Dalam kolum editorial akhbar Tamil "Malaysian Nanban", terpampang head line, "Percayalah kepada perkara yang nyata. Jangan terpedaya pada perkara yang belum pasti".
Itu bunyinya komen chief editorial Malaysian Nanban berkaitan manifesto bukan janji pakatan rakyat.
Rata-rata rakyat berketurunan India di negara ini sudah kembali menyokong BN. Mereka sudah mengakui hakikat bahawa pakatan tidak boleh dipercayai. Kaum India berasa tidak selamat di bawah pentadbiran pakatan.
Manifesto bukan janji pakatan yang cuba mengambil pendekatan tanpa mengira kaum amat tidak disenangi oleh mesyarakat India. Mereka berpendapat, sebagai kaum minoriti di negara ini kaum india masih memerlukan perhatian khas dari kerajaan.
Manifesto bukan janji pakatan sebenarnya lebih cenderung mencedok pendekatan Malaysian Malaysia yang memperjuangkan rakyat kononnya secara menyeluruh dan liberal. Hakikatnya bukan "secara menyeluruh" tetapi "secara umum" dan tiada perincian khusus.
Konsep BN ternyata lebih menyeluruh. Cuma kaedah dan pendekatan BN saja yang membuat perancangan berdasarkan segmen yang mengambilkira kepentingan mengikit kaum dan agama. Kaedah ini lebih accurate dalam mempastikan tiada mana-mana pihak yang terpinggir. BN sebaliknya memperincikan setiap rancangannya secara lebih terperinci.
BN memperincikan rancangan pembangunan untuk seluruh rakyat melalui pembelaan setiap kaum. BN memperincikan dan menjaga sensitiviti anutan agama setiap kaum tanpa mana-mana penganut agama dibenarkan memperlecehkan anutan agama pihak lain.
BN bukan saja mengambilkira kepentingan mengikut kaum dan agama, malah melalui program Janji Ditepati, setiap segmen ini diperincikan lagi seperti mengikut segmen kemampuan atau tahap hidup setiap rakyat.
Golongan kurang berkemampuan, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah, pemandu teksi, bekas askar dan polis, ibu tunggal, anak yatim, miskin luar bandar dan miskin bandar, semuanya diperincikan bagi memastikan tiada sesiapa pun di kalangan rakyat yang tersisih ataupun terlepas pandang.
Sebaliknya pakatan membuat manifesto bukan janji mereka secara pukal atau "lump sum". Tiada perincian mengikut segmen kaum dan agama. Mereka hanya merancang berdasarkan kesamarataan hak dan pendekatan liberal. Siapa kaya, siapa mempunyai kelebihan dan siapa mampu, maka mereka berhak.
Pendekatan ini akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam masyarakat, sedangkan penekanan pembangunan mengikut kaum ini hanya mula dikuatkuasakan oleh BN selepas trajedi 13 Mei yang berpunca dari masalah ketidakseimbangan ini.
Manifesto pakatan akan membawa negara 40 tahun ke belakang dan akan mewujudkan semula ketidakseimbangan masyarakat yang telah terbukti mengundang semula pergaduhan di antara golongan rakyat berada dan rakyat miskin.
Beza perancangan untuk rakyat antara BN dan pakatan adalah ibarat supermarket Giant/Tesco dengan Pasar Payang. Di Tesco atau Giant semua barang keperluan ada ditawarkan pada harga berpatutan serta lebih mudah untuk diakses oleh semua segmen pelanggan.
Sebaliknya jika kita pergi Pasar Payang, semuanya dilambakkan secara pukal, dari barangan kering sampai barangan basah. Dari kedai pakaian, handphone, prepaid sampailah ke kedai makan, semuanya "tersendat" di satu tempat. Pelanggan mengalami kesukaran bermula dari mencari parking kenderaan hinggalah kepada mencari barangan yang diperlukan semuanya sukar untuk diakses.
Sekarang masyarakat India sudah serik untuk bersama pakatan kerana pelbagai kesukaran telah mereka lalui dan pelbagai janji yang ditabur kepada mereka hampir kesemuanya berstatus "palsu".
Hari ini kaum India lebih cenderung untuk memenuhi keperluan hidup mereka di Tesco/Giant yang lebih terjamin dari segi kualiti dan harga barangannya serta lebih mudah dipenuhi segala keperluannya.
Bersama BN bermakna, "akses, kualiti dan ekuiti" hidup akan lebih terjamin, adil dan saksama untuk semua warga.
Menyokong pakatan bermakna mendedahkan diri kepada "suatu perjudian hidup yang berisiko tinggi" untuk semua warga. Jika untung, untung besar. Jika rugi tidak bangkit-bangkit lagi. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
No comments:
Post a Comment