Thursday, February 28, 2013

SIRI AKHIR: 1MSIA FAKTOR KEMENANGAN 2/3!!

Melalui "rangkaian penjajahan bentuk baru tanpa senjata", dan di atas nama molek "demokrasi", mereka berkata lagi, negara ini tidak boleh dipisahkan dengan apa yang dikenali sebagai "arab spring", dengan dakwaan kononnya kezaliman kerajaan yang ada hari ini adalah sebaris dengan kezaliman pemerintah di negara-negara yang menjadi sasaran untuk dijatuhkan melalui kononnya, "gerakan rakyat yang tertindas dan dizalimi pemerintah".

Mereka cuba menyamakan pemerintah negara ini dengan pemerintah di negara-negara arab yang sedang menerima tekanan dari rakyat. Dalam masa yang sama, secara halus mereka cuba "memadamkan" hakikat dan realiti sebenar perbezaan ketara, ibarat langit dan bumi yang wujud di antara kerajaan negara ini dengan kerajaan yang bermasalah di negara Asia Barat.

Bagaimana mereka boleh menyamakan masalah rakyat di Mesir yang terdiri lebih dari 70% berada di bawah paras kemiskinan dengan rakyat di negara ini yang tidak pun mencecah 7% yang berada di bawah garis kemiskinan? 

Mana mungkin negara yang mana sebahagian besar atau lebih 90% rakyatnya berada jauh melepasi garis kemiskinan boleh dihasut untuk keluar ke jalan-jalanraya bagi menjatuhkan kerajaan yang ada?  

Perkara-perkara yang selama ini dianggap "berstatus sensitif" seperti soal agama, kaum dan keistimewaan hak setiap warganegara sudah kembali dijadikan modal perdebatan dan kepentingan politik parti-parti pembangkang. 

Para pemimpin pembangkang bertindak mengambil kesempatan umpama "ibu bersalin lepas pantang", yang sekian lama menahan nafsu dengan bertindak memamah apa saja makanan yang sebelum ini dilarang.

Berdasarkan fakta sejarah dan kekeramatan "bumi melayu bumi berdaulat", "Yang Maha Bijaksana" pasti akan "menganugerahkan" kembali sebahagian dari "Maha BijaksanaNya" kepada umarak bertaraf "Ulil Amri" yang benar-benar "bersungguh dan ikhlas" dalam mencari "1Penyelesaian" bagi "meletak dan mengembalikan semula" sebuah kehidupan bernegara yang aman, makmur dan bersatu padu.

"Kesungguhan dan keikhlasan" PM DS Najib dalam berusaha memperbetulkan semula segala kerosakan dan kesilapan lalu mahupun yang sedang terjadi, begitu jelas terpancar dari air muka dan pada setiap tindakan yang beliau lakukan.

Cubalah lekatkan photo wajah Anwar, Hj Hadi, Lim Kit Siang dan wajah DS Mohd Najib Tun Razak di sebelahnya. Siapakah yang memiliki wajah, idea, dasar dan pendekatan yang mewakili semua kategori kaum dan agama?

Mana satukah di antara wajah-wajah ini yang boleh dipercayai untuk dipertanggungjawabkan amanah memimpin seluruh rakyat berbilang kaum dan agama di dalam ertikata keadilan dan kesaksamaan yang sebenar?

Formula dan pendekatan siapakah yang paling "boleh diterima akal" dan praktikal untuk semua aliran kepercayaan dan kaum yang wujud di negara ini?

Platform "1Malaysia" adalah "1Penyelesaian" yang dirumuskan oleh DS Najib dalam usaha "menyatukan semula" aliran pemikiran seluruh rakyat Malaysia yang sudah berpecah kepada beberapa aliran pemikiran sejak  negara ini mengalami perpecahan disebabkan perbezaan fahaman politik yang semakin melebar.

Jika benar, "ilham 1Malaysia" adalah anugerah dari "Yang Maha Bijaksana" kepada umarak yang memimpin "bumi melayu, bumi berdaulat" ini, sudah pasti "keadilan, kesaksamaan, keamanan dan kehamonian" yang pernah  dianugerahkan oleh "Yang Maha Bijaksana" kepada negara di bawah kepimpinan terdahulu yang "benar-benar bersungguh dan ikhlas" akan berulang kembali di bawah era kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Hj.Abd Razak.

