Kalaulah MB UMNO yang "membuat kelakuan" seperti MB Dato Nik Aziz, pasti isu ini akan dijadikan bukti kukuh betapa rasuahnya pemimpin UMNO.
Akan keluarlah kata-kata, "UMNO tidak boleh hidup tanpa rasuah". "Kekayaan hanya berlegar di kalangan pemimpin, keluarga dan kroni". Pemimpin UMNO merampas harta rakyat secara zalim. Rakyat hidup papa, pemimpin hidup mewah.
Pemberian tanah sehingga 4000 hektar kepada pemegang saham yang sama dalam 2 syarikat yang berbeza sangat tidak beretika dan tiada langsung ketelusan dalam pembahagian dan penilaian. Nampak sangat keputusan ini dibuat secara terburu-buru.
Mungkin MB Kelantan tidak tahu mengenai perkara ini. Beliau telah dikelirukan oleh Ngeh dan Nga bersaudara di dalam permohonan ini. Jelas, Ngeh dan Nga bersaudara mengambil kesempatan untuk berniaga dan mendapat hak menanam semula hutan balak di atas tukaran rundingan politik dan kuasa.
Baru sekarang, Ngeh dan Nga mahu memperjelaskan kekeliruan pemberian tanah ini di atas kepentingan perniagaan. Baru dia berhujah secara realiti perniagaan dan kepentingan kerajaan negeri yang mahu memastikan hutan perlu diselenggara dan ditanam semula.
Itu bila terkena batang hidung sendiri. Cuba bayangkan jika kelakuan ini dibuat di bawah pentadbiran BN. Realiti perniagaan dan ekonomi strategik kenapa projek itu dibuat dan rasional kenapa syarikat itu dapat, pasti akan ditenggelamkan. Yang akan disensasikan hanyalah istilah rasuah, mengumpul kekayaan, kroni, kezaliman dan penindasan pemimpin UMNO yang rakus dan tamak.
Cubalah lihat kembali bagaimana isu penyenaraian FGV, isu pengambilalihan Penang Port oleh Syed Mokhtar Al Bukhari, isu pembangunan dan pemodenan Angkatan Tentera, isu pembangunan MRT/LRT dan lain-lain rancangan pembangunan strategik yang dijalankan oleh kerajaan.
Segala projek pembangunan strategik ini akan disensasikan dalam bentuk rasuah, kroni dan rompakan harta rakyat oleh para pemimpin UMNO. Mereka tenggelamkan segala bentuk kepentingan strategik kenapa pembangunan ini dilakukan. Mereka cuba membayangkan seolah-olah setiap projek yang melibatkan tanah dan pelaburan kewangan yang dilakukannoleh kerajaan hanya bertujuan untuk mendapat komisyen, rasuah dan segala projek ini di belakangnya adalah PM dan isteri.
Sekarang, adalah ketikanya di mana pihak pembangkang sedang menerima hukum karma tuhan dan setiap tuduhan yang sering dilemparkan terhadap para pemimpin UMNO sedang bergerak dan tertempelak ke muka sendiri.
Setiap tuduhan yang dilemparkan kepada PM dan isteri bukan ditumpukan kepada siasatan fakta sebenar, tetapi mereka menghalakan tuduhan ini di atas tujuan politik, iaitu dengan cara meminta PM dan isteri menjawab sendiri setiap tuduhan yang mereka rekayasa.
Dia ingat PM bodoh untuk "react" dengan setiap tuduhan yang dibuat.
Sekarang Nik Aziz jawablah! Ngeh dan Nga jawablah! DAP dan PAS sedang menelan ludah dan muntah sendiri yang selama ini dipalitkan kepada UMNO.
Nik Aziz harus muhasabah diri dan berhenti dari mencari setiap kesalahan orang lain. Nik Aziz harus fikir kenapa hukum karma tuhan terhadap mereka semakin kerap menimpa sejak kebelakangan ini dan "mengenai tepat ke muka-muka mereka". Mereka sering mencerca dan memfitnah pemimpin UMNO dengan mengaitkan setiap program pembangunan untuk rakyat yang dilakukan oleh kerajaan yang memang menjadi kewajiban sesebuah kerajaan telah "diolah cerita" menjadi projek untuk makan rasuah dan melakukan penindasan terhadap rakyat.
Cuba bayangkan jika YAB Zamry Kadir meluluskan permohonan tanah di negeri Perak sebanyak sebanyak 10 ribu ekar kepada EXCO Kanan YAB MB Negeri Sembilan!
Sudah pasti isu inilah yang akan dimanipulasi secukupnya oleh para pemimpin pakatan pembangkang untuk membunuh BN di saat-saat menjelangnya PRU 13.
PAS, PKR dan DAP sedang menerima musibah satu persatu..termasuklah isu Amanat Hj Hadi
ReplyDelete