Wednesday, February 27, 2013

TOKOH MALAYSIA MUNGKIN DIANUGERAHKAN "TOKOH PENGKHIANAT NEGARA SEPANJANG ZAMAN"!!

Reuters 14 Februari, melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata, "kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah".

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu ‘personaliti’ tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Agaknya kumpulan ni terperangkap dengan "game plan" Anwar. 

Modus operandi "perangkap orang lain untuk mencapai tujuan tertentu" memang cara Anwar mendaki hairaki politik semasa dalam UMNO. 

Cuba bayangkan, macam mana Anwar boleh yakinkan Tun Ghafar Baba supaya ambil Kamarudin Jaafar, orang kanannya jadi Setiausaha Politik Ghafar masa TPM! Manusia "lurus" macam Tun Ghafar ni main ikut je. Akhirnya, Tun Ghafar bawak beg plastik sorang-sorang kat Airport.

Cuba bayangkan, seluruh ahli MKT telah dijemput ke PWTC dengan menggunakan setiausaha agung UMNO ketika itu, allahyarham Tok Mat Rahmat tanpa diketahui maksudnya. Bila sampai di PWTC didudukkan barisan MKT ini 2 barisan. Rupa-rupanya untuk membuat pengumuman rasmi Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden, melawan Ghafar Baba.

Media cetak dan TV3 yang menjadi "media balachi" Anwar ketika itu terus "spin habis-habisan" mengatakan seluruh MKT memberikan sokongan penuh kepada Anwar untuk mengambil tempat Pak Ghafar. Di gambarkan di media semua ini adalah di atas restu Mahathir!!

Budak-budak PKR yang baru "terjaga dan hanya celik politik" hasil dari kegemparan pemecatan Anwar 1998, bukan tahu perangai buruk belakang tabir Anwar ni. 

Budak-budak PKR yang taksub dah takjub dengan Anwar macam Shamsul Kemetot dan Cikgu Bad dll hari ini, hanya tahu "Anwar yang telah diolah dan direkabentuk oleh media perdana" sebagai satu-satunya pilihan terbaik dan hanya satu-satunya pilihan pemimpin yang layak menggantikan Dato Seri Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri. Budak-budak taksub PKR yang ada keliling Anwar ketika ini tidak wujud langsung dalam "ini gambar" ketika itu.

Sorang lagi yang menjadi mangsa Anwar "ala-Sultan Sulu" semasa dalam UMNO ialah  Rahim Tamby Chik. Bijak-bijak teknokrat Melaka ini pun sama, terkena juga getah Anwar.

Sehingga saat ini, hanya tubuh badan Dato Seri Najib Tun Razak saja masih kalis "getah pelekat kotoran" yang di "spray" oleh Anwar. 

Yang lain-lain termasuk Nik Aziz, Hadi dan Haron Din (suatu ketika dulu) pun sudah terkena "getah pelekat kotoran" Anwar. Hari ini, Nik Aziz dan Hadi Awang mungkin mengalami kesukaran untuk mandi wajib akibat dari serpihan getah dan kotoran yang melekat sudah berkematu di seluruh badan mereka. 

Kita tunggu episod "Sultan Sulu Terkena Getah Anwar" ini seterusnya. Silap-silap haribulan, dengan izin Allah mungkin inilah episod terakhir lakonan Anwar yang bakal menggantikan gelaran tertinggi "Huguan Siou haram" yang baru saja diterimanya, kepada gelaran terbaru, "Tokoh Pengkhianat Negara sepanjang Zaman".

No comments:

Post a Comment