Pelbagai petanda sudah semakin jelas kelihatan bahawa pakatan pembangkang sedang hanyut dibawa oleh arus yang diciptanya sendiri.
Mereka yang gemar melepaskan empangan air, mereka sendiri yang dihanyutkan oleh arus.
Adakah sesiapa yang lebih bodoh dari seorang penebang pokok yang menebang sambil duduk di dahan? Tidakkah cara begini akan menyebabkan si penenbang pokok akan menjadi mangsa pertama hasil dari penebangan yang dilakukannya?
Anwar sendiri yang menyaman Nalla, akhirnya dia sendiri yang tak keruan bila pihak yang disamannya membawa saksi-saksi pembelaan.
Hadi Awang sendiri yang mengeluarkan amanat hukum kafir bagi pihak yang berkongsi kuasa dengan bukan Islam, akhirnya dia sendiri yang bergabung dengan bukan Islam untuk menjatuhkan pemerintah Islam.
DAP yang begitu tegas kononnya, dalam isu ketelusan dan anti-rasuah, akhirnya Ngeh Nga sendiri yang memberi rasuah berbentuk "jawatan MB Perak" kepada PAS dengan meminta habuan tanah lebih 10,000 ekar dari PAS Kelantan.
Mereka sendiri yang menyarung-nyarungkan pelbagai bentuk cincin berlian yang dikatakan bernilai puluhan juta di tangan DS Rosmah, Isteri Perdana Menteri, akhirnya mereka sendiri yang tertangkap kerana semua cincin yang cuba disarong ke jari DS Rosmah itu didapati berlian palsu.
Segala dokumen pembelian cincin tersebut telah dipalsukan. Tuan punya syarikat yang telah dibabitkan dalam urusan kononnya pembelian cincin, Deepak telah menafikan tidak tahu menahu dengan dokumen yang didedahkan oleh rafizi. Malahan Deepak sendiri sudah meminta peguamnya untuk meniliti pendedahan palsu yang dibuat oleh Rafizi.
Sehingga kini, Anwar masih berdiam diri dengan desakan LG Eng supaya kerajaan memberi kebenaran untuk "berkongsi nama Allah dalam kitab injil versi melayu sahaja". PAS pula "tidak ketawan" dan tidak tahu bagaimana untuk "positioning" dalam isu kalimah Allah ini. Nak diluah takut hilang undi kristian, nak ditelan takut tuhan Allah marah.
Kalimah Allah yang selama ini menjadi nama khas kepada tuhan Anwar, telah dibenarkan penggunaannya dalam bible versi melayu oleh Anwar. Merestui penggunaan nama "Allah" dalam kitab bible melayu bermakna merestui "kekeliruan yang bakal wujud hasil dari perkongsiam nama khas kepada tuhan agama masing-masing". Maksud ayat alQuran, "kau dengan agama kau, aku dengan agama ku" mungkin sudah tidak digunapakai lagi oleh Anwar. Jika benar, maka Anwar tidak lagi beriman dengan ayat Al Quran yang ini.
Semua yang berlaku ini membayangkan manifestasi betapa terdesaknya dan betapa pihak pembangkang sudah semakin hilang fokus dan teraba-raba di dalam gelap. Mereka sudah tidak tidak nampak apa-apa di hadapan, ibarat orag buta yang "merewai-rewaikan" tongkat ketika berjalan.
Pakatan pembangkang juga boleh diibaratkan seperti peninju yang sudah cedera parah di kedua-dua belah mata. Hanya mampu melayang-layangkan penumbuk membuta tuli tanpa melihat sasaran.
Pihak lawan, BN, hanya menunggu masa yang sesuai untuk meledakkan tumbukan padu yang bakal menyebabkan peninju buta ini "jatuh terkelontang" menyembah tanah di tengah gelanggang.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Itulah tajuk manifesto yang bakal digunakan oleh pakatan pembangkang pada PRU kali ini.
Saudara, amat menarik ulasan saudara. Tolong lampirkan bukti samada dokumen atau 'link' dari sumber yang boleh dipercayai (bukan link anonymous) untuk berikut
ReplyDelete1. Nalla dan saksi
2. Pengerusi DAP Perak dapat tanah sebagai habuan jawatan MB kepada PAS
3. Cincin berlian palsu RM
4. Anwar membenarkan pengunaan kalimah Allah pada Bible Melayu Al Kitab
Kalau saudara tidak mampu saya harap saudara banyak2 lah bersolat taubat dan hindarilah dari kerja fitnah takut nanti bahana bukan sahaja pada diri saudara sebaliknya seluruh keturunan. Kegagalan saudara memberi bukti hanya mengukuhkan pandangan umum terhadap cyber tropper UMNO di upah (secara lumayan) mengarang najis. Terima kasih
Hafiz