pangkal jalan, maka lebih 10 kerusi yang PAS menang tipis dulu dan lebih 15 kerusi PKR yang "volatile" trend pengundiannya akan kembali ke pangkuan BN!

Kawasan yang dimenangi DAP tu lantaklah. Biarlah dia pegang. Itupun sudah cukup untuk BN menang selesa 2/3.

No comments:

Post a Comment