Wednesday, January 2, 2013

PEMBANGKANG AKUI MEREKA SUDAH TERDESAK!!

1. Isu Hj Hadi mohon siaran langsung TV1 dan TV3 sebagai syarat untuk memperjelaskan amanat mengkafir yang dikeluarkannya pada 1981.

Cadangan: Untuk berlaku adil dan selamat dari sebarang manipulasi, kenyataan@penjelasan bertulis lebih baik dari semua cadangan lain. Mencabar supaya diberi liputan langsung bukan bertujuan untuk menghapuskan kekeliruan masyarakat tapi ia berbalik kepada niat hakikinya iaitu POLITIK. Jadi ia tak perlu dilayan. 

Kenapa seorang yang alim agama tidak faham? Kenapa mesti beri syarat untuk dia memperjelaskan sesuatu kebenaran, jika benar amanatnya itu memang selaras dengan tuntutan agama? Amanat Hadi yang sudah memakan korban nyawa dan korban fitnah terhadqp agama ini jelas bukan untuk bertujuan mencari kebenaran tetapi lebih kepada niat politik.

2. Isu terbaru berkaitan dengan LTAT, syarikat Deepak, cincin RM13 juta yang dibawa oleh Rafizi, iaitu manusia yang telah pun terbukti, berkali-kali didapati bersalah kerana sering membawa berita palsu untuk santapan rakyat.
Cadangan untuk Rafizi: Kenapa tidak bawa saja segala bukti yang kononnya "bukti kukuh" itu ke pihak berwajib? Bawa bukti kukuh itu kepada pihak polis dan desak pihak polis mulakan siasatan dan desak peguam negara bawa kes ke mahkamah! Bukankah itu lebih baik dan berkesan daripada menggunakan pendekatan sidang media untuk membuktikan segala salahlaku pemimpin UMNO?

Beri tekanan pada polis dengan mengajak rakyat berdemo adalah lebih baik dari menuntut penjelasan dari pihak yang dituduh. Sekian banyak pendedahan dokumen dan salahlaku pemimpin UMNO yang dikatakannya begitu kukuh, tidak satu pun dokumen itu diserah kepada pihak polis untuk siasatan, melainkan kisah itu hanya berlegar pada sidang media dan pentas-pentas ceramah.

Inikah yang harus dilayan oleh rakyat? Kalau begini trend yang dibawa oleh pembangkang, saya mencadangkan supaya buat saja pendedahan kononnya salahlaku pemimpin UMNO ini setiap minggu. Lontarkan saja semua tuduhan melalui media dan dikembangkan melalui ceramah-ceramah. 

Tidak perlu ambil apa-apa tanggungjawab terhadap tuduhan yang dilempar!

Kita mahu tengok mampu atau tidak mereka memperbodoh-bodohkan rakyat dengan pelbagai lambakan tuduhan yang sudah jadi macam buah bacang masak. Luruh tak henti-henti.

Jelas kelihatan, "kebangkrapan isu" sudah berlaku di kalangan pembangkang. Jelas sekali semakin dekat PRU, semakin panik nampaknya tindakan mereka. 

Sebenarnya mereka sudah hilang keyakinan untuk berhadapan dengan BN. Mereka tau mereka bakal lemas dan ruyup pada PRU akan datang.

Resmi orang lemas, ranting hanyut yang lalu depan mereka pun akan disambar untuk dijadikan tempat bergantung. Mereka sudah tidak peduli apa pun.

No comments:

Post a Comment