Hanya masa yang akan menentukan bila ianya akan menjadi realiti.

Jika di zaman pentadbiran ayahandanya, ular yang "mengganggu dan menyembur bisa" fitnah dan dusta terhadap pentadbiran Razak masih kecil, tapi di zaman pemerintahan anakandanya, ular yang sama ini sudah menjadi naga yang ganas.

Walau bagaimana besar sekali pun naga yang "mengganggu dan menyembur kesinambungan fitnah dan dusta" terhadap kepimpinan anakanda Tun Razak ini, ia tidak mungkin akan mendatangkan mudarat selagi "Yang Maha Kuasa" masih melindungi penguasa atau ulil-amriNya di bumi melayu bumi berdaulat ini.

Naga ini hanyalah sebahagian dari makhluk "Yang Maha Pencipta" yang sememangnya diwujudkan oleh "Yang Maha Pencipta" di setiap zaman sebagai "alat dugaan dan cabaran" kepada Ulil-amriNya yang terpelihara.

KekasihNya Muhammad sendiri tidak terkecuali dari "didatangkan" dengan manusia-manusia durjana seperti Abdullah bin Sabak dan Abdullah bin Ubai sebagai "alat dan bahan ujikaji" untuk menguji kesungguhan dan keikhlasan baginda dalam memimpin umat baginda di Madinah Al Munawwarah kepada kejayaan yang sebenar.

Kita harus yakin dengan janji "Yang Maha berkuasa". Negara ini akan terus terpelihara di dalam keadaan aman, maju dan makmur sebagaimana Allah swt telah memelihara negara yang dibangunkan oleh KekasihNya, selama mana sifat, nilai dan persefahaman yang wujud lebih 60 tahun dulu masih kekal berdiri di atas 1landasan, 1keyakinan, 1fikrah dan 1matlamat sepertimana KPI negara Madinah Al Munawwarah. 

"KPI tersembunyi" yang akan menjamin "kejayaan NKRA" negara ini amat bergantung kepada; 

1. Sejauh mana Kesungguhan, Keikhlasan dan Kejujuran kepimpinan dalam memacu halatuju negara.
2. Sejauh mana kaum asal bersedia untuk terus berpegang kepada keikhlasan terhadap KPI pengorbanan yang telah dilakukan.
3. Sejauh mana kaum yang asalnya pendatang "tidak mungkir janji", dan terus berpegang kepada keikhlasan terhadap KPI "Syukur dan Terima Kasih" terhadap segala nikmat secara percuma yang telah dikorbankan oleh kaum asal Tanah Melayu.

Jika 3 NKRA ini melepasi KPI yang ditetapkan, maka  mana-mana "karakter Abdullah Sabak" yang menjadi pemecah-belah masyarakat dan sentiasa mengambil peluang dan kesempatan yang muncul pasti akan "digagalkan" oleh "Penguasa kepada segala Penguasa" yang sama, yang telah menghancur-leburkan puak munafik, opportunis dan chauvinis yang hidup di Madinah Al Munawwarrah. 

Di atas izin dan pemberian "Penguasa kepada segala Penguasa"' insyaallah sebaik saja fajar menyinsing sehari selepas hari pengundian, rakyat dan negara ini akan kembali dianugerahkan olehNya "sebuah kerajaan yang kuat dan berdaulat", di atas berkat, hikmah dan khasiat kepimpinan YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku seorang pemimpin yang bertaraf ulil-amri.

1 comment:

  1. Ulul Amr yg bagaimana?
    Perlu mendokong Ulul Amr dalam rumahtangga dulu, bimbing isteri yang keterlaluan boros dan bawa bencana kpd parti & agama!
    Jika perkara basic najis mughallazoh yg ditanya budak sekolah pun tak terjawab, apa berkat & khasiat kpd rakyat yg dipimpin?
    Terpalit dgn segala macam skandal!

    Memang, rakyat kini amat yakin dgn janji "Yang Maha Kuasa" negara akan terus makmur jika UMNO BN tiada lagi untuk diganti pakatan baru yang dipandu oleh ulamak

    ReplyDelete