Tuesday, January 15, 2013

LEPAS KELUARKAN FATWA TERBARU! MEREKA LARI IKUT PINTU BELAKANG!- ULAMAK AKHIR ZAMAN!!

Sah, PAS yang dipimpin oleh majoriti alim ulamak memang sebuah parti yang "tidak amanah dan tidak jujur kepada diri dan kepada Allah" dan tidak amanah kepada tugas dan peranannya selaku parti yang mengaku menjunjung perjuangkan Islam.

Tiada apa lagi yang boleh disandarkan kepada PAS. Harapkan pagar, pagar makan padi. Dari beras diharapkan nasi, tapi akhirnya bubur yang jadi.

Harapkan mereka yang alim-ulamak ini menjadi suluh bendang negeri dan umat, sebagai pembimbing dan penyatu ummah, akhirnya mereka sendiri yang menyumbang kepada "kekeliruan dan perpecahan ummah".

Ummah mengarapkan alim ulamak PAS ini menjadi "ulamak kepal nasi", iaitu ulamak yang boleh mencipta perpaduan dan ikatan hati sesama umat, tapi rupa-rupanya ulamak ini "ulamak kepal beras". "Dikepal-kepal berderai jua akhirnya". Zahirnya menyeru kepada penyatuan, tapi hakikatnya melebarkan lagi perpecahan sesama ummah.

Sebelum ini, Dato Harun Din mengeluarkan fatwa kufur dan murtad bagi sesiapa yang menyokong perkongsian nama Allah dengan agama lain.

Apabila Lim Guan Eng menimbulkan kembali isu kalimah Allah ini, Hj Hadi pula di samping  Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan "tidak menghalang agama lain menggunakan kalimah Allah", asal tidak disalahguna. Satu kenyataan yang mengelirukan. Orang Islam salah faham. Orang kafir pula tertipu dengan kenyataan ini. 

NGO dan para bishop telah mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas pendirian rasmi PAS dan PKR ini.

Malam minggu lepas, majlis syura PAS mengeluarkan kenyataan yang bermaksud menyanggah sama sekali kenyataan rasmi PAS dan pakatan yang dibuat oleh Hadi.

Jika di hulu lagi air sudah keruh dan kotor, apalah yang boleh diharapkan oleh mereka yang tinggal di hilir.

Peringkat pimpinan atasan PAS sendiri pun sudah terkeliru dan seolah-olah hilang pedoman dalam isu kalimah Allah, apalah yang boleh diharapkan oleh ahli PAS yang di bawah terhadap pimpinan atasan mereka yang "tak ketawan nak buat apa".

Pimpinan atasan PAS kabur. Ahli bawahan pula rabun. Pimpinan atasan rabun, ahli bawahan pula buta. Pimpinan atasan pekak, ahli bawahan pula bisu dan hanya mampu mengangguk-angguk dengan "fatwa di pagi hari halal, di sebelah petang haram" yang dibuat oleh pimpinan PAS. 

Tindakan pimpinan ulamak PAS ini memang selaras dengan apa yang di gambarkan oleh Nabi tentang umatnya di akhir zaman, iaitu "Di pagi hari beriman di petang hari kufur".

5 comments:

  1. Assalam Bro

    Setuju sangat Bro... Apa perlu berdolak dalih lagikan... kenyataannya tidak boleh digunakan oleh orang bukan ISLAM... Ini semua pasal gila nak berkuasa, politik dan kuasa punya hal... Depan Belakang mereka nak sondol... Memang Ularmak akhir zaman mereka ni...

    ReplyDelete
  2. Pas tak faham bahawa yang minta pengunaan kalimah ALLAH itu adalah orang kafir yang hendak digunakan dalam kitab yang tidak lagi original/palsu kitab rekaan mereka.

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya, pencacai Parti Angguk Saja ni kena mintak dan gesa si Addi & si Nicky Ajis beri penjelasan kenapa buat pusingan U (360 darjah) di TV1 & TV3 selama 24 jam. Kalau boleh 7 hari berturut-turut.

    ReplyDelete
  4. Ulasan dan sindiran terbaik kepada kepimpinan PAS ......dunia akhir zaman,zaman fitnah dajjal,zaman dajjal bertopengkan ulamak!?

    ReplyDelete
  5. salam 1malaysia

    kawe peham bene kenapo puak2 pencacai umno ni meroyan dengan keputusan majlis syura Pas kerana keputusan tersebut tidak boleh digunakan lagi sebagai peluru untuk tembak keutuhan dan kesepakatan parti2 dalam PR.

    wasalam.

    ReplyDelete