Monday, January 28, 2013

UST NASHA TIADA MAAF BAGI MU...ANWAR, KARPAL?

Ust.Nasha boleh dijadikan "barang kes" prima facie, untuk kita desak PAS supaya berhenti dari "kerja" mengutuk UMNO kononnya menyekat kebebasan ahli untuk bersuara.

Tindakan pemecatan yang langsung tidak berasas terhadap Ust Nasha, menjadikan PAS lebih kuku besi dari DAP dan sama kuku besinya dengan PKR.

Sekarang mereka telah hilang kelayakan secara otomatik untuk mengutuk UMNO dalam hal kebebasan hak untuk menyatakan pendirian sebagai ahli parti.

Hari ini, PAS, PKR dan DAP sudah "tercekik dan tersedak-sedak" sampai tidak boleh bernafas kerana "terlalu berlebihan menelan kembali segala kecaman dan kutukan" yang selama dilabelkan kepada UMNO.

Setiap tuduhan, setiap fitnah dan setiap hinaan yang ditujukan kepada UMNO dan kepimpinannya hampir 100% sudah dibalikkan oleh Allah yang Esa kepada si penuduh tegar "3 in 1" ini.

Tak payahlah disenaraikan satu persatu. Semua yang tahu menggunakan akal secara waras pasti boleh berfikir, melainkan akal mereka sudah terbelit dengan "ular kerala" Anwar.

1. Anwar "terhina dan teraib" disebabkan dia tak sudah-sudah menghina dan memfitnah PM Najib. PM tak pernah memalukan dia. Kata-kata PM kalau kritik pun jauh daripada ciri-ciri untuk mengaibkan Anwar.
2. PAS menerima "aib dari tuhan" kerana "terlalu takjub dengan diri sendiri kononnya sangat beriman" kepada Allah dan UMNO "sangat engkar" dan "tolak Islam". Bila Allah duga dengan bab "ikhlas dan jujur" dalam perjuangan kerana Allah, akhirnya nama kalimah Allah pun mereka tidak mampu pertahankan. Sekarang mana iman engkau orang?
3. DAP pula "tak sudah-sudah claim" mereka "parti paling telus" dan UMNO parti "paling tak telus dan paling kuat rasuah". Akhirnya parti sendiri terjebak dengan "permainan tipu undi". Anti sangat dengan UMNO kerana amalan kroni dan rasuah, akhirnya ulamak besar PAS pun mereka hulur rasuah jawatan MB Perak untuk dapat tanah ribu2 hektar di Kelantan.
4. PAS bukan main "takbur dan ananiah", mengaku kononnya cinta Islam dan komited dengan hukum Allah. Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah boleh jatuh kufur. Akhirnya kekufuran terang-terangan berlaku dikalangan pemimpin PAS dan puak pakatan yang menolak Islam, telah menyebabkan PAS pun turut sama mengayun langkah dan tari mengikut pasangan kufurnya.
5. Bencana terbesar yang berlaku hasil dari "kerja-kerja ketulahan" pakatan pembangkang ini ialah "bencana ketaksuban dan kebutaan hati" yang menghinggapi para pengikut mereka. Para pengikut tidak lagi dapat berfikir dan menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk menilai setiap baik buruk yang berlaku di sekeliling mereka dengan "pandangan hak". 
Tuduhan dan fitnah pemimpin mereka terhadap pemimpin UMNO ditelan bulat-bulat tanpa dihadam terlebih dahulu. Cukup hanya dengan "menaip akuan bersumpah palsu" dan mencipta surat palsu dengan kaedah photoshop bertandatangan PM dan kepala surat JPM mereka sama-sama bersubahat menjaja fitnah serata alam. Walhal, pemimpin sendiri yang jelas "telanjang" dalam video tulin ditolak bulat-bulat tanpa sedikit pun syak wasangka.

"Bencana kegagalan akal untuk berfungsi secara waras" yang dihidapi oleh para "penyokong taksub yang bertaklid secara buta tuli" ini, bakal menjadi virus merbahaya yang merosakkan sistem hidup masyarakat di negara ini.

Unsur-unsur kemusnahan nilai hidup dalam institusi masyarakat sudah menampakkan tanda-tanda kerosakan. Yang jelas palsu dimartabatkan. Yang jelas kebenarannya dianggap palsu. "Khabar angin dan cakap dengar" dijadikan asas kukuh untuk menjatuhkan hukum sebagai benar. Yang jelas "telanjang" diagungkan.

Kalimah Allah dijadikan bahan politik. Lawatan Ust Nasha bersama PM ke Gaza dijatuhkan hukum sebagai salah. Tanpa perlu dipanggil membela diri, terus dijatuh hukum.

3 comments:

  1. Salam bro....

    Nama pun parti-parti politik. Tak ada satu pun yang betul semua dan tak ada satu juga salah semua. Rakyat sedia maklum tentang ni.

    1- Rakyat melihat parti atau perikatan mana yang lebih memberikan keuntungan jangka panjang kepada mereka.

    2- Rakyat melihat kepada perikatan mana yang paling banyak melakukan salah laku seperti rasuah/ salah urus.

    3- Rakyat menilai setiap sen wang yang mereka beri dalam bentuk cukai, bagaimana ianya dibelanjakan. Adakah wang cukai tersebut benar-benar memberi manfaat kepada mereka atau lebih beri manfaat kepada kroni.

    4- Rakyat membaca dan menilai. Jika pembangkang timbulkan isu, ianya lebih meyakinkan dengan dokumen hingga kantoinya kes NFC (at least ada kes mahkamah).

    5- Berapa banyak pula kes salah laku pembangkang yang dibawa ke mahkamah? Rasuah, beberapa nama besar dalam BN telah didakwa, berapa pula nama besar dalam PR yang didakwa rasuah di mahkamah?

    6- Isu tuduhan Deepak, ini kes yang nyata besar dan mengaibkan PM dan isteri serta kerajaan. KENAPA IANYA TIDAK DIBAWA KE MAHKAMAH ATAS TUDUHAN FITNAH?

    Rakyat melihat dan menilai semuanya. Akhirnya rakyat akan membuat keputusan berdasarkan persepsi yang mereka lihat, baca dan nilai.

    Bro, satu soalan lagi. Apakah hukumnya menyebarkaan fitnah bila kita tahu ianya jelas fitnah? Tiada sogokan untuk Nizar jadi YB Perak, ianya telah diperbetulkan oleh pisau.net. Tetapi bro masih gunakan isu ini. Kadang-kadang kita kena juga audit diri.

    Adios, salam.

    ReplyDelete
  2. Itu semua POYO...lu kata dia,dia kata lu...mana yang betul?.Tunggulah hari pembalasan nanti.Yang berdosa mmg x akan terlepas.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya enciklah org yg suka menyebarkan fitnah kat internet.baik encik buat column tazkirah ke keagamaan ke..ada gak saham akhirat encik nanti.wassalam.

    ReplyDelete